🍀9: Hukuman Untuk Sebuah Kemaafan

1K 98 11
                                    

Di sebuah dalam bilik...

Qaiser POV...

Aku membuka mata perlahan. Berat rasanya untuk aku bangun. Kepala aku juga turut merasa sakit yang amat mencengkam.

Aku hanya memandang keadaan disekeliling aku & aku sedar yang aku sekarang sedang berada di dalam bilik penginapan kepunyaan ku.

Tetapi aku hairan kerana seingat aku, aku pada mulanya berada di padang rumput & kini sudah terbaring di atas tilam lalu aku terus saja mengambil tuala yang ada di atas dahiku lalu meletakkannya ke tepi. Aku pun menggagahkan diri untuk bangun tetapi niat aku terhenti sebaik saja tersentak kerana  seseorang menegurku.

"Qaiser? Awak dah sedar ke? Jangan bangun lagi. Tubuh awak lemah lagi tu,"kata Azril lalu berjalan mendekati aku itu lalu duduk di sisiku.

"A.. apa jadi?"tanya aku sambil memegang kepala aku yang masih terasa sakit & pening itu.

"Baring & rehatkan diri awak dulu. Badan awak panas sangat sekarang ni,"kata Azril sambil membaringkan perlahan tubuhku.

Baru aku tahu kenapa tubuh aku terasa amat panas pada mulanya. Mungkin aku demam kerana berada di luar pada cuaca panas pada hari itu terlalu lama. Aku tidak menyangka yang hal seperti ini boleh terjadi.

"M..Maaf,"kata aku perlahan.

"Takpe, Qaiser. Berehatlah ya. Sekarang ni, jangan paksa diri awak sangat tau,"kata Azril lalu mencapai tuala yang ada di sisi Qaiser.

Aku hanya memandang sang remaja itu. Aku sedar yang ada sesuatu yang berbeza tentang Azril yang orang lain tidak sedari. Walaupun begitu, aku begitu pening untuk memikirkan hal itu buat sementara waktu.

Mungkin lebih baik aku dengar apa yang dikatakan oleh Azril dulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mungkin lebih baik aku dengar apa yang dikatakan oleh Azril dulu. Sedar tak sedar, aku terus saja memejamkan mata & tertidur.

Qaiser POV End...

Azril hanya tersenyum sebelum bangun lalu menutup lampu & terus saja keluar dari bilik sang remaja itu. Ketika dia keluar, dia terpandang neneknya, Puan Aurora yang datang untuk menanyakan soal berkaitan dengan keadaan Qaiser.

"Macam mana dengan keadaan Qaiser"?tanya Puan Aurora.

"Dia baik-baik saja. Mungkin selepas berehat, dia mungkin akan sihat nanti, nenek,"kata Azril.

"Baiklah, maaf sebab menyusahkan kamu ya, Azril,"kata Puan Aurora dengan rasa bersalah.

"Takpe, walaupun Azril tak dapat melihat macam orang lain, Azril tetap boleh buat apa yang mereka buat. Betul tak, nenek?"kata Azril sambil tersenyum manis.

"Baiklah, pergilah makan dulu. Nenek dah masak tadi,"kata Puan Aurora sambil tersenyum.

"Baiklah! Terima kasih, nenek,"ucap Azril lalu berjalan meninggalkan neneknya itu.

Kisah Seorang Hero Yang PendiamWhere stories live. Discover now