Ep 24

61 5 0
                                    


[Baekhyun's House]
Baekhyun's POV

Aku turun ke dapur dari tingkat atas dan cuba mencari Soojin tetapi tidak terlihat dirinya. Aku terus berjalan ke arah laman rumah dan terlihat Soojin sedang berbual di telefon.

Aku terus sergahnya dari belakang dan dia kelihatan sangat terkejut

"Ha, buat apa kat sini?" Aku tersenyum ke arahnya

"Baekhyun, saya tengah borak dengan Min Ah tadi. Kenapa?" Soojin mengeluh

"Awak lapang tak hari ni? Kita keluar date nak? Saya rindu lah nk keluar sama² macam dulu" aku mencebik bibir

"Lapang je. Nak pergi mana?" Soojin memandang ku dengan penuh tanda tanya

[Zoo]

"Zoo lagi? Kita kan dah pergi dulu" Soojin terus menunjukkan muka masamnya

"Masa tu lain, sekarang lain. Kenapa? Awak tak suka ke?"

"Bukan masalah suka ke tak. Benda sama je, bukannya tiba² gajah tu boleh terbang" Soojin mengeluh

"Yelah, kita tak pergi zoo. Jom" aku terus menarik tangan Soojin dan membawanya ke sebuah taman berdekatan dengan zoo itu

Soojin terdiam apabila dia melihat terdapat orang yang menjual aiskrim dan cotton candy. Ada juga kanak² yang berlari dan terdapat pertunjukan musik. Soojin tersenyum dan kemudian melihatku

"Awak sediakan semua ni?"

"Ya, tapi bukan saya sorang dengan Suho sekali" Aku merangkul pinggangnya dan memeluk dia

"So sweet" Soojin mencium pipiku. Aku tersenyum dan dia terus menarik aku untuk menikmati segala yang tersedia

1 hours later

Aku duduk sambil menunggu dia ke tandas. Tiba² aku melihat kelibat beberapa orang yang agak mencurigakan tetapi aku hanya membiarkan mereka. Aku melihat jam tangan dan agak sudah lama Soojin ke tandas

Aku terus berjalan ke tandas awam itu dan cuba untuk mencarinya. Aku call telefonnya tetapi tiada jawapan. Tiba² seorang perempuan keluar dari tandas tersebut

"Cik, ada nampak perempuan kurus dan tinggi macam ni?" Aku menunjukkan ketinggian Soojin di paras bawah bahu aku tetapi perempuan itu hanya menggelengkan kepalanya

Aku terus menerjah masuk ke dalam dan untungnya kosong. Aku memeriksa satu persatu ruang tetapi tidak dapat dikesan keberadaan Soojin

"Soojin, mana awak ni?" Aku mula berasa risau dan cemas. Aku segera keluar dan melihat sekeliling. Hati aku hampa, tidak dapat mencari di mana dia

"Awak"

Bahuku ditepuk dari belakang dan aku melihat Soojin sedang berdiri di hadapan aku sambil memegang sejambak bunga. Aku terus memeluknya dengan erat

"Baekhyun? Kenapa ni?" Soojin terpinga-pinga

"Awak kenapa risaukan saya. Saya cari awak tak jumpa" Aku menahan air mataku

"Saya pergi beli bunga untuk awak. Kenapa ni? Ada something berlaku ke?"

Aku hanya diam dan tidak menjawab soalannya. Hatiku sudah mula rasa lega, aku gembira bila dia sudah berada di sisiku.

End of Baekhyun's POV

******

[Byun's Foodie]

Baekhyun menguap dengan puasnya tanpa menekup mulutnya. Pintu bilik di ketuk

"Masuk"

Pintu dibuka dan terlihat ChaeRin sedang berjalan dengan tersenyum ke arah Baekhyun. Wajah Baekhyun terus berubah masam dan berkerut

"U ni, tak boleh ke senyum. Kan manis" ChaeRin terus duduk di sofa

"Kau nak apa? Aku dah kata, aku tak nak jumpa kau. Kau nak apa?!" Baekhyun meninggikan suaranya

"Baby. Slow sikit, nanti pekerja U ingat kita ni pasangan suami isteri yang sedang bergaduh" ChaeRin tersenyum

"Kau bukan isteri aku. Berambus!"

"Well, diaorang pun tak tahu siapa isteri U kan. So apa salahnya kalau I jadi isteri U" ChaeRin tertawa

"Aku tak akan ambil perempuan macam kau jadi isteri aku. Faham!" Baekhyun menghempas fail di atas mejanya

"Byun Baekhyun! Kita dulu pernah bercinta, U dah lupa ke? Dulu bukan main U tergilakan I sekarang dah kenapa? Jampi apa betina tu bagi dekat U?"

Baekhyun terus berdiri di hadapan ChaeRin dengan mukanya yang merah

"Kau ingat! Soojin akan selamanya jadi isteri aku. Kau takkan dapat amik aku dari dia" Baekhyun terus berjalan pergi dan ChaeRin hanya senyum sinis

"Kalau I tak dapat amik U, maybe I kena amik dia dari U. So U akan ingat, siapa Park Chaerin" ChaeRin tersenyum sinis

[Konjae Company]

Aku menggeliatkan badanku kerana penat seharian menghadap komputer aku dan layar yang sendu tu, aku terus mencapai beg tangan aku dan berjalan keluar untuk pulang

Tiba di lobby, aku terlihat sosok seseorang yang amat aku kenali. Aku terus berjalan ke arahnya

"Yoon Jaewook" aku memanggilnya. Jaewook terus menoleh kearahku. Aku melihat Jaewook memakai pakaian serba hitam dan juga topi hitam

"Hi" Jaewook terdengar agak canggung

"Kenapa kau pakai macam ni?" Aku hanya senyum ke arahnya

"Kau sihat? Dah lama, aku tak jumpa kau" Jaewook memandang aku dengan penuh rasa sayu

"Aku sihat. Kau?"

"Sihat. Boleh aku cakap sikit?" Jaewook mula berasa resah

"Apa dia?" Aku memandangnya yang entah kenapa macam agak sedikit pelik

"Ceraikan Baekhyun. Tinggalkan dia dan jadi isteri aku" Jaewook melihat aku dengan matanya yang berair seperti menahan sebak. Aku terkejut dan terdiam.

[To be continued ]

Thanks for read ✌🏻

[C] ᴍʏ ꜱᴇᴄʀᴇᴛ ʙʀɪᴅᴇWo Geschichten leben. Entdecke jetzt