Part 17

554 43 0
                                    

Minri yang asyik merenung ke arah tingkap bilik itu entah apa yang menarik , dia tidak pasti . Lamunan Minri termati apabila nada dering 'Don't lie' dari kumpulan SM the Ballad dari alat canggihnya itu menjerit nyaring meminta diangkat . Dijeling skrin telefon itu , terpapar nama Oh Sehun di skrin itu . Dia mencungap . Entah apa la yang Sehun hendak kata lagi .

Dengan tangan yang mengelentar , Minri menyapu skrin yang berwarna hijau tanda talian disambungkan .

"Yeoboseyo?"

Suara Sehun menyapa gegendang telinganya . Dia cuak . Hilang nafas rasanya . Atau seolah olah bernafas di dalam air . Minri cuba berlagak tenang walaupun hati bagaikan menggila .

"Annyeonghaseyo . Kenapa Sehun call noona ?"

Minri membalas akhirnya . Dikawalnya suara itu agar tidak jelas terketar ketar pada pendengaran Sehun .

"Minggu depan , Sehun nak ajak Minri pergi satu tempat ye . Ajak kawan Minri tu sekali , Sungrin tu . Ingat tau!"

"Nae ! Saya akan ingat !"

Ajak Sungrin ? Nak ke minah tu masalahnya ? Dia tu dah la macam anti kat Sehun je . Mungkin Sehun fikir aku segan kot bila berduaan sebab tu dia suruh ajak Sungrin . Pandai pandai la aku cuba pujuk dia . Minri bermonolog sendirian tanpa mengetahui agenda Sehun yang sebenar .

"Saya bawa kawan saya jugak."

Kata Sehun . Dia faham apa yang difikirkan oleh Minri . Dia boleh membayangkan dahi Minri pasti berkerut apabila dia berkata tadi .

"Siapa kawan awak?"

"Nanti awak tengok la ye sayang"

Tersentak Minri apabila Sehun menyebut perkataan itu . Sayang . Adakah perkataan itu adalah sebagai gurauan atau serious ?

"Awak jangan lupa makan ubat ye dan rest banyak banyak tau .Annyeong!"

Minri tidak mahu melayan perasaan disebabkan satu perkataan itu .Dia sudah serik ! Trauma! Fobia ! Semuanya ada dalam perasaan ketakutan . Dia tidak mahu terlalu berharap sehingga menyebabkan kekecewaan . Biarlah bertepuk sebelah tangan asalkan tidak meraung dikemudian hari .

"Nae sayang....caringnya awak kat saya"

Sekali lagi . Apa maksud perkataan itu ? Jangan berkata kata kalau tiada perasaan sayang itu . Dia menarik nafas dan tersenyum walaupun Sehun tidak nampak perbuatannya itu . Dia terus mematikan talian . Entah kenapa setiap kali Sehun menyebut perkataan itu , hati perempuannya berdegup kencang seolah olah berlari 100 meter . Egokah aku untuk membalas kata itu ? Minri bertanya pada diri sendiri . Dia merenung skrin telefon yang gelap itu . Dia sendirian kembali . Sungrin sudah lama membuat tahi mata .

Minggu depan . Bisik hatinya lagi . Readykah aku untuk menatap Sehun sekali lagi? Hendak mengejutkan Sungrin untum memberitahu hal ni , dia tidak sanggup ditambah Sungrin baru sahaja pulang dari pejabat 1 jam yang lepas . Kasihan .

SEHUN bermain main dengan handphonenya . Berkali kali dia memusingkan alat peranti itu . Dia bersandar lesu disofa . Hyungnya semua sudah masuk tidur selepas selesai siasat menyoal dia . Dia mengeluh . Hendak mengajak berbual , dia terasa malas .

"Kau tak tidur lagi?"

Satu suara berkata . Terkejut bagaikan hendak tercabut jantungnya . Ingatkan akak rambut panjang tegur dia rupa rupanya Kim Jongin -,-"

"Tak . Aku dah tidur lama tadi"

Sehun menjawab dengan lemah . Dia malas mahu menceritakan yang dia pengsan itu . Kalau cerita nanti , pasti Kai hyung bagitau yang lain pastu buka semula cawangan sesi soal menyoal antara hyung dan Oh Sehun . Dia sudah masak dengan persoalan demi persoalan . Tunggu satu hari nanti dia akan luahkan segala rahsia yang terbuku di dalam hati .

"Minggu depan , kau teman aku tau Kai hyung"

"Eh pahal pulak?"

Kai terkejut , terbuntang matanya .

"Adalah . Arghhh hyung tak tidur lagi ni kenapa?"

Sehun menguap entah kali ke berapa . Matanya juga seakan ada magnet yang menarik matanya untuk tidur .

"Aku order ayam tadi . Jap lagi sampai la . Kau nak makan jugak ke dengan aku?"

Ayam . Ayam . Ayam . Itu je la rutin harian Kim Jongin . Hidup bagaikan tidak sempurna tanpa mengunyah seketul ayam . Hari hari dok melantak kulit ayam tu tapi tak gemuk gemuk pun . Maintain je . Aku pun dah muak makan ayam hari hari , pelik betul aku dengan mamat sebelah ni . Haiyooo....

"Takpela . Kau makan je la sorang karang tak cukup pulak kalau makan dua orang hahahah"

Sinis Sehun . Tidak mungkin dia lupakan dimana masa tahun lepas , dia dan Kai tidak bertegur sapa selama seminggu hanya disebabkan seketul ayam . Puas dia memujuk rayu Kai dan membelanjakan ayam kepada hyungnya itu sehingga lelaki itu memaafkan dia . Kopak duit dia masatu , nak meraung bila buka wallet dia . Kai hanya tersengih sahaja dengan sindiran Sehun itu .

------------------

To be continued ;)

Accept You [Sehun Fanfic]Where stories live. Discover now