Part 31

400 38 0
                                    

Sehun , Sungrin , Suho , Kai , Chanyeol , Baekhyun dan D.O duduk di atas kerusi yang disediakan oleh pihak hospital . Harini merupakan hari ketiga , Minri masih belum sedarkan diri lagi . Masing-masing berharap akan ada keajaiban yang menggembirakan mereka bukan mendukakan mereka . Masing-masing tidak berputus asa dari terus berdoa .

"Minri macam mana?"

Soal Minyoung yang baru sahaja tiba di hospital. Sungrin menarik muncung.

"Macam tu jugak weh tak ada reaksi positif pun"

"Sabar la weh berdoa banyak banyak supaya Minri cepat sedar"

Minyoung mengusap lembut bahu Sungrin yang hatinya sedang walang . Dia juga risaukan Minri namun Sungrin yang lebih rapat dengan Minri itu pasti terkesan dalam hati . Kawan mana yang tak risau bila kawan sendiri terlantang di atas katil hospital yang serba putih itu . Minyoung sering kali sibuk sehingga tiada masa untuk melawat Minri . Mujur la Sungrin akan memberitahu setiap perkembangan Minri apabila di rumah sewa mereka .

"Aku nak masuk tengok Minri la . Kau nak ikut sekali tak?"

Soal Minyoung , namun gelengan diberikan oleh Sungrin . Dia sudah putus harapan . Kawan baiknya itu bagaikan jasad masih ada tetapi nyawa bagaika melayang . Mujur la ada Kai yang sentiasa memberikan dia semangat .

"Oh okay. Takpe la aku tak nak"

Setelah mendengar jawapan Sungrin , Minyoung terus masuk ke dalam bilik yang menempatkan Minri . Dia sendiri mahu menangis bila melihat kawannya bernafas melalui bantuan pernafasan . Patut la Sungrin tidak mahu masuk , rupanya dia tak kuat hendak melihat keadaan Minri .

Minyoung berjalan mendekati tubuh Minri yang masih kaku tetapi masih bernafas. Dia merasakan kakinya lembik bagaikan agar-agar . Sejujurnya , dia tidak kuat . Oh Tuhan! Kenapa kau uji sebegini pada kami . Dengan tangan yang menggelentar , Minyoung cuba untuk mengusap ubun-ubun Minri . Walaupun dia tidak serapat Sungrin namun dia tahu Minri menyimpan kisah silam yang menyakitkan itu . Walaupun Minri tidak bercerita namun matanya menceritakan segala-galanya . Kau wanita yang kuat , Shin Minri.

Dia mencium ubun-ubun Minri sebelum keluar . Dia mahu Minri merasakan sentuhannya walaupun tidak rapat . Sebelum keluar , anak matanya sempat menjeling ke arah tubuh yang kaku itu sebelum keluar .

"Kau mesti bangun untuk orang yang kau sayang , terutamanya Oh Sehun"

Itu kata terakhir Minyoung sebelum dia keluar dari bilik pesakit itu . Menurut Sungrin , Minri koma separuh sedar jadi apa yang kita katakan pada dia , dia mendengar cuma tiada respon sahaja . Itu sedikit respon yang positif daripada tiada langsung .

"Kau nak pergi mana lepas ni?"

Soal Sungrin sebaik sahaja melihat Minyoung keluar dari bilik Minri.

"Aku nak balik rumah la . Penat sangat la"

Sejak kebelakangan ni , dia sering kali sibuk untuk menyiapakan kerja yang tertunggak . Dia mengurut leher yang terasa sengal itu . Lama sangat menghadap komputer sehingga mengabaikan pemakanannya.

"Balik la dulu . Rest well . Jap lagi aku balik"

"Annyeong"

Mereka bersalaman sebelum berpisah . Sehun masih lagi mundar-mundir di tempat menunggu itu .

"Kau boleh duduk diam tak Oh Sehun?"

