story 2 : perhati

152 3 0
                                    

Kisah ini diceritakan oleh senior aku sendiri dan merupakan pengalamannya

Sebagai pemain muzik tradisional, kami akan menyertai pelbagai pertandingan. Daripada negeri hinggalah kebangsaan.

Team senior kami menyertai satu pertandingan dan merupakan sebuah pertandingan berkolaborasi diantara pemain gamelan dan pancaragam.

Semuanya berjalan lancar, sehingga lah satu malam. Semua pemain diminta turun ke gelanggan futsal, untuk bacaan yassin beramai ramai. Sudah timbul perasaan yang tidak sedap dalam diri senior aku.

Bacaan yassin dimulakan, semua baik. beberapa minit kemudian, timbul lah kejadian tersebut. Kejadian ni berlaku selepas sahaja waktu isyak.

Satu demi satu yang terkena, baik lelaki mahupun perempuan. Kami yang tidak kena ni, terus kan bacaan.

Sorang demi sorang terkena, syukur teammate senior aku sorang pun tak terkena.

Tibalah saat member sebelah senior aku tetiba tundukkan kepalanya. Senior aku dah tak sedap, malas nak tanya banyak banyak.
Bila semua beransur pulih, semua peserta disuruh pulang ke dorm masing masing.

Di dalam dorm, member tadi mula buka cerita.

" Tadi aku ada nampak cik punti kt bangun depan "

" Depan Mana?" - senior

" Depan kita tadi "

" Kau jangan macam macam "

" Dia tengok je ke arah kita berkumpul tadi "
" Bukan sekor "
" Setiap bangunan. Dia berdiri kat tingkat. Dengan pandangan kosong dia"

Sambungnya lagi.

" Muka kau ada nampak ke? " - senior

" Ada yang nampak Ada yang tak. Pucat "

Balasnya selambe.

" Kau jangan macam macam wei, bangun tu dekat je dengan kita " - senior

" Ke ada kena mengena dengan lagu yang kita nak bawak ni? "

" Tak tak " - senior

Tapi dalam fikiran senior aku, Ada betulnya.
Tapi Alhamdulillah, malam mereka baik. Tiada sebarang gangguan sampah Hari pertandingan mereka.

[P/s : lagu yang ingin dibawa oleh mereka adalah dikatakan bertemakan " kotak kejahatan dibuka " ]

DIA ADA : based on truestoryWhere stories live. Discover now