029

30 4 0
                                    

Aku bangun dari tidur lalu segera masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Rayyan masih tertidur lena. Aku keluar dari bilik air lalu menghampirinya.

"Rayyan tanak bangun ke?" Tanyaku sambil membelai rambutnya.

"5 minutes mommy" balasnya lalu menyelimutkan mukanya. Aku menyelak selimut itu lalu berbisik di telinganya.

"You nak rehearsal jadi jenazah ke?" Tanya ku lalu mencium pipinya. Rayyan terus bangun lalu memuncungkan mulutnya. "Ehh jangan ngada- ngada. Pergi solat cepat" ujar ku lalu bangun untuk membuka langsir.

"Babyy. Silau laa" rengek Rayyan sambil menutup matanya. Dia bangun dengan pasrah menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Aku pergi ke bilik Alissa sebelum turun ke bawah untuk masak.

Rayyan duduk di hadapan meja sambil tersenyum kambing. Aku hanya membiarkan mamat tak sihat tu senyum sorang- sorang lalu meletakkan makanan di atas meja.

"Makan lah, japgi nak gi I kerja dah. Lambat kang. You takpela you boss" ujarku lalu duduk di sebelah Rayyan. Alissa hanya makan tanpa menghiraukan mak bapak dia kat depan.

Seusai makan, aku bersiap lalu turun ke bawah. Aku melihat ke arah Rayyan yang fokus menonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV 3. Aku tersenyum lalu menepuk belakangnya.

"OMG mak ko ustazah" latah Rayyan lalu melihat ke arah ku dengan wajah merajuk.

"Waduh- waduh dia perli mak kita lak. Jom lah gi kerja" ujarku sambil memakai heels lalu membuka pintu. "Rayyan, tie mana?" Tanya ku lalu Rayyan menghulurkan tali lehernya kepadaku. Aku mengambil tali leher itu lalu memakaikannya kepada Rayyan.

Aku membetulkan kot yang dipakai oleh Rayyan lalu kami bertiga turun ke bawah. Aku menghantar Alissa pergi ke rumah Cik Tirah lalu segera ke RL Holdings untuk mengambil failku sebelum ke IR Empire untuk menghadiri mesyuarat di sana.

Aku masuk ke dalam bangunan itu bersama dengan Azryl. Pekerja di situ hanya tunduk kepada kami. Ada pekerja yang mengumpat aku. Tapi biarlah diorang.

Kami masuk ke dalam bilik mesyuarat sambil menunggu Rayyan yang entah mengapa lambat masuk sangat. Kami terus berdiri sebaik sahaja Rayyan dan PA nya, Liana masuk ke dalam bilik mesyuarat.

Rayyan duduk di mejanya lalu melihat ke arah pekerja- pekerja yang hadir. Matanya melihat ke arah ku lalu dia tersenyum manis.

"Boss? Bila nak start?" Tanya Liana lalu Rayyan berhenti melihat ke arah ku. Dia memulakan mesyuarat itu dan aku hanya tersenyum melihat ke arah kegantengan laki sendiri. Waduh- waduh hesmes.

Rayyan melihat ke arah ku lagi dengan senyuman malu lalu menyambung pembentangannya. Dahla takle fokus. Aduhai.

Apabila tiba giliran ku untuk memberikan idea, Rayyan hanya tersenyum dan bersetuju dengan semua idea ku. Sah berat sebelah. Payah aaa payah.

Selepas selesai pembentangan, aku keluar dari bilik mesyuarat lalu Rayyan memelukku dari belakang. "Mba mahu kemana?" Tanya nya sambil meletakkan dagunya di atas bahuku. "Ehh rantai you nak terbuka. Kalau you terbalik, mesti jatuh dah ni" ujar nya lalu ingin membetulkan rantai ku namun Saira memanggil Rayyan.

"Boss, ada orang nak jumpa boss. Cik Amira" ujar Saira kepada Rayyan. Rayyan melepaskan pelukan nya apabila mendengar nama itu.

"Siapa Amira ?" Tanyaku sambil memandang ke arah Rayyan. Rayyan menggeleng perlahan lalu menarik tangan ku masuk ke dalam biliknya. Aku melihat ke arah perempuan yang tak berapa nak cukup kain sedang duduk di sofa.

"You buat apa kat sini?" Tanya Rayyan lalu duduk di kerusi lain. Tangannya memeluk erat pinggangku.

"Qisya dah mati, so I ada chance tak? Nak jadi second wife you?" Tanyanya lalu aku melihat ke arah Rayyan.

𝐓𝐘𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐍𝐀 ; 𝑠𝑒𝑟𝑒𝑛𝑑𝑖𝑝𝑖𝑡𝑦Where stories live. Discover now