Part 11

534 38 0
                                    

Ketika Minri hendak pulang ke rumah sewaktu habis kerja , Minri terus memasuki dalam perut kereta tanpa bersembang dengan Tao . Tao kehairanan . Pelik dengan perangai Minri itu . Namun dia biarkan sahaja . Perempuan kalau tengah marah, jangan la diusik , pasti dia melenting habis!

Sebelum sempat Minri hendak menutup pintu kereta , ada tangan yang menahannya . Berderau dia seketika . Sangkanya Taehyung datang kembali mengacaunya namun sangkaannya meleset , rupa-rupanya Sehun yang menahannya ! Dia menarik nafas lega . Mujurlah.....kalau tidak gasak dia!

"Err apa Sehun buat kat sini?"

Ujar Minri , menghidupkan enjin kereta. Setelah beberapa percubaan , akhirnya kereta itu hidup seakan baru diberi nyawa .

"Sehun risau pasal Minri . Harini Sehun hantar Minri sampai ke rumah ye ."

Jawab Sehun . Minri perasan yang muka Sehun merah kemerahan seperti dibakar oleh cahaya matahari namun sekarang cuaca agak mendung sahaja . Tidak sihatkah dia? Bisik hati Minri sendirian.

"Eh tak payah la . Buat susah sahaja la . Noona tak apa apa la . Don't worry ye?"

Kalau ikutkan hati , mahu sahaja dia meletakkan belakang telapak tangan pada dahi Sehun. Namun dia tau batasannya itu . Dihadamkan sahaja perbuatan itu .

"Tak boleh noona . Sehun takut lelaki itu kacau noona lagi . Karang entah apa yang dia buat pada noona nanti"

Kata kata Sehun itu begitu mengharukan hatinya . Caringnya dia.....Kan best kalau dia suami aku . Oppsss! Over pulak ! Hahahaha .Akhirnya Minri mengalah sahaja , memandangkan wajah Sehun juga kelihatan sedikit pucat dan bibirnya kemerahan seperti demam .

"Cissss! Tak guna kau Sehun!"

Seseorang meluahkan ketidakpuasaan itu lalu menyepak tong sampah yang berdekatan dengannya . Habis keluar semua sampah sarap namun diabaikan sahaja . Perasaan marahnya meluap bagaikan hendak meletup!

Mereka memulakan perjalanan. Kereta Minri di hadapan manakala Sehun mengikuti dari belakang . Baru saja selesa dengan keadaan jalan raya , mereka terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas . Tiba tiba telefon Minri berbunyi nyaring lantas dia segera mengangkat . Oh Sehun .....

"Drive safely ye noona"

Kata Sehun , lalu mematikan talian . Minri menjeling melalui cermin belakang dilihat Sehun sedang mengenyitkan mata padanya . Dia hanya mengeleng kepala sahaja .Terasa bahagia hadir dalam diri ini .Manakala Sehun hanya ketawa mengekeh sahaja setelah melihat gelengan oleh Minri itu . Comel....tapi dia ego!

AKHIRNYA , mereka tiba selamat di apartment dimana Minri duduk . Sewaktu meletakkan kereta di tempat letak kereta , kepala Sehun sudah mula pening namun dia tahankan sahaja . Keselamatan Minri lebih penting .

"Jom noona"

Ujar Sehun setelah mengunci central lock . Dia terus mencapai tangan Minri lalu mengenggamnya dengan begitu erat sekali . Minri bingung .

'Kenapa dengan Sehun ni? Aku tau la aku tua dari dia tapi tak payah la sampai nak pimpin tangan bagai ni cam buta sangat aku ni '

Namun dihadamkan sahaja kata itu bimbang akan mengecilkan hati lelaki itu . Lelaki itu tampak tidak berapa sihat . Tapi kenapa dia paksa diri dia sebab aku? Kalau dia pengsan macam mana ? Mati aku nak angkat dia sorang sorang weh! Bisik hati Minri sewaktu sudah sampai di tingkat 5 .

Setelah berada di hadapan pintu pagar Minri , Sehun sudah mula pening lalat . Dilihatnya semua benda seakan berpusing . Dia menunggu Minri untuk membuka mangga pintu . Argh lambatnya! Mahu saja diluahkan kata itu ..

"Masuk la Sehun!"

Kata Minri dari dalam rumah , dia tidak sedar bila Minri masuk ke dalam rumah . Mungkin disebabkan asyik melayan kepalanya yang berpusing itu .

Baru sahaja hendak melangkah masuk , dia jatuh dan terbaring disitu . Pandanganya gelap .

"Sehun! Sehun!"

Itu sahaja kali terakhir dia mendengar Minri memanggil namanya sebelum semuanya hilang . Hilang dalam kegelapan .

-------------

To be continued ;)

Accept You [Sehun Fanfic]Where stories live. Discover now