Suho menyampuk . pening kepala dia melihat Sehun yang bagaikan mati bini itu . Naik rimas sampai rasa nak ikat Sehun kat kerusi tu suruh duduk diam diam . Sehun memandang ke arah Suho lalu menyengih.

"Mian"

Katanya dengan menggaru kepala yang tidak gatal . Adoi macam mana la nak tahan kaki ni dari terus duduk diam .

"Sehun dan Suho aku nak balik dulu ye sebab badan dah melekit aku tak mandi lagi ni"

Ujar Sungrin . Dia lihat Kai sedang pejam mata dia ambil keputusan untuk tidak menyebut nama Kai . Bimbang tersedak pulak mamat tu . Chanyeol dan Baekhyun pula pergi berjumpa dengan kembar dua , Seoeon dan Seojun .

"Patut la bau busuk sampai ke sini"

Satu suara menyampuk yang menyebabkan tiga orang itu memandangnya dengan penuh kehairanan. Kai membuka mata dan memandang ke arah Sungrin . Sungrin menunjuk penumbuk pada Kai . Tak guna , dia perli aku! Kai ketawa kecil . Sungrin masih lagi brutal!

"Aku chaw dulu"

Sungrin mengorak langkah menuju ke arah lif . Langkahnya terhenti apabila mendengar laungan Kai .

"Aku hantar kau balik"

"Tapi.."

"Dah diam tak payah banyak alasan . Jom"

Kai terus merentap tangan Sungrin menyebabkan Sungrin bagaikan terkena renjatan elektrik . Kai mengenggam jari jemarinya dengan lebih kuat seolah olah tidak mahu lepaskan . Apabila pintu lif terbuka , ramai orang yang berada di dalam lif itu . Mujur la muat apabila Kai dan Sungrin melangkah masuk .

Kai berdiri di belakang Sungrin . Dia melihat ada seorang lelaki yang miang cuba untuk meraba Sungrin .Mujur la Kai perasan perbuatannya itu lantas memeluk Sungrin . terkejut kerbau Sungrin!

"Apa ni bruh kacau tunang aku"

Katanya dengan suara dingin . Muka lelaki itu berubah seperti hendak tercirit apabila mendengar pengakuan Kai . Sungrin dapat mendengar dengupan jantung Kai yang laju seolah selesai lari 100 M . Apabila keadaan sudah selamat , Kai melepaskan Sungrin dari pelukan namun tolakan di bahu yang dia dapat .

"Kau sengaja nak ambik kesempatan kan?"

Herdik Sungrin .

'Eh minah ni orang dah tolong bukan nak cakap terima kasih ke apa kena tuduh ambil kesempatan pulak . haih menyesal aku tolong minah , biar dia kena raba je tadi . kecil besar kecil besar je aku tengok minah ni'

Bisik hati kecil Kai . Akhirnya pintu lif pada lobi buka. Orang berpusu-pusu melangkah keluar . Eh minah tu dah hilang macam pelesit je dia . semasa hendak berjalan keluar dari lobi , dia disergah .

"Woi!"

'Minah ni nak bagi aku mati awal agaknya'

"Kau tak nampak ke aku tunggu kau kat sini?"

"Tak kot"

Sungrin terus menghentak kaki dan berlalu pergi .

"Tak guna punya Kai"

Namun mulutnya berhenti dari membebel apabila deringan telefon meminta diangkat .

"Yeoboseyo?"

"........."

"Mwo"

"Okay aku naik sekarang"

Dia berpatah balik pada Kai dan terus menarik tangan Kai sehingga ke lif semula .

"Woi pahal ni"

Soal Kai namun tidak dilayan . Kai tertanya dalam hati apa yang sudah terjadi . Kenapa Sungrin berpatah balik? Persoalan demi persoalan yang tidak dipastikan jawapannya yang sahih .

---------

To be continued  :'))

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak ^~^

Accept You [Sehun Fanfic]Where stories live. Discover now