Ep 13

73 7 0
                                    


[Konjae Company]

Aku turun dari kereta aku dan terus berjalan ke arah lobi. Langkah ku terhenti apabila aku terlihat ChaeRin sedang menanti seseorang di kafe di lobi bawah

"Cik Park, buat apa kat sini?" Kata ku menegur dia

"Eh, Awak maid Baekhyun kan. Saya lupa nak tanya nama hari tu. Siapa nama awak?" Tanya ChaeRin sambil senyum ke arah ku

"Hwang Soojin"

"Oh Soojin, saya ke sini cari someone but saya tak tahu nama dia. Boleh awak tolong saya?" ChaeRin tetap senyum ke arah aku

"Yaa, apa dia Cik Park?"

"Saya cari isteri Baekhyun, dan katanya dia kerja di sini. Awak kenal dia?" ChaeRin tersenyum sinis

Jantung aku mula berdegup laju dan berasa cemas. Macam mana dia boleh tahu aku kerja dekat sini dan Baekhyun dah kahwin. Siapa? Siapa bagitahu dia

"Maaf Cik Park, saya tak pernah jumpa isteri Encik Baekhyun dan setahu saya Tuan saya belum berkahwin. Maaf" aku terus tunduk ke arah nya dan berjalan pergi

Aku mula merasakan satu angin atau aura yang dingin dan menyeramkan di belakang. Aku tahu dia tak mudah untuk ditipu tapi aku terpaksa

*****

[Baekhyun's House]

"Stop ChaeRin! Aku dah tak nak tengok muka kau, susah sangat ke kau nak faham bahasa tu?" Baekhyun menahan kemarahan nya

"Baekhyun, how dare U. I baru tinggal U beberapa tahun sungguh mudah U berubah hati. U dah kahwin, and U tak bagitahu I" kata ChaeRin sambil menahan air mata nya

"Aku tak tahu macam mana kau tahu, tapi itu hal peribadi aku. You're nobody" Baekhyun terus berjalan pergi tetapi ChaeRin terus memeluk nya dari belakang

"Baek, I menyesal sebab tinggalkan U. I minta maaf, but I'm here now. Tak boleh ke U bagi I peluang kedua?" ChaeRin mengeratkan pelukannya

Aku memandu masuk ke dalam perkarangan rumah tersebut. Aku melihat Baekhyun dan ChaeRin berpelukan antara satu sama lain. Baekhyun menolaknya dan kemudian ChaeRin jatuh

"Argh!"

Aku terus berlari ke arah ChaeRin dan membantu nya bangun. Wajah Baekhyun bertambah kesal dan marah.

"Tuan, kenapa Tuan buat Cik Park macam ni?" Aku terus membantu ChaeRin bangun

"Baekhyun, I datang sini nak jumpa U nak bincang dengan U. Susah sangat ke U nak terima I balik?" ChaeRin menunjukkan wajah sedihnya

"Aku kata berambus! Aku tak nak tengok muka kau lagi" Baekhyun menunding jarinya ke arah luar rumah meminta ChaeRin untuk keluar.

"No matter how many times U halau I, I tetap akan kembali sehingga U terima I semula." ChaeRin senyum ke arah ku dan terus berlalu pergi

Aku terus mengambil beg tangan aku yang jatuh dan berjalan masuk ke dalam. Baekhyun mengekori aku dari belakang dan dia terus menarik tangan aku

"Dia cakap apa dekat kau?" Baekhyun menunjukkan wajah risau nya

"Takde apa, awak tak perlu tahu" aku melepaskan tangannya

"Aku perlu tahu. Kau isteri aku, apa dia buat aku perlu ambil tahu" Baekhyun menunjukkan wajah seriusnya

"Awak, awak tak perlu ambil tahu apa2 tentang saya. Saya ni cuma jadi isteri awak kerana Mama awak, saya sedar saya siapa. Dia kekasih lama awak, it's normal. After 6 months, dia boleh bersama awak. Saya akan jadi nobody, and btw esok Mama dan aunty balik. Jangan lupa" aku terus berjalan menuju ke bilik tidur aku meninggalkan Baekhyun

                                       *****

[Incheon International Airport]

Mama Baekhyun dan aunty Minyoung berjalan sambil membawa beg mereka ke arah aku dan Baekhyun. Mereka tersenyum gembira dan ceria

"Rindunya dengan anak mama ni" mama Baekhyun memeluk dia dengan erat

"Soojin, nakal tak sepanjang aunty tak ada? Ada susahkan Baekhyun?" Aunty mengusap rambut ku dan aku merangkul pinggang nya. Terlalu rindu

"Nakal sikit je" jawab Baekhyun sambil tersenyum. Mereka berdua tergelak dan aku menjeling Baekhyun.

[Baekhyun's House]

Baekhyun berjalan di belakang aku sambil menutup pintu dan meletakkan kunci di meja ruang tamu. Tiba2 dia memeluk aku dari belakang, aku terkejut dan terdiam

"Baek"

"Awak marah dekat saya ke?" Baekhyun tersenyum sambil tangannya erat memeluk pinggang aku

"Awak? Sejak bila awak panggil saya macam tu?

"Salah ke nak panggil isteri sendiri macam tu? Jawab lah soalan saya, marah ke?" Baekhyun mengeratkan pelukannya

"Tak marah lah, kan saya dah kata. Saya sedar saya siapa" aku hanya memandang ke depan dengan wajah sedih

Baekhyun melepaskan pelukan dan berdiri berhadapan aku. Kedua tangan ku di genggam olehnya

"Awak isteri saya yang sah. Awak ada hak untuk marah kalau saya ada buat salah" kata Baekhyun lalu tersenyum ke arah ku.

Terasa seperti mimpi yang sangat indah dan aku seperti tidak mahu bangun dari mimpi ini. Berharap mimpi ini akan kekal selamanya, kerana realiti itu tak seindah mimpi

[To be continued ]

[C] ᴍʏ ꜱᴇᴄʀᴇᴛ ʙʀɪᴅᴇWhere stories live. Discover now