021

33 3 0
                                    

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Kandungan aku dah masuk 3 bulan. Tapi Rayyan still tak layan aku. Muka aku pun dia taknak tengok. Takde siapa tahu pasal pregnancy aku kecuali Hariz. Aku pergi ke kerja seperti biasa tapi macam takde function je aku jadi PA dia. Soalnya dia taknak tengok muka aku kalau boleh. Air pun Saira yang buatkan. Hariz datang kepadaku lalu duduk di hadapan mejaku. Dia nak gosip tu hah.

"Wehh. Baby cena? Okay?" Tanya dia sambil berbisik kepadaku.

"Okay je hah. Kau je yang tak okay. Syndrom" ujarku selamba. Kami bersembang mengenai kandunganku, apa yang Qisya buat kat rumah. Mengumpat Rayyan. Tapi Rayyan tengok je dari jauh.

"Slut" ujarnya lalu keluar sambil membawa fail. Dia meletakkan kesemua fail itu di atas mejaku dengan kasar.

"Siapkan sebelum petang ni. Aku bagi kau tiga fail je. Takyah buang masa gosip ngan jantan. Mengumpat sini sana" ujarnya dingin lalu segera masuk semula ke dalam bilik kerjanya. Aku menghalau Hariz lalu membuat kerjaku. Risau kalau tak sempat siap, mati aku.

Aku menyiapkan kerja yang di dalam fail itu sambil menahan ngantuk. Seusai sahaja habis melakukan kerja, aku tertidur kerana terlalu kepenatan.

Rayyan keluar dari bilik lalu melihat ke arahku yang tertidur dengan lena. Dia menghampiriku lalu mengetuk meja.

"Bangun la bodo. Tido je kerja. Fail dah siap ke belum? Dah nak waktu balik ni hah" ujar Rayyan kepadaku. Aku mengangguk lalu menyerahkan semua fail itu kepada Rayyan. Rayyan mengambilnya lalu terus masuk semula ke dalam bilik kerjanya. Aku melihat ke arah telefon ku yang berdering di atas meja lalu mengangkatnya.

"Haa kenapa ni Uzair?" Tanya ku kepada salah seorang adikku, Uzair.

"Zai daa balik sini. Ambil Zai kat depan Pavi boleh? Tadi Zai terus shopping bila baru sampai sini" ujarnya kepadaku. Aku hanya mampu setuju lalu bangun dari situ. Aku keluar dari pejabat lalu segera ke Pavilion.

Rayyan yang dari tadi memerhati lalu dia mengikut ku dari jauh. Dia turun dari kereta lalu melihat ke arah ku yang sedang berjalan di sekeliling Pavillion.

"Uit kakak. Zai kat sini. Hehehe" ujar Uzair lalu berlari ke arah ku. Dia memeluk badanku kuat- kuat.

"Uishh. Awalla peluk. Kak hantarkan Zai balik rumah terus tau. Akak kena balik rumah abang Rayyan japgi" ujarku tanpa melepaskan pelukan. Rayyan merakam video aku dan Uzair yang sedang berpelukan. Aku melepaskan pelukan lalu berjalan bersama- sama Uzair ke kereta untuk pulang ke rumah. Aku masuk ke dalam kereta lalu memandu pulang ke rumah.

Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Aku baru pulang ke rumah kerana ibu bapaku menyuruhku untuk makan malam bersama- sama mereka. Aku masuk ke dalam rumah lalu segera naik ke atas. Aku masuk ke dalam bilik lalu terkejut melihat ke arah Rayyan yang sedang duduk di birai katilku.

"Kau tahu sekarang pukul berapa? Kau gi mana? Dating?" Tanya Rayyan sambil memandang tajam ke arah ku. Aku menggeleng laju. Rayyan menunjukkan videoku yang dipeluk Uzair.

"Tak Rayyan let me explain"

"Kau nak explain apa? Terang- terang kau biar je dia peluk kau kan? I've seen everything Tya Rayna! Kau nak rotate keadaan? Hmm?"

"No Rayyan let me explain it" ujarku lagi.

"Jangan sebut nama aku dengan mulut kau. Nama aku tak sesuai untuk pelacur macam kau" ujar Rayyan sambil tersenyum sinis.

"But I-"

Rayyan menampar kuat mukaku sehingga aku terduduk di atas lantai. Aku memegang perutku yang amatlah sakit kerana aku terduduk.

𝐓𝐘𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐍𝐀 ; 𝑠𝑒𝑟𝑒𝑛𝑑𝑖𝑝𝑖𝑡𝑦Where stories live. Discover now