Ep 1

119 11 0
                                    


Aku terbangun dari tidur kerana mimpi ngeri. Aku terus menuju ke bilik air dan mencuci muka supaya berasa segar dan dapat melupakan mimpi tersebut, namun mimpi itu cukup membuat aku berasa ngeri dan takut.

Selesai mandi dan menyalin pakaian yang selesa aku turun ke tingkat bawah dan menuju ke ruang tamu. Aku menyapa aunty aku yang sedang khusyuk menonton drama kesukaannya

"Aunty dah sarapan? Kalau belum Soo Jin masakkan"

"Aunty dah makan tadi, kalau kamu nak makan ada makanan dekat dapur aunty beli tadi, kamu habiskan lah" Aunty terus mengangkat telefonnya yang berdering

Aku terus menuju ke arah dapur untuk makan makanan yang dibeli oleh aunty.

Aku tinggal bersama aunty aku kerana mak aku dah pergi dan ayah aku pula? Entah di mana dia sekarang, dia bawa diri setelah kematian mak aku. Tetapi aku tidak menyimpan dendam terhadapnya kerana aku tahu betapa sayangnya dia terhadap mak aku tapi apakan daya kematian memisahkan mereka

Aku berharap jika suatu hari nanti aku mempunyai suami, aku inginkan yang seperti ayah aku. Well, not easy tapi berharap sahaja yang mampu buat masa ni.

******

Byun Foodie

Seorang lelaki yang segak bergaya turun dari kereta mewahnya dan berjalan masuk ke dalam bangunan megah tersebut. Setibanya dia di dalam, semua pekerja tunduk hormat dan menyapa ketibaannya. Dia terus berjalan ke arah lif dan menuju ke tingkat 3

Sesampai di tingkat 3 dia masuk ke dalam bilik CEO dan tertera namanya di atas meja yang kemas dan besar itu Byun Baekhyun. Dia duduk di kerusi dan mendail panggil secretary nya

"Ya Tuan Byun, ada apa saya boleh bantu?" Kata secretary tersebut sambil membawa fail di sisinya

"Saya ada urusan penting ke hari ni?" Mata Baekhyun terus fokus ke arah komputer miliknya

"Tiada Tuan, cuma meeting dengan client petang ni" Kata secretary itu sambil jarinya lincah menyentuh skrin ipadnya

Baekhyun terus menggerakkan tangannya meminta secretary itu untuk pergi. Kemudian telefonnya berdering dan tertera Mama

"Helo mama"

"Ha Baek, balik rumah mama tak petang ni?"

"Hmm tak, tapi kalau mama nak Baek balik Baek boleh je balik" Jarinya masih lincah menaip di keyboard

"Haa kalau macam tu balik, mama ada benda yng tersangat penting nak bincang"

"Baiklah mama, nanti petang sikit Baek sampai. Love you"

"Love you"

Baekhyun terus meletakkan panggilan tersebut dan kembali fokus ke skrin komputernya

*******

YongHyun Market

Aku membelek memilih sayuran untuk dibeli untuk masak makan malam. Hari ni aunty ada nak buat celebrate katanya, jadi aku nak masakkan special untuk dia

Sedang aku membelek sayuran tiba-tiba seorang lelaki melanggar aku dari belakang

"Maaf" Kata lelaki tersebut ke arah aku dan kemudian berlalu pergi

"Sibuk sangat agaknya, jalan pun cakap dengan telefon" kataku di dalam hati

Aku terus mengambil barang dan bahan yang aku perlukan dan terus menuju ke kaunter pembayaran. Aku menyeluk saku seluar, melihat beg tangan aku tetapi tidak jumpa dompet. Tiba aku teringat yang dompet tertinggal di atas meja makan

"Aduh! Eloklah Soojin, dompet pun tinggal"

"Cik, semuanya 50,000 won" kata cashier tersebut

"Cik nanti saya datang balik, bayar semua ni. Dompet saya tak bawak"

"Campur dengan saya punya sekali" kata seorang lelaki yang menunggu di belakang aku

"Baik, 54,000 won Encik"

Lelaki tersebut terus bayarkan barangan aku dan berjalan pergi. Aku terus menjinjit beg aku yng berisi barangan itu dan mengejar lelaki itu namun dia telah hilang dari pandangan

19:30 pm

Makan malam telah aku sediakan dan menunggu aunty aku untuk datang.

"Hai, banyak masak ni? Nak sambut bakal mertua ke?"

"Aunty, tadi aunty kata nak celebrate something so Soojin buat lah kek and makanan malam sekali"

Aunty terus menarik kerusi dan duduk. Aku duduk berhadapan dengan aunty dan menghidangkannya makanan.

"Sebenarnya aunty nak cakap"

"Cakaplah" aku terus menyuap makanan ke dalam mulutku

"Ada orang nak Soojin kahwin dengan anak dia"

Aku terus tersedak dan hampir tersembur.

"Apa?! Kahwin?"

*******

Baekhyun keluar dari kereta miliknya dan memasuk rumah agam milik mama nya. Setibanya dia di dalam dia melihat mama nya berada di dapur

"Mama!!"

"Sini"

Baekhyun terus menuju ke dapur dan melihat makanan sudah tersedia di atas meja

"Ni mama minta Baek belikan cookies tadi kan"

"Thank U"

Mama terus mengambil cookies tersebut dan meletakkan di atas pinggan

"Mama masak banyak2 ni ada orang nk datang ke?" Baekhyun terus mencuri makan daging yang berada di atas piring

"Tak lah, nak sambut menantu"

"Mama, tak lawak" Baekhyun membuat muka 😒

"Lah, mama cakap betul. Mama nak baekhyun kahwin"

"Ma! So benda yang penting sangat mama nak cakap tu, pasal kahwin? Mama tahu kan Baek tak nak, tak suka kenapa paksa?"

"Baek, mama ada kenal sorang perempuan ni dia anak sedara kawan mama. So mama teringin nak dia jadi menantu mama. Boleh kan?"

"Sorry Ma, Baek balik ni sebab Mama suruh dan Mama dah masak banyak ni so kita makan. Hal tu Baek tak nak bincang" Baek terus menarik kerusi dan duduk makan

[To Be Continues]

[C] ᴍʏ ꜱᴇᴄʀᴇᴛ ʙʀɪᴅᴇOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz