Chapter 23

1.1K 53 3
                                    

Qhai masuk kedalam keretanya dan menghidupkan enjin. Sempat lagi dia panaskan enjin. Rakan rakannya yang lain sudah pergi ke markasnya untuk berbincang tentang misi menyelamatkan Qriesya.

Dia baru dapat panggilan dari Roy yang mengatakan bahawa Syakeera hanya diugut oleh Javier. Dia masih memikirkan cara untuk selamatkan adik Syakeera iaitu Rania dan Qriesya, sahabatnya.

Qhai mengeluh panjang.

"kenapa mengeluh ni?" tanya seseorang.

Akibat terkejut, Qhai mengacukan Revolver pada orang itu.

"woah, jangan tembak aku"

"kau buat apa dalam kereta aku ni, Daniel?" tanya Qhai.

"nak pergi mansion dengan kau lah" jawab Daniel.

"wait..wait..wait.. Bukan tadi kau dah pergi dengan diorang ke? Dan sejak bila kau masuk dalam kereta aku ni?"

"tak, aku masuk senyap senyap" jawab Daniel sambil tersengih kambing. Sempat dia berdehem kecil dan bersiul. Muka orang tak bersalah.

Qhai menjeling menyampah.

"alaa, baby. Jangan la jeling titew" katanya sambil membuat puppy eyes.

"siapa baby kau?"

Qhai kemudian keluar dari halaman rumahnya dan memecut laju diatas jalan raya. Dia teringat akan Qui yang membawa tiga orang perompak rumahnya.

Entah apa khabar lah mereka berempat.

"Daniel, boleh tolong aku tak?"

"apa?" tanya Daniel sambil matanya memandang Qhai.

"tolong call Qui kejap" ujar Qhai.

"say the magic words first" kata Daniel dengan senyuman.

"what the magic words?" tanya Qhai yang fokus memandu.

"you know what it is" kata Daniel lagi. Qhai pula dah terkerut kening. Apa yang mamat ni merepek.

"hurm, tak apa lah" ujar Qhai kemudian dia terus membisu. Keadaan itu berterusan hingga mereka sampai di mansion.

"so, korang dah siap?" tanya Qhai apabila dia melihat Alish dan Rayc yang berdiri berhampiran dengannya.

"dah, kitorang tunggu kau je" ujar Alish.

"Daniel, kau pergi mana tadi? Puas kitorang cari" sergah Rayyan dari belakang.

"err..." Daniel hanya tersengih tanpa menjawab apa apa.

"dia ada dengan aku" ujar Qhai tanpa perasaan.

"ouh"

Qhai berlalu pergi ke bilik peribadinya. Apabila dia membuka pintu, dia ternampak Qui dan 3 orang remaja itu sedang duduk tengok tv.

Amboi sesedap mi goreng je dia duduk bersenang lenang dekat sini sambil tengok tv. Orang tengah kecoh dekat luar sana dia boleh rilex.

"korang buat apa dekat sini?" tanya Qhai dingin.

Budak bertiga itu cepat cepat bangun. Mereka berdiri dan kepala ditundukkan.

"hey, my cute lil sis. How are you?" sapa Qui cuba untuk berinteraksi dengan Qhai yang tengah panas.

"keluar dari bilik ni sekarang juga" arah Qhai sambil membulatkan matanya.

Klik!

Qui mengambil gambar Qhai yang dirasakan sangat comel itu.

"woi, cimpanzi. Kau buat apa lagi tu? Tak reti nak keluar ke" marah Qhai.

"kau panggil aku cimpanzi?" tanya Qui dengan membuat muka sedih.

The Dark Secret MafiaWhere stories live. Discover now