🍀69: Misi Yang Berjaya Dilaksanakan

501 53 16
                                    

Di gudang lama, di tempat Qaiser berada....

Kelihatan Dylan sedang mengangkat Qaiser sambil berjalan pergi dari tempat itu diikuti oleh Ayuni & Azrean yang  hanya memerhatikan Qaiser dengan penuh kerisauan.

"Jangan risau, Qaiser akan selamat sebaik saja kita bawa dia ke agensi untuk dirawat. Jadi, bawa bertenang & ikut je apa yang aku cakap,"kata Dylan yang cuba menenangkan Azrean & Ayuni.

"Baiklah, kami faham,"kata Azrean & Ayuni.

Walaupun dia jugak merasa risau dengan apa yang terjadi pada Qaiser, dia tiada pilihan melainkan hanya berlagak tenang dihadapan kedua sang kanak-kanak itu untuk membuatkan mereka tidak panik.

Dia sama sekali tidak dapat melupakan apa yang terjadi sebaik saja dia tiba untuk membantu malah menyelamatkan mereka bertiga itu.

Imbas kembali....

Kelihatan Dylan baru sahaja tiba tepat pada masa untuk menyelamatkan Qaiser, Ayuni & Azrean daripada ditangkap oleh pengawal yang menjaga kawasan itu.

"Maaf sebab lambat. Aku senang yang korang selamat selama bantuan dalam perjalanan,"kata Dylan.

"D.. Dylan,"kata Qaiser perlahan.

"Prof. Dylan, baguslah awak dah datang,"kata Azrean yang sedikit tenang kerana kehadiran Dylan yang telah datang menyelamatkan mereka.

"Bukan aku je yang datang sebenarnya,"kata Dylan.

"A..Apa maksud kau..D.. Dylan?"tanya Qaiser.

Dylan yang mahu menerangkan apa yang terjadi pada Qaiser terus saja terdiam sebaik saja melihat Qaiser terbatuk keluar darah dihadapannya lalu segera mendekatinya & memeriksa keadaannya sambil melihat status keadaan Qaiser pada jam tangan sang remaja itu.

"Keadaan kau agak lemah, Qaiser. Mari bawa kau keluar dari sini & dapatkan rawatan di agensi. Jadi, bertahanlah,"kata Dylan yang mulai mengangkat Qaiser yang sudah tidak mampu lagi untuk berjalan.

Namun begitu, kelihatan beberapa orang pengawal mulai datang ke arah mereka & menembak mereka. Dylan tanpa rasa gentar malah bersikap tenang terus saja menggunakan kuasanya lalu menyerang kesemua pengawal itu.

Imbas kembali tamat...

Ketika Dylan sedang berjalan keluar daripada gudang lama itu, tiba-tiba, Vero merempuh dinding sehingga hancur & muncul di belakang Dylan.

"Aku takkan biarkan korang pergi dari sini terutamanya budak tak guna tu!!"marah Vero yang mahu menyerang Dylan.

Dylan hanya merenung tajam ke arah Vero lalu menumbuknya dengan kuat sehingga terpelanting ke belakang. Vero yang semakin marah mulai mengumpulkan segala kekuatannya untuk menyerang Dylan.

Dylan terus saja mengelak lalu menyerahkan Qaiser kepada Radwan yang berada dekat dengan kawasan itu.

"Radwan, bawa mereka ke tempat yang selamat. Biar aku je yang uruskan lelaki tak guna ni,"kata Dylan yang mulai dingin.

Radwan yang mendengar arahan Dylan terus saja mengendong Qaiser lalu membawa mereka pergi ke tempat yang selamat & hanya meninggalkan Dylan yang sedang bertarung dengan Vero.

"Aku akan bunuh korang semua termasuklah budak tak guna tu!!! Aku akan bunuh dia!!"marah Vero lalu menyerang Dylan dengan senjatanya bertubi-tubi.

"Heh, cakap besar. Kau fikir kau hebat sangat ke untuk bertarung dengan orang macam aku,"kata Dylan sambil tersenyum sinis & hanya mengelak setiap serangan Vero.

"Tak guna kau! Berani betul kau mempermainkan aku!"marah Vero lalu terus saja menyerang Dylan.

Sang lelaki itu hanya tersenyum sinis & terus saja mengelak setiap serangan Vero dengan mudah. Dia benar-benar menikmati suasana di situ kerana sangat senang dengan dirinya yang memiliki kelebihan yang istimewa yang membolehkan dirinya bergerak dengan pantas.

Kisah Seorang Hero Yang PendiamWhere stories live. Discover now