hai ni aku Kamal, lagi. Okay kali ni aku ingin menceritakan tentang gangguan yang kami hadapi sewaktu tumpang tidur dekat asrama sukan. Kami ada satu pertandingan ni, dekat Pulau Pinang. jadi cikgu kami akan menyewa sebuah asrama kat sana.
asrama tu ada 3 tingkat and kami tidur di tingkat 3 dan 2. so that's mean tingakat 1 tak guna. Asrama masa tu takda orang, maybe memang asrama yang khas untuk siapa siapa nak tumpang kot. satu tingkat tu ada 4 bilik.
sampai je tingkat tiga, kami excited la kan nak pilih bilik. Kami buka pintu bilik 1, wah dalam otak aku dah macam "Okay ni bilik dia" sebab dalam bilik tu dah siap ada toilet tau, memang senang la. But cikgu kami taknak, dia cakap tak payah bilik ni.
kami yang tak tahu apa apa ni, angkur je la. Pergi la bilik sebelah. petang tu bersihkan diri then malam tu juga cikgu ajak keluar makan, Okay masa tu baik baik sahaja.
bila nak turun tu, mesti kena lalu depan bilik 1 en? kawasan depan bilik tu gelap je, walaupun dah buka lampu. tapi still rasa kegelapan dia tu. kami tak hairanlah kenapa cikgu kami reject tempat tidur tu, dah ada kemudahan kan.
pastu salah satu kawan aku pun mula hairan.
Az : Asal cikgu taknak bilik tu eh?
Aku : mana la aku tahu.
Az : aku rasa kan, cikgu rasa sesuatu kot. Sebab aku rasa bilik tu lain macam
Aku : kan!Kata aku Excited, sumpah seram bilik tu. buka je pintu bilik tu terus rasa angin menempa kami semua.
balik je dari makan ape semua, kami berseronok la dekat dorm tu. tidur dengan memberkan takkan tidur awal,ofcourse overnight. malam tu member laki yang lain tidur tingkap bawah, kami tingkap atas termasuk dengan perempuan.
Member laki yg lain lepak dekat tangga, kami keluar la nk join diorang. tapi tak la lepak kat tangga sekali, aku jenguk dari atas, malas nk turun bawah. Pastu si Anis minta si Hanan rakam dia, nak menggila la katakan. Pastu aku- aku join la sekali HAHAHAHA. Duk syok tiba tiba tingkap dorm ada org ketuk. For your information, kitaorang tengah menari depan dorm kosong au, sebab dorm tu tepi tangga kan tadi kitaorang lepak kat tangga.
Okay, tengah seronok tiba tiba ada orang ketuk. Aku dengar jelas sebab aku duduk dekat arah tingkap masa tu. kaki aku ni, jadi automatik lari au walaupun jantung ni tak berdebar. Pastu aku tanya la si Anis tu.
Aku : Asal kau lari?
Anis : ada benda putih tadi.
Aku : bukan ketuk tingkap?
Anis : aku nampak benda putih dalam dorm tu.Kitaorang tak masuk dorm balik tau, kitaorang pergi kat sana balik;-;. tapi dah tak bersuka ria la, aku just menghabiskan masa aku tengok suasana malam masa tu.
yeah for your information, tingkap dorm dia tingkap nako(?) yang macam ni :
jadi benda putih yang dia nampak tu samar samar je la kan? ok tu je;-;
Pengajarannya jangan terlalu bersuka ria lagi lagi kat tempat yg kita tak tahu/tempat orang. chau
YOU ARE READING
DIA ADA : based on truestory
Short Storypercaya atau tidak, itulah pengalaman kami. (short story) " jangan cakap besar, lagi la benda tu marah " " día berjalan kat belakang sana " " bukan ke kau dengan kitaorang ? " ** nama yang digunakan bukan nama sebenar **