" YEAHHH ! FINALLY KITA DAPAT JUGA BERCUTI .. WOAHHH ! " laung Park Jihoon sambil dia terlompat-lompat seperti orang tidak pernah keluar daripada rumah .Mereka iaitu pelajar daripada kelas 3-A berkumpul di bawah pondok sambil mereka sibuk memasukkan beg ke dalam bas dan buatlah apa-apa yang patut , masing-masing sudah excited sampai tak ingat dunia . Terutama si jihoon aka penolong ketua kelas mereka .
" WOI WOI JIHOON , KAU BUAT APA LAGI DEKAT LUAR TU ? TAK NAK MASUK KE APA ? " laung Choi Hyunsuk aka ketua kelas mereka . Jihoon yang baru sedar bahawa rakan-rakan sekelasnya semua dah masuk dalam perut kereta terus itu dia berlari masuk ke dalam perut bas.
" apa-apa jelah kau ni jihoon " kata Park Jieun sambil menggeleng kepalanya , dia mengambil tempat disebelah kim sya yang sibuk bermain dengan smartphone disebelahnya .
" ala kau ni rileks ahhh , aku excited kot ... " jihoon mengaru belakang lehernya , selepas itu dia mengambil tempat disebelah Kim Junkyu . Junkyu disebelah tengah sibuk mengunyah snek milik So Junghwan
, sebenarnya dia main curi je snek junghwan tu masa si junghwan tengah sibuk mengemas tadi , dan itulah peluang dia nak rembat makanan orang . Nasiblah junghwan tak sedar lagi , so dia diam-diam jelah ." woi woi kau makan apa sial , mari kasi aku sikit " disebabkan si jihoon ni sejenis manusia yang tiada akhlak , dia terus merampas snek Junkyu itu .
" weyyy bihoon .. " dengan itu mereka berdua sibuk bergaduh merebut satu snek yang dicuri itu , dengan pergaduhan mereka itu langsung tidak diambil peduli oleh manusia-manusia disitu . Masing-masing malas nak masuk campur jadi dibiarkan sahaja .
" wey apa yang kau pakai tu , aku nak pinjam boleh ? " minta Park Eunhee bila dia nampak si Im Miera tengah menyapu losen dekat kedua belah tangannya itu .
" kau nak ? Beli lah sendiri , ni bukan aku punya wey " selambar itu miera membalas dengan muka innocent nya . Eunhee mencebik perlahan , orang nak pinjam je kot , tak kisahlah sesiapa punya pun .
" habistu kau pinjam dekat siapa ? " tanya eunhee .
" nenek aku " balas miera lepastu dia tersenyum nipis . Lah pikir lawak lah tu , dia ni suka benar bergurau je . Orang tengah serius tapi dia rileks je .
" kau ni kalau kedekut pun , cakap jelah " akhirnya eunhee pun pasrah , dia memeluk tubuhnya lalu menoleh ke arah lain . Astu acah-acah merajuk padahal miera langsung tak ambil peduli .