Kata-Kata

23 2 0
                                    

Kata-kata semakin karat,
Pudar ditelan hari.
Kalimat-kalimat menusuk kalbu,
Hanya tinggal kenang-kenangan.
Tiada apa yang kekal,
Hanya menanti untuk dilupakan.

Kalimah yang merdu didengari,
Hilang disebalik bibir mungilmu.
Tidak lagi mendayu-dayu,
Seperti pohon ditiup angin lembut.
Seni berbahasa kian hilang,
Menanti retak seribu bahasa.

Namun tidak pula hilang dari fikiranku,
Tiap kata menjengah seperti tiada hala tuju.
Menyelusuri setiap akar fikiranku,
Memuntahkan segala isi hatiku dalam senyap.
Kerana sempitnya akalku,
Tidak banyak dapat aku bermadah pujangga dalam terang.

Jika tidak bermadah pujangga,
Fikiranku sempit dengan alunan muzik,
Menikmati tiap bait kata,
Mendengarkan segala isi hati sang pencipta.
Mencipta dunia khayalan yang tiada penghujung,
Membuaikan diri walaupun sebentar cuma.

Dapat aku buktikan,
Hidupku terisi dengan kata-kata.
Tiada yang indah melainkan bait kata itu sendiri,
Yang mampu merubah segala perilaku manusia.
Dan ternyata,
Kata-kata itu sendiri pantulan perasaanmu itu.

Rose's

Puisi Ragam HidupWhere stories live. Discover now