Chapter 38

518 31 3
                                    

Seperti yang diperkatakan oleh Syakeera pada tengah hari tadi yang dia mahu membawa Qhai melawat KLCC, kini mereka berdiri di hadapan KLCC.

Kening Qhai terjongket.

"ramai nya orang" gumamnya.

"biasalah. Macam kau pergi eiffel tower la. Tempat pelancongan kan" ujar Syakeera.

Qhai memakan buah yang dibelinya tadi. Sedap.

"bila mak kau nak bersara? Tak silap aku umur mak kau dah 40. Ada lagi ke orang yang nak ambil mak kau jadi model" ujar Qhai. Dia tidak berniat untuk memerli atau sebaliknya.

"ouh, pasal tu. Mak aku dah tak kerja jadi model lah. Mak aku sekarang jadi fashion designer. Buka kedai sendiri dekat sini. Tak sangka boleh terkenal pulak"

Syakeera bercerita tentang ibu nya sehingga matanya turun bersinar. Bangga betul ya.

"so korang memang nak stay dekat sini la? Sampai bila?" tanya Qhai.

"maybe. Lagipun rumah dah ada. Myka pun rasanya tak kisah kalau kitorang stay dengan mummy aku" ujar Syakeera.

Qhai mengangguk. Bagus juga. Sekurang kurangnya lepasni dah tak ada yang nak cari Silent lagi. Harap harap Syakeera tak buat hal dekat sini. Dia tu bukan boleh kira sangat. Entah apa apa lah yang ada dalam kepala dia.

"Qhai"

"woi Qhai! "

Qhai tersedar dari lamunannya. Terus memandang Syakeera yang berkerut.

"kau termenung apa sampai aku cerita pun kau tak layan"

Syakeera menggoncangkan tin milo sebelum membukanya. Dia kemudian meneguk air itu perlahan lahan. Dahaga apabila dia bercerita tetapi Qhai tidak mendengar.

"kau cakap apa tadi?" tanya Qhai sambil tersengih.

"aku cakap yang kitorang stay dekat sini jelah. Kalau ada masa kitorang balik France" ujar Syakeera.

"okaylah kalau macam tu. Nanti aku cakap dengan Daniel yang aku stay sini untuk seminggu"

Syakeera mengangguk.

Kring!

Telefon Qhai berbunyi. Dia melihat nama si pemanggil. Jack. Ada apa pulak dia call.

"apa kau nak?"

"Adriana sekarang ada dekat Saint Jean Hospital"

Pff .. Terus tersembur air yang diminum Qhai.

"hah dia buat apa dekat hospital sakit mental tu? Dia nak bakar hospital tu ke?"

"taklah. Dia kena tangkap dan disahkan ada penyakit mental"

"macam mana perempuan tu boleh kena tangkap pula? Dia tu kan licik. Dia buat apa sampai kena tangkap tu?"

"dia bunuh adik dia and then bawak kepala adik dia yang dah dipotong di tempat awam sambil jerit nama ayah dia"

"sah dia gila. Okay lah kalau macam tu. Aku harap dia tak cari aku lagi lepasni"

"d'accord Alex"

Panggilan dimatikan.

Syakeera memandangnya untuk meminta penjelasan.

"Adriana. Masuk hospital Saint Jean" ujar Qhai tanpa perasaan. Syakeera membulatkan matanya. Terkejut mungkin.

"kau biar betul weh. Eh tapi Adriana Axia Storm ke Adriana Julian Jones?"

Pak!

Belakang kepala Syakeera ditampar kuat oleh Qhai.

The Dark Secret MafiaWhere stories live. Discover now