☘️40: Misi Di Gudang Lama

721 74 6
                                    

Di dalam sebuah bilik, di Agensi Malmora Awakend...

Kelihatan Faizal & ahli pasukannya yang lain sedang berada didalam bilik itu untuk menerima maklumat tentang misi mereka yang seterusnya. Walaupun begitu, ia sedikit berbeza kerana Qaiser tidak menyertai misi mereka pada hari itu.

"Kenapa pulak Qaiser tak sertai kita buat misi hari ni?"tanya Dyan.

"Mana aku tahu. Qaiser cakap dia tak dipanggil untuk buat misi hari ni tapi dia tak cakap pulak sebab apa,"kata Faizal sambil bermain dengan Creeper mini yang dicipta olehnya.

"Mungkin dia saja nak ponteng lah tu. Dia kan dah hebat berlawan sampai malas nak buat misi,"sindir Radwan.

"Apa aku cakap?! Kau tarik balik kata-kata kau tu sebelum aku bertindak!"marah Faizal sehingga terbangun dari tempat duduknya.

"Bertenang lah, semua. Kita datang ke sini bukannya untuk bergaduh tapi untuk buat misi. Apalah nasib saya dapat anak murid macam kamu semua ni?"marah Prof. Ramura.

Mereka semua terus saja terdiam. Faizal yang masih marah itu hanya mampu duduk sambil menahan geramnya saja. Dia memang tidak suka akan seseorang yang suka memperendah-rendahkah orang yang dia sayang & ambil berat termasuklah Qaiser.

Baginya, ia adalah sesuatu yang teruk biarlah Qaiser tidak ada di situ sekalipun. Cody yang melihat hal itu cuma terdiam sambil termenung mengingati saat dimana dia terdengar perbualan Dylan & Qaiser.

Dia mulai berasa risau sebaik saja mengetahui hal itu apatahlagi yang sang ketuanya itu rupanya sudah lama menderita dengan penyakit pelik seperti itu. Apa yang teruk batu Cody ialah dia tidak menyangka yang ketuanya mampu menyembunyikan penderitaan dirinya itu disebalik sikap tenang & senyumannya saja.

Dia hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa & hanya buat tidak endah dengan suasana di situ sehingga Dylan mulai berjalan masuk ke dalam misi.

"Jadi, kamu semua dah ada kat sini?"tanya Dylan sambil menyusun beberapa buat fail.

"Tak, ada seorang tak datang hari ni,"kata Katrina.

"Maksud kamu, Qaiser ke? Dia sebenarnya buat kerja yang saya berikan kat rumah. Jadi, sebab kerja tu penting, dia takkan dipanggil ke sini selama mana yang dia perlukan untuk siapkan kerja tu. Lagipun, kerja yang dia tengah siapkan tu akan digunakan untuk hal penting bagi saya nanti,"kata Dylan yang terpaksa menipu mereka.

"Baiklah, kalau macam tu,"kata Prof. Ramura.

"Baiklah, mari kita teruskan kepada misi kita pada hari ni,"kata Dylan yang mulai memunculkan hologram tentang maklumat misi mereka itu.

Di sebuah gudang lama...

Kelihatan Faizal & Dyan sedang memerhatikan keadaan di sekeliling gudang itu. Sebaik saja mereka mendapati kawasan itu selamat, mereka terus saja memberikan isyarat kepada yang lain untuk datang kepada mereka. Ketika Faizal mahu membuka pintu gudang itu, ia didapati telah dikunci dengan menggunakan mangga kunci.

"Macam mana kita nak buka kunci ni?"tanya Yamiko.

"Aku ada idea,"kata Faizal sambil tersenyum sinis.

Dia terus saja menciptakan sesuatu menggunakan kuasanya. Mereka semua hanya memandang Faizal yang sedang memegang sebuah botol kaca berisi cecair berwarna hijau. Mereka hairan dengan apa yang ingin dilakukan olehnya.

Faizal terus saja menuangkan cecair itu ke atas mangga kunci yang ada di situ. Perlahan-lahan, cecair itu mulai menghakiskan mangga kunci itu sehingga akhirnya pintu itu dapat dibuka.

Ketika mereka membuka pintu gudang itu, mereka semua terus saja terpegun sebaik saja terpandang ratusan kotak kayu yang sebahagian daripadanya masih belum ditutup.

Kisah Seorang Hero Yang PendiamWhere stories live. Discover now