" huh ...." jihoon selamat tiba dekat rumah banglo tersebut , dia terus masuk dengan kasut-kasut sekali sebab malas nak buka ..dahlah dia tengah dukung si minyoung , karang tak pasal tercampak pula si minyoung tu . Kelihatan didalam rumah tu gelap gelita , hanya tingkat atas sahaja yang ada sumber cahaya . Dia menaiki anak tangga mahu ke tingkat atas , dan dia nampak ada darah dekat lantai tingkat atas .
" uishhh .... Yedam sya " jihoon berlari masuk ke dalam bilik tu dan dia nampak yedam dan sya yang duduk bersandar dekat dinding , tengah termenung pandang tubuh jina yang berlumuran darah tu . Muka diorang sembam dan muka macam orang nak mati je , macam tulah .
Yedan dan sya diorang berdua tak tahy nak simpan mayat jina dekat mana jadi diorang biarkan jelah .. Dah tak tahu nak buat apa sekarang .
" k—korang k—kenapa ? " jihoon meletakkan tubuh minyoung dekat atas katil lepastu dia mendekati yang dua orang kawannya itu , duduk termenung macam orang bodoh . Namun , langsung tak ada balasan daripada mereka berdua .
" weyyy pahal diam nih ? " jihoon mengoncang tubuh sya yang kaku tu. Lepastu dia buat dekat yedam pula .
" weyy kau pekak ke ? Aku tanya nih ? " jihoon naik bengang .
" JAWABLAH BODOH ! " nak je jihoon tumbuk sekor-sekor dekat sini , orang tanya tak reti nak jawab pula .
" AKU YANG BUNUH JINA ... AKU MEMANG TAK GUNA ! " bentak yedam lalu dia menghentakkan penumbuknya dekat cermin , dan cermin pecah berderai . Tangan dia luka lah , takkan tak luka pula . jihoon tersentak dengan perbuatan si yedam . Nafas yedam tercungap-cungap . Air matanya mengalir semula . Darah dia menitis ke atas lantai .
" k—kau b—bunuh j... Jina ... k—kenapa ? " tanya jihoon yang ketar-ketar , dia tidak percaya dengan kata-kata yedam . Iyelah , dia tahu yang yedam takkan buat macam tu . Takkan yedam nak bunuh jina , jina kan seorang perempuan yang dia sayangi .
" YA AKU YANG BUNUH ... KENAPA KAU TAK PERCAYA K—"
" YEDAM CUKUP ! " sya yang diam tadi mula bersuara , dia menghampiri ke arah yedam .
" kau tak salah bodoh ... Bukan kau yang bunuh ... " baju yedam dicengkam oleh sya .
" macam mana jina boleh mati ? " tanya jihoon .
" Ada orang bunuh dia ... " kata sya .
" b—bunuh ? Siapa ? "