Bab 4 Dipaksa dan Terpaksa

4.5K 38 0
                                    

2 tahun kemudian

Trut...trutt...trutt...

Rayyan hanya memandang telefon bimbitnya berbunyi. Dia cukup tahu siapa yang berani menelefonnya berkali-kali tanpa mahu mengalah dengan sikapnya yang sengaja tidak mahu menjawap pangillan itu.

Itu adalah ibunya. Serta merta fokusnya menaip kerjanya di laptop terhenti. Sekali lagi telefon bimbitnya berdering. Akhirnya Rayyan mengalah lalu menguis tombol hijau pada skrin telefon bimbitnya. Suara tegas dan lembut ibunya lantas kedengaran.

" Rayyan Harold Huzbert." Seru ibunya dengan nada menahan geram.

Pantas aku tersengih sinis.

" Ya ibu." Jawabku dengan nada mengejek.

" Jangan nak mengejek ibu. Kamu tahu kenapa ibu telefon kamu?." Soal ibu dengan nada tegasnya.

Serta merta senyumanku mati. 'Aduh, mati aku kali ni'. Gumamku dalam hati.

" Ya ibu Rayyan tahu. Tapi Rayyan minta berilah Rayyan sedikit lagi masa ibu."

" Sedikit masa macam mana tu?." Soal ibu yang sudah mengeluarkan nada marahnya.

Pantas aku memicit dahiku. Binggung kepalaku memikirkan permintaannya. Aku belum bersedia. Sungguh aku belum bersedia tapi masa aku semakin suntuk dan ibu terus menerus mendesak.

" 1 tahun lagi boleh ke ibu?." Soalku ragu-ragu.

" What?." melengking suara ibu.

Dengan pantas aku menjauhkan telefon dari telingaku.

" Bolehlah ibu. Rayyan belum sedia lagi ibu. Calon pun belum ada lagi ibu?."

" Soal calon kamu jangan risau ibu dah ada calon untuk kamu. Anak kawan ibu datin Melah. Lagipun masa kamu dah habis. Ingat perjanjian kita kamu cakap kalau masa kamu dah habis dan kamu belum ada calon kamu akan ikut cakap ibu." Jelas ibu panjang lebar sambil mengungkit kata-kataku padanya dahulu.

" Macam mana Rayyan nak kahwin dengan orang yang Rayyan tak kenal ibu?."

" Bila dah kahwin nanti la baru kenal dah jadi isteri Rayyan. Lagipun dah 2 tahun Rayyan tinggal jauh dari ibu. Ibu dulu tak nak pun Rayyan jauh dari ibu tapi mengejut je Rayyan buat keputusan. Rayyan jangan mungkir janji dengan ibu. Rayyan tak rindu ibu ke?." Tanya ibuku dengan nda sayu.

Serta merta rasa bersalah timbul dihatiku. Rasanya aku tak punya pilihan lain. Masa untuk jalankan plan B.

" Baiklah ibu besok pagi Rayyan cari flight awal. Tunggu Rayyan pulang ye ibu."

" Alhamdulillah. Ibu tunggu kamu Rayyan macam inilah anak ibu."

Aku hanya tersenyum sinis.

Talian aku matikan lalu mendail nombol Aril dengan pantas.

" Aril belikan aku tiket balik Malaysia untuk awal pagi besok. Sudah sampai masa untuk kita mulakan plan B."

" Baik Rayyan."

*. *. *

Hari esoknya.

Dari jauh aku sudah melihat kelibat ibu yang menunggu aku. Ibu masih kelihatan sama masih anggun dan menawan.

Kami bertegur sapa dan berpelukan. Jujur aku rindu pelukan ibu. Setelah itu kami segera menuju ke kereta. Aril yang memandu hanya tersengih padaku melalui cermin depan mendengar celoteh ibu yang bercerita tentang anak kawannya.

" Nama dia Sofea. She so nice and polite. So good for you Rayyan."

" Ibu" aku memotong bicara ibu. Terkebil-kebil mata ibu memandang aku.

🔞Pemilik Hati En.Mafia 🔞Where stories live. Discover now