4.

25 1 0
                                    

sejak kehadiran sya. dia lah penguatku. dia menjadi saksi bila genap 'tengah malam' aku akan tiba tiba menangis. meraung tanpa suara. dan mendengar suara suara berbisik mengejek aku. beserta sesak nafas dan tanganku 'shaking'

bilik tidurku berwarna gelap. begitu juga langsir. dan segalanya didalamnya. mungkin itu punca bilikku suram. dan membuat aku semakin kemurungan. aku mulai cat bilikku gelap sejak jiha meninggalkan ku.

aku menghabiskan masaku didalam bilik tersebut setiap hari. lagi lagi sejak jiha pergi sahabat baik aku dan sya lah menjadi saksi betapa kemurungan dan hampir menjadi gila.

"khaira..baju mak kau kat luar tu akak dah angkat kan" pekik kakak sedaraku dari pintu hadapan rumah.  dan berjalan mendekati pintuku.

diketuknya pintu aku..

"woi pompuan buat apa tuu"

aku membuka pintu perlahan

"ya allah ni bilik ke apa ni.." tawa kakak sedara ku. kami memang akrab dan selalu bergurau kasar..

"hmm putus cinta" kataku dengan mata yang bengkak dan tidak cukup tidur. bilikku berselerak dengan tisu diatas katil dan dibawah. kertas ii dan baju yang tidak berlipat bertaburan di lantai.

"srs ahh" dia masih lagi mentertawakanku

"yer..first time kan..putus cinta hati pecah ii broken" kataku ketawa sedikit.

lalu kakak sedara aku pun pergi.

lihatlah. semua orang saksi betapa hancur dan hilangnya diriku sendiri.

*********

kata orang "bodoh" ya. aku tak mengenali erti bodoh ketika itu. jika bukan jiha suka melayani orang lain. pasti tak akan retak hubungan itu.

"aku sumpah. selagi parut dekat tangan aku tak hilang. korang tak akan bahagia" aku menyumpah sial hidup mereka. kata yang tidak pernah aku lupa. sehingga sekarang parut tersebut masih ada dan aku tak ingin untuk ia hilang. betapa dendam dan bencinya aku. dan aku tidak pernah menyesal dengan sumpahan tersebut. walau kata orang mungkin akan makan diri.

sehingga aku berdoa. orang yang menghancurkan hidupku tak akan tenang walau apa yang dilakukan mereka. sentiasa resah. dan rasa susah.

kata orang. tak elok membenci terlalu dalam. nanti membuatkan hidup tidak tenang. tapi aku tidak. selagi aku melihat orang yang membuat 'taik' didalam hidupku merasa resah selagi itulah aku tenang. dan enjoy dengan semua ini. senang. doa orang teraniaya.

jujur. aku masih bersoal jawab dengan diri sendiri. mungkin aku tak harus memotong rambutku pendek dahulu. jadi jiha tidak akan mulai  perbualan kami. dan aku jatuh hati kepadanya begitu dalam. mungkin juga ketika jiha galak menganggu hidupku ketika itu aku tak harus melayani sikap menjengkelkan dia sehingga aku jatuh cinta. dan mungkin. aku tak seharusnya mengambil nombor telefonnya dan membuat aku semakin suka kepada jiha.

terkadang. aku mengharap supaya kita tidak pernah kenali satu sama lain. supaya aku baik baik sahaja dan bahagia seperti dulu.

*********

tapi sekarang. rambutku telah tumbuh panjang. jika jiha menyukaiku kerana rambutku pendek. jadi aku tak akan membiarkan rambutku pendek lagi. dan aku sangat menyayangi rambutku. mungkin aku hilang seketul 'khaira' yang hidupnya warna warni. tetapi aku menjumpai seketul 'khaira' yang baru. dan terkadang aku masih inginkan diriku yang lama. mungkin aku masih tidak menerima siapa diriku yang baharu.

WAKTU YANG MENGHILANG (GXG) Where stories live. Discover now