🔑 C 16🔑

80 39 4
                                    

Pintu bilik rawatan di tolak kuat.

"ANNA!”
Akim yang entah dari mana, tiba tiba menerjah bilik rawatan dengan wajah risau. Penuh manik peluh menghiasi wajahnya.

"Anna! Kenapa ambik kak liya lambat sangat? See what happen! "
Sebut akim dengan marah sambil mengoncang bahu anna.  Geram.

Jelas terpancar wajah anna dalam kornea mata aku  yang dia sedang menahan air mata daripada luruh.

Oleh kerana aku duduk di atas kerusi, kaki ku yang baik² sahaja ku angkat tinggi lalu menendang bahu akim dengan kuat.

Akim terdorong agak jauh kerana tendanganku cukup kuat.

"Kau pehal ha?! Boleh tak kau hentikan rancangan mahu cederakan orang?!  Kau sedar tak ni klinik?! Tempat awam?  Kau nak masuk lokap?! "
Marahku sambil menjegilkan mata kearahnya. Ikutkan hati memang aku nak sumbat dia kedalam lokap. Tapi aku tak sanggup.

Kenapa?
Entahlah aku pun tak tahu...

"Liya.. Awak okey?  Awak betul² okey?”
Sebut akim sambil mendekatiku. Sesekali tanganya mengosok bahu sendiri dek kerana tendangan mautku.

"Kau ada matakan? Kau tak payah acah² care la akim... Jijik tahu tak?  J - i - j - i - k... Jijik! "
Sebutku dengan menekankan ton suara semasa mengeja jijik. Benar... Aku memang jijik memandangnya.

"Kak liya... Abang akim-"

"Shhhhh.. Stop anna.. Akak dah bosan dengan jejaka bernama akim danieal. Dasar dua personaliti! "
Kata² jahatku mula terhambur keluar. Aku tidak mampu bertahan dengan jejaka bernama akim ni. Dasar psycho!

"Kak liya.. Abang akim tak da-”

"Shhhhh! ”
Sekali lagi aku memotong kata² anna. Buat masa ni aku tidak mahu sebarang penjelasan. Aku tak mahu!

Aku bangkit pelahan dari kerusi lalu menapak pergi dengan terhincut-hincut dek kerana kaki terseliuh.

"Chagi.. Meh saya bantu.. "
Pelawa akim lalu memegang bahuku untuk membantu.

"Tak payah! ”
Jerkahku lalu menolak akim kasar. Suka suki dia je nak tolong aku. Dasar PELAKON tak berbayar! Tunjuk BAIK konon!

"Kak liya.. Meh anna tolong hantarkan kak liya balik.. "
Pelawa anna pula sambil membantu aku untuk berjalan.

Pelawaan anna ku terima baik. Kalau aku tolak.. Aku nak balik ngan sape?

Teksi?
Maaf aku takde duit.

"Anna.. Jaga kak liya elok²... Nanti abang checkout hospital lusa, abang datang melawat. "
Sebut akim lembut sambil tersenyum manis.

"Baik ab-”

"Tak payah setan. Aku tak perlukan kau.. "
Mulutku lancar mengalirkan kata² hina terhadap akim. Dah nak buat macam mana? Aku benci dia. Kot.

"Emm.. Jaga diri tau chagi.. Anna.. Jaga kak liya lek lok.. Jangan tinggal dia bersendirian... Tau.. "
Pesan akim lagi. Matanya berkaca kaca. Mungkin dia nak tayangkan air mata palsu..

Eeeyuu.

"Baik... Anna ak-”

"No chagi la si*l.. Aku geli.. Tau tak geli?  Berambus kau dari sini. Buat semak  dalam mata aku je.."
Kata² anna ku potong laju. Mulutku sekali lagi menghamburkan kata² jahat. Akim ku halau bagaikan klinik ni kepunyaan aku.

"Liya... Sa-”

"Kau berambus syaiton bertopeng manusia. Ke kau nak aku tendang kau baru nak keluar?  Aku cakap keluar, keluar la! "
Jerkahku kuat. Habis isi klinik memandangku dengan mulut membisu.

UNEXPECTED LOVE [C]Where stories live. Discover now