Sehun memasuki rumah sewa yang menempatkan enam orang iaitu dia , Suho , Baekhyun , Chanyeol , D.O dan Kai . Dia memasuki secara perlahan-lahan . Memandangkan sekarang sudah 9.30 malam pasti mereka sudah masuk tidur . Kecuali Kai kerana membaca komik .
Namun sangkaannya meleset , sebaik sahaja dia membuka pintu , tersembul wajah Kai , Suho , Chanyeol serta Baekhyun . Muka mereka juga seolah olah meminta penjelasan darinya . Dia terkejut beruk! Nasib tak mampus tadi! Suka tau buat aku sakit jantung wahai hyung hyung aku ni .
"Baru jumpa jalan rumah ke dik?"
Sinis Chanyeol pada Sehun . Dia memandang Sehun dari atas ke bawah . Sehun jua turut membalas perbuatan hyungnya itu .
"Ha ah . Baru je jumpa"
Sehun membalas sinisnya itu jua . Chanyeol terus meluku kepalanya .
"Ni makannya!"
Jawab Chanyeol sambil ketawa terbahak-bahak .Suho berdehem . Dia memandang tajam ke arah kedua-duanya . Orang tengah marah , buat lawak bodoh pulak time macam ni . Sepak karang baru tau siapa Suho ni -,-". Tak boleh harap si capang ni .Sehun memandang Suho dengan pandangan biasa . Selamba . Menganggap tiada apa apa yang berlaku .
"Kau pergi mana hah Oh Sehun?"
Kali ni Suho bertanya pulak , suaranya dingin sahaja . Dia berharap Sehun akan memberi jawapan yang memuaskan hatinya .
"Err aku keluar ambil angin je"
"Dari petang tadi sampai sekarang baru nak balik?"
Kai mencelah pula.
"Errrr...."
"Lebih baik kau jujur Oh Sehun"
Jawab Baekhyun .
Sehun cuba memahami maksud kata-kata itu . Apa yang sudah berlaku tanpa pengetahuan dia ? Apakah mereka ekori aku?
KAI & BAEKHYUN'S POV
"Suho , aku nak pergi spy Sehun jap"
Ujar Kai seraya mengambil kunci keretanya di atas meja kopi . Selepas Sehun keluar dari rumah mereka , dia mahu mengetahui aktiviti Sehun di luar rumah . Bukan niat menyibuk tapi hanya mengambil berat . Sehun sudah pandai berahsia dari mereka semua . Bukan dia tidak tahu . Semua gerak geri lelaki itu dia dapat membacanya .
"Weh aku nak ikut jugak!"
Satu suara menyampuk . Kai menoleh ke arah suara itu . Baekhyun rupanya . Dia mengangguk sambil tersenyum . Bagus juga kalau ada teman . Lantas dia dan Baekhyun terus memasuki ke dalam perut kereta setelah menerima anggukan dari Suho .
Kai memandu kereta manakala Baekhyun duduk di tempat penumpang . Kai menggunakan kereta kepunyaan noonanya . Kalau tidak , pasti Sehun senang mengecam kereta kepunyaan . Nasib noonanya membenarkan tanpa banyak soal .
"Hah tu kereta Sehun!"
Jerit Baekhyun seraya jari telunjuk menunjukkan kenderaan itu kepada Kai . Kai tersenyum . Dia memberhentikan kereta itu jauh dari Sehun . Dia melihat dari dalam kereta sahaja . Malas hendak membuat kecoh .
Dia melihat Sehun menahan pintu kereta seseorang . Ketika orang itu hendak menutup pintu . Tidak lama kemudian , orang itu keluar dari kereta . Perempuan? Kai terkejut bukan kepalang . Dia terus menepuk bahu Baekhyun yang terlena itu .
"Weh ! Weh! Weh!"
"Apa dia?"
Soal Baekhyun , Dia menggosok-gosok matanya . Hah?!?!? Baekhyun terkejut bila dapat melihat dengan jelas .
"Siapa perempuan itu?"
Soalnya . Kai hanya mengangkat bahu . Dia sendiri tidak tahu . Dia biarkan persoalan Baekhyun tanpa sebarang jawapan . Jawapan itu mungkin dari Oh Sehun sendiri . Satu hari nanti pasti akan terbongkar segalanya .
Kai terus mengikuti Sehun dari belakang apabila kereta lelaki itu mula bergerak ke satu tempat . Walaupun keretanya di belakang kereta Sehun namun jaraknya agak jauh sikit . Dia yakin Sehun pasti tidak mengesyaki apa apa .
Kai terpaksa berhenti di luar kawasan apartment itu memandangkan kawalan keselamatannya yang amat ketat . Kereta Sehun sudah berada di dalam kawasan itu . Sehun keluar , perempuan itu pun sama . Mereka jalan berpegangan tangan? Satu lagi persoalan yang terlintas di fikirannya. Baekhyun juga ternganga melihat perbuatan Sehun itu . Itu Sehun ke orang lain?
"Kita balik dulu la"
Ujar Kai setelah susuk badan Sehun dan perempuan itu hilang dari pandangan mereka berdua . Nanti dia akan ceritakan segalanya kepada Chanyeol , D.O dan Suho .
"Nae!"
Kai terus memasuki gear satu dan kereta pun meluncur laju di atas jalan raya .
-------------------
END POV
"Jadi memang korang ikut aku la ni?"
Soal Sehun sambil meletakkan alat canggih itu di atas meja ruang tamu . Patut la firasatnya mengatakan dia diekori namun diabaikan sahaja . Tak sangka hyung tidak percaya padanya. Dia sudah besar dan tahu menjaga dirinya. Dia bukan budak kecil lagi untuk dijaga sepanjang masa . Dia dikurniakan dengan akal fikiran , dia tahu membezakan mana baik dan buruk . Kenapa hyung buat dia macam ni? Dia mengeluh berat .
"Hyung semua tak percayakan Sehun ke ?"
"Bukan tak percaya .Tapi entah la . Kami tak boleh nak explain apa perasaan kami . "
Ujar Suho lembut , dia menepuk-nepuk bahu Sehun dengan lembut .
"Siapa perempuan itu?"
Setelah lama mendiamkan diri , D.O bersuara akhirnya . Dia juga musykil . Selama ni , dia hanya mendengar sahaja tapi kali ni dia jua turut bersuara seperti member yang lain .
Sehun mengeluh . Sudah la dia pening kepala lagi bertambah sakit bila disoal bertubi-tubi oleh hyungnya . Kalau tak terangkan sekarang , pasti hyungnya semua salah faham akan dia .
Dia mengambil nafas panjang sebelum memulakan cerita .
---------------------
To be continued ;)
![](https://img.wattpad.com/cover/26859852-288-k390436.jpg)
YOU ARE READING
Accept You [Sehun Fanfic]
FanfictionSetelah dikecewakan , Shin Min Ri tekad tidak akan jatuh cinta lagi . Dia membina tembok dikeliling hatinya . Berharap tiada sesiapa yang berjaya mencerobohinya . Dia bagaikan dunianya sendiri . Dia mahu membuang semua kenangannya bersama Kim Taehyu...