27 : epilogue ( ii )

1.5K 290 116
                                    

" masuk jalan ni ka? "

soal kun sedikit kuat sambil menunggang motornya dan dibonceng taeyong. taeyong membalas kuat.

" haah! kau hantar aku sampai sini pun dah cukup la kun. "

kun tersenyum.

" ala takdak pa aih. "

terus mereka memasuki lorong ke rumah taeyong. sebelumnya,taeyong agak risau kerana mungkin telah menyusahkan rakannya itu,namun setelah ternampak rumahnya di hujung lorong,perasaannya mula berubah menjadi gembira.

rindunya dia dengan rumah. rasa macam lama sangat tak balik.

" eh? " taeyong tergamam.

rumahnya yang telah berbulan ditinggalkan itu masih dalam keadaan terurus dan kelihatan agak ceria dengan lampu raya yang dipasang di bumbung rumah serta pelita di sekeliling halaman.

yang lebih mengejutkan bila rumahnya itu dipenuhi ramai orang. taeyong menelan air liur. tak mungkin lah dia dah silap rumah atau lebih teruk rumahnya dah dijual ke orang lain.

hatinya berdebar-debar apabila motorsikal kun semakin lama semakin menghampiri rumahnya. dia lansung tak perasan tentang kehadiran kereta ferarri di garaj atau seorang lelaki berbaju melayu merah yang sedang menyorok di tepi pagar.

" dorang dah datang! " reportnya lalu mereka yang sedang sibuk berlari ke sana sini itu semakin kecoh pulak.

kun mematikan enjin dan tongkat diturunkan. taeyong bergegas turun dari motor dan membuka helmet tak percaya.

ya dia tak percaya.

bila rakan-rakannya kini berada di dalam rumahnya,sedang membuat persiapan hari raya. dia memandang ke kiri dan ke kanan sambil berjalan ke pintu yang terbuka luas.

mereka hanya tersengih membalas pandangan taeyong. lelaki itu kemudiannya menoleh semula ke hadapan dan disambut oleh senyuman johnny.

" welcome home,taufiq. "

taeyong mengukir senyuman lebar.

—٩(๛ ˘ ³˘)۶♥—

" macam mana korang tahu rumah aku kat sini? " celahnya ketika mereka sedang menjamah selera dengan ketupat dan rendang ayam yang dibeli tadi.

" oh pasal tu,yuta. " matanya melirik ke arah yuta yang tersengih sambil mengangkat peace.

" aku curi-curi tengok profile kau. "

taeyong mengangguk faham.

" ha nah,bang taeyong. uwu pinjam kejap hehe. " kata jungwoo perlahan lalu dia memberikan kunci rumah yang 'dipinjam ' nya dari kocek baju taeyong semalam.

taeyong tersenyum.

" kenapa tak bagitahu je? "

" tak surprise la macam tu! " sahut yangyang. xiaojun dan hendery mengangguk setuju.

taeyong menggeleng,senang hati dengan telatah adik-adiknya itu. " terima kasih korang. untuk semua ni. " . " ala takde hal la. yang penting kita dapat jugak raya sama-sama. " jaehyun tersenyum simpul.

" ya betul tu. " ujar taeyong lebih ceria.

ya,memang mereka janji melayu. apabila melayu berjanji,mereka tetap akan tepati. yang tak bagusnya apabila mereka tunaikan janji itu lambat dari yang dirancang.

tapi itulah melayu.

janji tetap akan ditepati.

dan mereka dah berjanji untuk beraya dengan taeyong. walaupun taeyong dah putus harapan,dia dapat kejutan yang lebih menggembirakan dari yang dirancang.

beraya dengan rakan-rakannya macam keluarga sendiri di rumahnya sendiri. taeyong lansung tak sangka perkara macam tu akan berlaku.

" JISUNG DENGAN BANG JAEMIN DAH SAMPAI! " jerit chenle membuatkan mereka berpaling ke arah halaman rumah.

kelibat jisung dan jaemin yang kelihatan letih itu menarik perhatian. " PENAT WOO PUSING-PUSING CARI RUMAH. " luah jaemin sambil mengesat peluh.

" tulah! ni semua salah bang taeil! mana ada orang hantar location guna peta lukis atas kertas?! " rungutnya dengan bersusah payah melangkah masuk ke dalam rumah.

semua mata memandang ke arah taeil yang baru nak masukkan kuih almond london dalam mulut dengan muka tercyduk.

" a-aku pikir lukis peta lagi senang faham. mana la aku tahu dorang nak sesat. " katanya membela diri sendiri.

belum sempat jaemin yang dipapah renjun itu membalas perdebatannya,ten muncul dengan kamera.

" SENYUMM! "

" ALA APA NI BANG TEN,TAK READY LAGI! "

" WOI WOI KEJAP. SONGKOK AKU SENGET! "

" ee orang tengah comot ni! "

" keep calm and makan almond london. "

" tak aci tak aci! snap lain! "

ten menggulingkan mata.

" ish yelah-yelah. aku bagi masa 10 saat je. "

lantas mereka mula berlarian naruto ke dapur untuk mencuci muka dan tangan yang comot dengan kuah rendang.

" 7! "

" kejap kejap! "

lucas sempat membetulkan rambutnya di depan cermin dan wink krpada diri sendiri.

" baru la smart. "

" 9! "

" eish,ye sabar-sabar. " protes jeno sambil memakai seluar disebabkan si dia baru keluar dari bilik air.

" 10! okay ambil tempat! " jerit ten dan menetapkan masa di kameranya sebelum diletakkan di atas meja. dia berlari anak duduk di hadapan sekali.

" SENYUM! "

click!

" SELAMAT HARI RAYA! "

✩•̩̩͙*ೃ˚.˚ଘo(∗  ❛ั ᵕ ❛ั )੭່˙˚.*ೃ

「THE END」

𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐍𝐂𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 | 𝐎𝐓𝟐𝟏 ✔Where stories live. Discover now