em hi kamal here, again. so cerita kali ni aku nak kongsikan pengalaman aku kena tipu dengan makhluk tersebut.
ok macam ni, kumpulan kami di jemput untuk melakukan persembahan di sebuah acara penyampaian hadiah di sebuah dewan. Beberapa jam majlis tersebut berlansung, semuanya baik baik sahaja. semasa buat persembahan pun berjalan dengan lancar.
Beberapa jam kemudian, tiba lah waktu makan tengah hari. Kami semua duduk satu meja, aku duduk sebelah junior aku. junior tapi still teammate aku. Aku bosan so aku tanya la dia ada cerita seram tak, sebab al maklumla budak tu ada mata batin. Budak tu apa lagi cerita la, cerita tu pulak pasal dewan yang kami berada buat masa itu.
beberapa minit kemudian, kami selesai makan. Aku beredar la menuju ke pentas persembahan itu. pastu tiba tiba ada seseorang sapa aku dari belakang.
"Bang, teman pergi toilet" sapa AJ dari belakang. Aku iyakan je la, dah tak fikir apa apa sebab 100% macam teammate aku. Suara sama, baju sama. tapi aku tak nampak la muka dia masa tu, sebab dia dari belakang kan pastu jalan melintasi aku.tiba tiba member aku tanya yang aku "nak ke manal aku jawabla yang aku "ni nak teman AJ pergi tandas". member aku si Az tu nak ikut sekali. Pastu dalam masa yang sama aku ternampak member aku si sean, apa lagi aku ajak la sekali. Alang alang semua nak ikut kan?
Kitaorang bertiga follow dia dari belakang. Sampai je toilet, masing masing buat hal masing masing. Aku nampak si AJ tu masuk tandas hujung tau. Aku tengok melalui pantulan cermin toilet tu. Jelas lagi nyata nampak dia tutup pintu. Pastu member aku decide untuk kita tunggu kat luar la sebab dalam toilet tu ramai. Aku pun iyakan je la, kitaorg bertiga pun pergi tunggu kat luar.
Lama menunggu, member aku pergi check dia asal yang lama sangat. Tiba tiba dia keluar dia cakap yang si AJ tu tak ada. Aku macam, eh? Macam mana boleh takda? Aku sendiri yang nampak dia masuk. member aku tu pun cakap diorang pun nampak yang si AJ tu masuk tandas yang paling hujung. So kami bertiga pun masuk la pergi check sama sama.
aku cuba nak buk toilet yang first sebab dia tertutup, ada orang. Si Sean halang, dia cakap "makcik kat dalam tu" so aku berundur. okey betul memang takda, kami shock memang shock. kami bertiga cepat cepat melangkah balik ke dewan pentas persembahan. Lah si AJ ada kat sana. Kami apa lagi, serbu la si AJ.
"Kau bukan dengan kitaorang ke tadi?"
"Eh mana ada" jawab si AJ.
"Kau pergi toilet kan tadi, ajak aku" kata aku, nak kepastian.
"Eh takda takda, aku dari tadi kat sini" jawab AJ lagi. Aku syak dia main mainkan kami.
"Korang pergi mana?" tiba tiba si Han sapa kami. Dia tanya aku kemana kami BERTIGA pergi. Kami jawab la toilet, teman AJ. AJ membantah.
"Kami cari korang tau nak tangkap gambar" kata Han lagi, pastu dia keluarkan telefon bimbitnya untuk menunjukkan sekeping gambar. Kaku aku lihat si AJ ada kat dalam gambar. Kami bertiga yang tiada dalam gambar. Aku diam, terkejut, excited semua ada. Kalau aku sorang sorang entah la apa jadi.
YOU ARE READING
DIA ADA : based on truestory
Short Storypercaya atau tidak, itulah pengalaman kami. (short story) " jangan cakap besar, lagi la benda tu marah " " día berjalan kat belakang sana " " bukan ke kau dengan kitaorang ? " ** nama yang digunakan bukan nama sebenar **