saturday, 31 aug (2)

108 8 1
                                    

dia mengeluh.

" kevin terus je ke villa. nanti kau call chanyeol bagitahu aku tak masuk kerja hari ni. " arah baekhyun sambil mendongak dagu memandang keluar.

" baik boss. " kata kevin sambil memandang baekhyun melalui cermin.








byun's villa.

baekhyun masuk ke dalam villa sambil diikut oleh pembantu rumah. dia terus menuju ke ruang tamu apabila pembantu rumah memberitahu yang omma nya menunggu nya di ruang tamu.

dia berhenti seketika lalu memandang taeyeon dan mrs.byun sedang berbicara dari jauh. manakala mr byun pula sedang membaca surat kabar. sambil menarik nafas panjang, dia menuju ke mereka.

mereka mula berhenti berbicara.

" oh baekhyun ah— " sapa mrs byun dengan senyuman. dia juga memeluk baekhyun tapi baekhyun tak membalas nya.

" eh sayang— " tegur taeyeon dengan manja.

mr byun memandang baekhyun dari belakang. dia tahu hubungan mereka mula renggang akibat dia memaksa baekhyun untuk mengawini taeyeon.

baekhyun terus duduk di sofa jauh sedikit dari mereka.

" apa yang mum nak bincang? " tanya baekhyun dengan terus terang. malas dia mahu berlama di villa tersebut. tambahan pula ada taeyeon.

baekhyun mengeluh melihat taeyeon. tadi kata nya hendak pergi shopping, macam mana pula boleh ada dekat sini ni?

mrs byun mula tersenyum pahit lalu berdiri dan duduk berdekatan dengan baekhyun yang sedikit jauh dari mereka. dia menyampai dan menggenggam tangan baekhyun lalu diusap lembut.

" kamu apa kabar? dah lama kamu tak kemari. baek sihat kan? " tanya mrs byun dengan lembut.

" macam yang mum tengok, baek sihat. "

balasan singkat baekhyun hanya membuat mrs byun tersenyum pahit. dia sebenarnya rindu akan anak nya yang ceria. dia tahu baekhyun orang nya ceria dan nakal. setelah apa yang berlaku, baekhyun menjadi orang lain. dia macam tak kenal anak nya lagi.

" yeobo— " panggil mrs byun sambil berpaling dan memandang mr byun.

" kamu dan taeyeon pula macam mana? dah okay? " tanya mr byun membuat baekhyun bingung.

" kitaorang memang okay dad. cuma tulah masih nak kenal each other. " balas taeyeon dengan laju. baekhyun hanya membiarkan taeyeon menjawap. dia tahu taeyeon pandai memberi alasan pada mr byun.

" dan kamu taeyeon, dah berisi ke? " tanya mr byun sambil melipat surat kabar ditangan dan disimpan diatas meja.

" berisi? apa maksud dad? " tanya baekhyun pula. dia mula rasa tak sedap hati dengan pertanyaan mr byun kali ini.

" pregnant sayang. belum ada kabar lagi ke? " tanya mrs byun pula membuat baekhyun menarik tangan nya dari genggaman mrs byun lalu mengusap muka nya dengan kasar.

taeyeon pula mula cemas hanya mendiamkan diri. dia memandang baekhyun untuk menjawap soalan tersebut.

baekhyun memandang mr byun dan mrs byun. " ini ke sebab kenapa mom dan dad panggil? " tanya baekhyun dengan dingin.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 17, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TraumaWhere stories live. Discover now