1

125 6 4
                                    

aku masih menatap kepergian jiha. Airmata aku tak pernah henti atas perpisahan itu. Hingga aku ketakutan untuk berkenalan dengan yang baharu walaupun aku tahu ada yang lebih baik dan yang lebih pandai menghargai.

setiap kali aku mencuba untuk jatuh cinta dengan orang yang menyukaiku. hati aku akan segera menjauh. Bukan takut untuk kehilangan. Tetapi aku lebih takut untuk merasa kesakitan yang sama.

Hampir setahun aku mencuba melupakan jiha. Bukan lah silap salah jiha. Tapi masalah berpunca daripada diri aku sendiri. Kononnya aku ingin menjaga hati sehingga aku membohongnya ketika itu.

Tetapi baginya pembohongan ku itu bagaikan satu pengkhianatan dalam hubungan kami ketika itu. Jadi dia meninggalkan ku dan bersama dengan yang lain. Yang lebih baik. Dan yang terbaik untuknya.

pengajaran bagiku adalah aku harus selalu bersikap jujur kepadanya walaupun sebuah kejujuran itu menyakitkan.

Jujur. Aku tidak pernah ingin untuk menjadi racun di dalam hidup sesiapa. aku tidak tahu apa kemahuanku. Yang aku tahu. Aku mencintai didalam diamku.

*********************************

Seperti kebiasaanku. Aku membelek pokok pokok bungaku yang terletak rapi dihadapan rumah, sejak perpisahan aku dan jiha. Perlahan lahan aku mencuba melepaskan dan merelakan dia dengan yang lain.

"Cinta itu wujud cuma aku yang salah memberi cinta betul tak?" gumamku seorang diri rumput yang tumbuh panjang didalam pasu pokok bungaku cabut satu persatu. Aku masih merindukan jiha. Bukan merindukan hubungan kami. Tapi yang aku rindukan kenangan kami yang telah menjadi masa lalu.

"Dia yang terbaik" bisikku seorang diri. Dia terbaik kerana selalu ada bila perlu. Dan menjaga makan dan cara kehidupanku. Entah. Apabila aku mengingatinya telapak tanganku akan menggigil seakan dia adalah manusia yang membuatku fobia untuk jatuh cinta lagi. Mungkin benar?

Mungkin aku terlalu fobia untuk jatuh cinta lagi. Aku percaya cinta itu ada tetapi aku tidak mempercayai sesiapa. Mungkin aku akan terus begini seorang diri dan menatap kesilapan lampau ku dan berharap dimasa depan nanti akan menjadi lebih baik daripada hari ini.

"cukup lah ni nanti esok cabut lagi" bisik aku didalam hati. 'kaktus' ya aku penggemar kaktus dan bunga bunga. Cukuplah rumah ku ini dikelilingi pelbagai pokok yang telah aku tanam.

Aku mengeringkan peluhku. Baju dibuka meninggalkan sehelai singlet yang tersarung dibadan ku. "Huh" keluhku. Bukan letih untuk menjaga tanaman ku tetapi aku letih untuk menghadapi dunia yang seakan permainan yang tidak pernah mencapai penghujungnya. Aku sunyi.

Sepanjang kehidupanku tidak pernah ada yang sanggup datang kepadaku dan menyambut tanganku ini dan mengatakan bahawasanya esok hari akan baik baik sahaja. Aku ingin disayangi. Dicintai. Dan dihargai oleh orang yang penting didalam hidupku seperti seharusnya orang lain merasakan.

jujur aku cemburu. Cemburu dengan keluarga yang bahagia. Yang disayangi oleh orang yang mereka sayang. Aku cemburu. Bila orang orang menceritakan keluarga bahagia mereka kepadaku. Aku inginkan juga sebegitu. 'Disayangi' tapi segalanya cumalah mimpi.

realitinya aku cuma mampu menumpang kebahagiaan dan meminta perhatian daripada orang lain dan bukan keluarga ku sendiri.  Dulu aku menumpang kasih sayang daripada jiha. Sekarang cuma aku dan diriku. Sendiri.


terkadang kasihan kepada bulan. Walaupun indah tetapi ia tetap sendiri. Tiada tempat untuk bergantung. Tempat untuk meluah rasa. Cuma dia dan dirinya. Sendiri tergantung sepi dilangit yang kian menggelap.






bersambung~

WAKTU YANG MENGHILANG (GXG) Where stories live. Discover now