Bab 2 Awal Pertemuan

3.5K 47 0
                                    

Bunyi lonceng bebunyi saat aku membuka pintu kedai bungaku. Lantas Lisa pekerja yang bekerja sebagai pelayan tetamu tersenyum padaku. Dia juga bertanggung jawab menjaga dan memelihara bunga di kedai ini. Dia cukup tahu segala hal yang berkaitan bunga-bunga di dalam kedai ini.

" Good morning Lisa". Aku meneggurnya sambil membalas senyumannya.

" Good morning kak Ariea". Balas lisa kepadaku.

Langkah aku atur menuju pejabat kecilku. Terdapat 3 buah monitor di atas meja kerjaku. Monitor satu memaparkan keadaan di hadapan dan di dalam kedai bunga. Monitor kedua memaparkan keadaan dan suasana di dalam cyber cafe di kedai sebelah dan monitor ketiga memaparkan kedaan hadapan kedai cyber cafe.

Ini sangat memudahkan aku memantau semua kegiatan bisnisku setiap hari. Aku renung monitor kedua. Munirah sedang lincah menyediakan pesanan pelanggan dan para pelayan yang sedang melakukan tugas masing-masing. Pagi begini memang selalu sibuk didatangi pelanggan yang mahu bersarapan ringgan. Di satu sudut sebelah bertentagan yang terpisah oleh dinding separa terlihat beberapa pelajar sedang bermain permainan internet.

Aku terus fokus melakukan kerjaku untuk hari ini.

*. *. *

Aku lirik jam tanganku. Jam menunjukkan jam 9.56 malam. Kedai bungaku telah lama tutup. Hanya tinggal aku seorang yang berada di dalam pejabatku. Cuma kedai sebelah sahaja yang masih buka dan akan tutup pada jam 10.00 mlm.

*. *. *

Sedang aku melihat ke arah monitor pertama. Aku membuntangkan mataku apabila aku melihat beberapa lelaki berbadan tegap dan berpakaian mencurigakan serta memegang senjata sedang bekumpul dan saling bercakap di hadapan kedai bungaku. Dengan tiba- tiba keadaan berubah drastik. Sekumpulan lelaki tadi saling bergaduh dan berlawan. Entah apa butir perbicaraan mereka sehingga mereka berkelahi.

"Pang..! Pang..!!". Serta merta tubuhku kaku mendengar suara itu dari luar kedai ku. Dan terlihat seorang lelaki mengeluarkan pistolnya dan menembak beberapa orang musuhnya.

Tiga orang lelaki bertubuh sederhana serta merta rebah dan tidak bergerak lagi. Lelaki yang memegang pistol itu bertubuh sangat tegap berpakaian serba hitam. Masih jelas kelihatan ditangannya masih mengengam pistol.

Degupan jantungku berdetak laju. Suasana hening dan memekakkan. Aku menelan air liurku apabila lelaki tadi mendongak dan memandang tepat ke arahku. Aku tahu dia sedang memandang tajam ke arah kamera cctv yang berada di luar kedaiku. Aku sangat berharap dia akan menganggap kedaiku sudah tutup. Aku tidak sanggup membayangkan apa yang akan terjadi jika mereka tahu aku sedang berada di dalam kedai dan menyaksikan kejadian sebentar tadi. Malah aksi mereka juga turut terakam oleh kamera cctv aku.

Kecut perutku membayangkan sekirannya itu terjadi.

*. *. *

Rayyan Huzbert Harold merenung tajam kamera cctv milik kedai bunga di hadapannya.

Kedainya sedang tutup. Jam nya direnung dan masa menunjukkan angka 10: 35 malam. Nasib baik kedai ini sudah tutup jika tidak bala besar akan terjadi.

" Aril, aku nak kau perhatikan kedai ni selama seminggu. Pastikan no leak information. If something came up just handle it, and one more thing handle these three dead idiot like usual. Careful or your head will pay its price like these idiot".

Sekali lagi Rayyan merenung kamera CCTV. Entah mengapa dia dapat merasakan ada yang sedang memerhatikannya. Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu, namun dia memilih untuk tidak peduli.

Segera dia melangkah menuju ke keretanya dan berlalu dari tempat kejadian.

*. *. .*

Terketar- ketar tanganku cuba membuka dan memulas kunci pintu rumahku. Aku masih dalam keadaan terkejut dan tidak percaya dengan apa yang baru saja aku lihat sebentar tadi.

🔞Pemilik Hati En.Mafia 🔞Where stories live. Discover now