002 (ii)

1.1K 162 35
                                    

akhirnya jisung selamat sampai ke kedai yang dikehendaki. walaupun tak berapa selamat sangat sebab jisung sekali lagi lupa nak brek dan hampir terbabas masuk ke dalam kedai menunggang motornya.

sebagai rakyat yang berjiwa rakyat, jisung mengambil telefon pintarnya dengan begitu cool lalu aplikasi MySejahtera dibuka dan barcode di scannya.

ecece jisung rasa dah macho habis lah tu.

sampai di dalam kedai dia mula melakukan pencarian gula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

sampai di dalam kedai dia mula melakukan pencarian gula.

' kenapa tak tanya je akak kat kaunter tu? '

jisung merupakan gen z. seorang gen z terlalu malu untuk bertanya. jadi gen z cuba berdikari. seperti peribahasa berusaha dahulu, bertanya kemudian.

selepas satu kedai dicarinya jisung mengeluh. nampaknya dia terpaksa jugak bertanya kepada akak tu.

" ehem akak. gula ada tak? " soal jisung perlahan. akak kaunter yang ada gaya macam anak tauke kedai mengerutkan kening. dia tidak dapat menangkap soalan jisung tadi.

" apa? " soalnya kembali dengan sedikit kuat.

tapi jisung rasa macam disergah lalu jisung tergagap-gagap. " g-g-gula! "

" oh gula. ada kat tepi ni. "

akak berbadan dua itu menunjukkan tempat gula yang betul-betul di sebelah kaunter. alamak memalukan lagi. jisung menebalkan muka mengucapkan terima kasih.

dia mengambil empat paket gula dan satu batang aiskrim matkool butterfly yang boleh dikongsi dengan adiknya nanti.

dia meletakkan barang-barangnya di kaunter dengan sopan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

dia meletakkan barang-barangnya di kaunter dengan sopan. akak tersebut bertanya berbasa basi.

" ini je? "

jisung mengangguk.

di saat akak tu baru nak scan barang-barangnya tiba-tiba datang seorang gadis.

" kak long! kan ecah dah cakap biar ecah yang jaga kedai. kak long tu dah la due lagi dua tiga hari. " kata gadis tersebut berbaur risau. dia cepat membantu kakaknya bangun dari kerusi kaunter dan kakaknya mencebik.

" alah biar la akak jaga. kau pergilah beraya dengan kawan-kawan kau. "

" ah takde-takde! beraya tu minggu depan pun boleh lagi. kalau jadi apa-apa kat kak long macam mane? "

' tak pe la. budak ni ada. "

akak tersebut menunjuk ke arah jisung. jisung terkejut lalu menunding jari ke arah dirinya.

" s-saya? "

" budak ni? takkan dia nak jadi bidan akak pulak? " soal gadis tersebut sambil memandang jisung atas dan bawah.

" yelah apa salahnya. "

" dah. yang penting sekarang ni akak balik rumah, biar ecah yang jaga okay. " katanya lalu memapah kakak yang mengandung lebih 9 bulan itu keluar dari kaunter kecil tersebut.

akaknya mengalah lalu mengangguk kecil. baru nak berjalan keluar, akak tu menjerit, membuatkan perhatian jisung dan ecah tertarik kepadanya. kelihatan air mengalir di kakinya dan dia terduduk.

ecah yang baru duduk di kerusi kaunter dan nak scan barang jisung bangun lalu menjerit mendapatkan kakaknya.

jisung sekali lagi terkejut dan dia pun mendekati akak dan si ecah. akak tu terkencing ke? desis hati jisung menggaru pipinya dengan wajah agak risau.

" alamak akak! akak jangan terberanak kat sini! " kata ecah gelabah.

' apa? akak tu nak terberanak?! ' jisung membutangkan mata lalu dia cepat mendekati dua orang perempuan itu.

" p-panggil abang long! cepat! " tergagap-gagap kakak tersebut sambil menghembus nafas laju.

" j-jap ecah pergi panggil! " ujar gadis di sebelahnya lalu bangun. dia kemudian menunding jari ke arah jisung.

" kau! "

" aku? "

" kau tengokkan akak aku kejap. jaga dia sementara aku panggil abang long tau. " demand ecah kepada rayyan hanafi yang masih blur dengan apa yang terjadi.

jisung terkejut.

dah kenapa pulak dia boleh tertarik masuk dalam drama ni.

sebelum sempat jisung membalas arahan gadis bernama ecah tu dah berlari ke luar kedai bersama baju kurung dan kain susunnya.

" jangan pergi mana-mana tau! "

jisung mengeluh perlahan. dia kembali melihat akak tersebut yang sedang termengah-mengah. dia kemudiannya duduk di samping kakak yang nak terberanak tu lalu mengusap belakangnya awkward.

" kenapa lah aku yang jadi mangsa. aku kan cuma nak beli gula. " keluhnya perlahan.

-

sebaik sahaja abang long datang membawa isterinya ke hospital berdekatan menaiki kereta dan si ecah menangis tanpa sebab dan jisung lah yang terpaksa memujuknya untuk lek lek sudah lah.

selepas semuanya reda gadis tersebut mengesat air mata dan hingusnya dengan tisu. dia memandang jisung yang berdiri di depan kaunter berhadapannya.

" kau tunggu apa lagi? "

" scan barang aku ni. aku nak bayar. " kata jisung agak letih dengan semua yang terjadi.

walhal dia hanya nak ke kedai membeli gula. hampir-hampir jisung jadi bidan terjun untuk anak tauke kedai tu. ni dah lebih dua jam dia berada di kedai tersebut.

" oh! sorry sorry, lupa! "

selesai mengesat hingusnya dan tisu dibuang ke dalam tong sampah, ecah memakai hand sanitizer lalu mengimbas barang-barang yang diletakkan jisung sejak dua jam yang lepas.

" semuanya Rm5.60 "

jisung hulur duit dan ambil baki.

" terima kasih sebab tolong tadi. "

jisung tersenyum kecil dan menggeleng. " takde hal la. benda kecik je. " kata jisung malu-malu dan memegang sideburnnya, sesuatu habit yang selalu dilakukannya apabila segan.

" apa nama kau? " soal ecah sambil mengangkat kening.

" rayya— jisung. panggil aku jisung. "

" oh! aku aisyah, panggil aku ecah. "

di situ bermulalah persahabatan pertama jisung dengan seorang perempuan, anak tauke kedai selepas peristiwa jisung hampir menjadi bidan terjun di kedainya.

🎉 You've finished reading 𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐍𝐂𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 | 𝐎𝐓𝟐𝟏 ✔ 🎉
𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐍𝐂𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 | 𝐎𝐓𝟐𝟏 ✔Where stories live. Discover now