2

33 2 0
                                    

tipu kalau aku sudah melupakan jiha. aku masih mengingatinya. atau orang kata. 'gila bayang'. tapi yang aku tahu. dia bahagia tetapi masih ada aku yang tersisa dihati. mungkin kerana aku pandai menghibur meskipun aku dingin?

aku mengingati kata katanya. dia tidak ingin aku bersama sesiapa pun. kejam bukan? dia bersama dengan yang lain tetapi aku dilarang untuk mencari bahagiaku. dia memilih insan tersebut. tetapi aku dihalang dan ditahan. seolah dia akan kembali. bodohnya aku. aku menunggu walaupun akhirnya dia sendiri membenci aku.

kau benci? tak patut kau benci aku sedangkan kau yang buat perasaan benci tu hadir. dengan semua harapan. dan janji. kau masih tersenyum bahagia dengan dia lepas apa yang jadi? aku yg patut dibenci atau kau yang patut aku benci dan dendam? jadi jika kifarah menghentam. jangan kau salahkan aku. tapi tu semuanya doa aku selama beberapa tahun sejak aku mula hilang siapa 'khaira' tu. aku tak gunakan sihir? berdoa sudah cukup.

**************

8 bulan berlalu

aku mulai melupakan jiha. aku padam segalanya tentang dia. gambar. mesej. janji. hati aku berat kerana aku masih menanti. tetapi harapan aku kian pudar. aku semakin benci melihat dia bahagia dengan orang yang kononnya dia tidak cintai pada mulanya dan sekarang dia takut kehilangan orang itu. dendam? sungguh. tetapi tahap dendam aku cukup sekadar tidak pernah memaafkan dan melupakan. aku tak bodoh nak buat kerja gila.

*******************

aku mulai mengenali sya ketika ini. aku takut mempercayai sesiapa. sehingga aku tidak mempercayai satu pun yang dikatakan olehnya. suara sya lembut dan sopan. membuatkan aku teringatkan jiha ketika itu. tetapi aku sedar. sya. takkan pernah sama seperti jiha. walaupun hampir serupa. tetapi akan tetap berbeza caranya.

aku menceritakan kisah cintaku yang menyedihkan kepada sya. dia kasihan kepadaku. banyak kata nasihat diberikan kepadaku.

aku tidak ramai rakan. semuanya aku telah buang. dan aku mulai bersendiri dan mempermainkan perasaan orang lain kerana aku dendam dengan jiha. aku dendam kerana jiha bahagia. dan aku tidak. aku tersiksa kerana dia berjanji. tapi tidak dengan sya. sejak mengenali dia. cuma dia yang aku melayani. aku tidak ingin menggantikan tempat jiha. tetapi mengingat segala perit lebih baik aku mencari bahagia aku juga.

jiha tak akan pernah kembali.

tak akan pernah sama.

tak akan tepati janji.

tak akan kembali bersama

tetapi aku takut. kerana hati aku masih pada jiha. dalam masa yang sama aku mulai meletakkan perasaanku kepada sya yang semakin hari mencuri hati dan perasaanku.

aku perlahan telah lupa yang aku pernah mencintai jiha. tetapi jiha masih didalam semua cerita aku. tidak mudah kerana dia yang membawa aku kedunia terpesong.

sya. kau berbeza. kita serupa dalam segalanya. aku kehilangan jiha. tetapi kehadiran kau telah digantikan dengan yang lebih baik. kita seakan kembar. aku pun hairan. seakan kita memang pernah mengenali dikehidupan yang lepas.

aku mulai fokus kepada sya. dan mulai melepaskan jiha. aku tidak lagi mencari tahu adakah jiha baik baik saja. adakah jiha bahagia. dan sebagainya. mungkin aku boleh digelar perempuan gila kerana aku memerhatikannya didalam diam. mungkin aku cemburu kerana dia bahagia. dan aku masih kehilangan diriku. dan tenggelam dalam dendam.






WAKTU YANG MENGHILANG (GXG) Where stories live. Discover now