Ep 3

89 8 0
                                    

[Baekhyun's House]

Baekhyun terbaring di atas sofa di ruang tamu sambil jarinya laju menaip di skrin telefon nya. Tiba-tiba dia terhenti dan terfikir sejenak kata mama nya

"Dia itu bakal isteri Baek"

Baekhyun terus menggeleng kepalanya berkali kali untuk menidakkan perkara tersebut. Tiba2 lonceng rumah nya berbunyi, dia terus bangun dan melihat di monitor. Baekhyun terus membuka pagar rumahnya dan sebuah kereta memasuki halaman rumahnya

Baekhyun hanya berdiri di muka pintu rumahnya, keluar seorang jejaka dari kereta yang handsome melambai tangan ke arah Baekhyun

"Baek! Long time no see"

"Aik, baru 2 minggu pergi UK dah tak boleh cakap bahasa kat sini ke?" Baekhyun mengangkat keningnya

"Kau ni, aku nak speaking sikit pun tak boleh. Bagi lah chance sikit"

Baekhyun terus menjemput rakan nya masuk ke dalam rumah dan mereka duduk bersama di ruang tamu. Rakan Baekhyun yang melihat rupa stress terus mengajukan pertanyaan

"Kau ni stress semacam dah kenapa? Mama kau kahwin lagi ke?"

"Amboi kau, kalau nak bersangka buruk pun yang elok lah sikit" Baekhyun menjeling

"Dah tu, kenapa? Kau punya rupa ni kalau bagi dekat pelukis nightmare weii pelukis tu. Ngeri"

"Suho, kau rasa kalau aku kahwin ok tak?" Bisik Baekhyun perlahan

Suho terus ketawa sambil menepuk sofa menahan gelak. Dia tidak berhenti mentertawa kan Baekhyun

"Gelak pulak, member kau tengah serius. Ha eloklah, gelak je" Baekhyun terus bermasam muka

"Relax lah, kau ni aku nak gelak pun tak boleh. Tapi, kau ni tanya soalan macam tu ada something wrong ke?" Suho meletakkan jarinya di bawah dagu 🤔

"Mama aku tu dah teringin nak cucu agaknya, heran. Tiba2 suruh aku kahwin" Baekhyun terus mengeluh

******

[Soojin's House]

Aku duduk di gazebo di luar rumah sambil menikmati teh panas. Tapi nak kata nikmati tu tak ada lah nikmat sangat. Gila ke apa, aunty aku kata aku bakal kahwin lagi 2 minggu. Dah lah kenal mamat tu pun belum lepastu main arrage je tarikh

Tiba2 handphone aku berbunyi dan aku terus melihatnya.

Lee Min Ah

Aku terus mengangkat panggilan itu

"Ha, Min Ah, kenapa kau call ni?"

"Aku call pun dah tak boleh ke Mrs Byun"

"Apa ni, aku masih single ok. Jangan nak panggil aku macam tu"

Min Ah terus ketawa

"Yelah aku ni practice. Nak biasakan diri, maklum lah kawan aku tu bakal kahwin dengan jutawan dan usahawan berjaya. Gituu"

"Tak payah nak bakal sangat. Dia belum setuju dan aku tak ada kata aku nak kahwin tau. Ni lagi satu, even aku kahwin dengan menteri sekali pun tak payah nak acah2 sangat. Panggil Soojin je"

"Baiklah cik Soojin, tak lama lagi dah nak bergelar isteri. Dah ready ke?"

Aku tidak menjawab soalan Min Ah dan hanya berdiam diri. Tiba2 aunty aku datang aku segera mengakhiri panggilan dengan Min Ah

"Ha, siapa call? Boyfriend ke?" Kata Aunty sambil duduk berhadapan dengan aku

"Mana ada boyfriend aunty. Cakap dengan Min Ah tadi"

"Soal Soojin dengan Baekhyun tu, aunty bukan nak paksa Soojin. Mama Baekhyun tu nak sangat tengok Baekhyun kahwin dan dia pun dah suka dengan Soojin, jadi Soojin faham la ye kenapa diaorang cepatkan tarikhnya" Kata Aunty sambil memegang kedua tanganku

"Tapi aunty, Soojin tak ada kata Soojin setuju nak kahwin dengan dia and dia pun tak ada kata persetujuan. Soojin tak nak benda ni terlalu memaksa"

"Kalau macam tu, esok Soojin jumpa dia"

"Ha??" Aku terkejut

******

[Byun Foodie]

Aku tiba di sebuah bangunan yang besar dan tinggi. Tertera Byun's Foodie iaitu syarikat kepunyaan Baekhyun, well aku ke sini nak jumpa dia.

Aku terus melangkahkan kaki ke dalam bangunan tersebut dan terus menuju ke kaunter pertanyaan

"Ya Cik, boleh saya bantu?" Kata pekerja tersebut

"Boleh saya tahu di mana office Encik Byun Baekhyun?"

Aku menanti keputusan dari pekerja tersebut dan dia terus memberi aku kad pelawat dan meminta aku untuk ke tingkat 5

Aku terus berjalan melewati sekuriti dengan menggunakan kad tersebut dan menaiki lif menuju ke tingkat 5. Setibanya di tingkat 5 aku terasa seperti berada di kayangan

Terlalu banyak bilik dan ruangan untuk aku kenalpasti di mana pejabat Baekhyun. Aku terus bertanya kepada pekerja yang lalu

"Boleh saya tahu yang mana office Encik Baekhyun ?"

Pekerja tersebut terus menunjukkan bilik yang berada di hujung dan yang lebih besar dari semua bilik yang ada di tingkat itu. Aku terus berjalan menuju ke arah pejabat Baekhyun dan mengetuk pintu

"Masuk"

Suara samar2 tapi aku yakin itu suara dia. Aku terus menolak pintu besar itu dan terlihat lah Baekhyun yang sedang sibuk meneliti fail dan kertas kerjanya. Aku merasakan perasaan yang cemas

"Ha ada.."

Kata2 dia terhenti apabila dia melihat aku. Dia tercengang seketika dan kemudian

"Kau buat apa kat sini?" Baekhyun masih tercengang

"Saya nak jumpa awak. Maaf kalau saya mengganggu" Aku hanya tunduk ke bawah sambil mengerutkan muka

Baekhyun bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arahku. Semakin dekat membuatkan aku berundur ke belakang dan akhirnya aku stuck di dinding dan aku dapat merasakan hembusan nafasnya membuat jantungku tiba2 berdegup kencang

"Macam mana kau boleh masuk? Macam mana kau boleh ada dekat sini?" Baekhyun meletakkan tapak tangannya di dinding

"Kan saya kata saya nak jumpa awak"

Baekhyun terus menjarakkan dirinya dariku dan dia seperti menahan kemarahan

[To be continued]

[C] ᴍʏ ꜱᴇᴄʀᴇᴛ ʙʀɪᴅᴇWhere stories live. Discover now