024

39 5 0
                                    

Aku pergi ke rumah Rayyan untuk menghantar baju Alissa. Aku ketuk pintu sambil berharapan yang bukan Rayyan yang akan bukakan pintu. Pintu terbuka dan muncullah Alissa sambil memegang teddy bear milik Rayyan.

"Mamaaaa" ujar Alissa sambil memeluk kakiku. Aku menghulurkan beg baju miliknya lalu dia memeluk kakiku.

"Aigoo Lissa pegang teddy siapa ni hmm?" Tanyaku kepadanya. 

"Papa kasi Lissa pinjam. Hehehehe mama kena pergi dah ke? Mama makan la kat sini" pujuk Alissa sambil memeluk erat kakiku. Aku duduk bertinggung di hadapannya sambil mengusap lembut kepala Alissa.

"Siapa papa Lissa? Mama tak boleh makan kat sini. Mama nak balik kemas baju mama kat rumah. I'm sorry okayy?" Pujukku semula sambil memeluk erat badan Alissa. "Siapa pun papa Lissa, tu tak penting. Yang penting, Lissa kena call mama okayy?" Ujarku lalu Alissa mengangguk. Aku meminta diri lalu beredar dari situ. Rayyan menghampiri Alissa lalu menyentuh bahunya.

"Lissa cakap dengan siapa?" Tanyanya sambil mendukung Alissa.

"Lissa cakap dengan mama Lissa lah. Tapi mama dah balik, kalau tak, papa mesti boleh jumpa dengan mama" balas Alissa sambil tersenyum.

"Alalalalalala jom naik, panas lah kat luar" ujar Rayyan lalu mendukung Alissa naik ke atas. Dia masuk ke dalam bilik Alissa lalu meletakkannya di atas katil. Beg pakaian Alissa diletakkan di hadapan almari  "Rehatlah dulu, papa nak masuk dalam bilik papa kejap okayy?" Ujar Rayyan lalu keluar dari bilik itu. Alissa berbaring di atas katil sambil berguling- guling kerana dia tersangatlah bosan.

Alissa bangun lalu pergi ke almari. Dia membuka almari itu lalu menyimpan bajunya di dalam. Dia melihat ke bawah katil lalu melihat ke arah sebuah kotak kayu. Dia pergi untuk membukanya. 

"Aaaa what is this?" Gumamnya sendiri sambil mengambil baju pengantin yang ada di dalam kotak itu. Rayyan mengetuk pintu bilik Alissa sebelum Alissa membenarkan Rayyan masuk. Rayyan melihat ke arah baju yang diletakkan di atas lantai lalu menghampirinya.

"Lissa jumpa kat mana baju ni?" Tanya Rayyan sambil memegang baju itu.

"Lissa jumpa dalam kotak kayu tu. Tu baju siapa papa?" Tanya Alissa pula. Dia memegang kaki Rayyan lalu mengambil buku yang penuh di dalam kotak kayu itu. "Ada buku jugaklaa. Macam buku lama" ujar Alissa lagi. Rayyan mengambil buku itu lalu membukanya.

"Ermm ni baju ngan buku wife papa. Papa tak tahu pulak ada dalam bilik ni. Papa nak simpan tau buku ngan baju ni. Alissa rehat je dulu. Okay?" Ujar Rayyan lalu membawa kotak dan barangan kepunyaanku keluar dari bilik itu. Alissa hanya mengangguk lalu berbaring di atas katil.

Rayyan masuk ke dalam biliknya lalu meletakkan semua barangan itu di atas katil lalu membeleknya. Dia melihat ke arah baju itu lalu tersenyum. "Kenapa kau tinggal baju ni kat sini?" Gumamnya sendiri lalu matanya tertumpu pula di semua diariku sejak hari pertama aku bertemu dengannya iaitu 10 tahun yang lalu. "Your love obsession for me is not a joke" 

Rayyan membuka diari itu lalu membacanya. Dia membaca diariku sehingga 3 tahun seterusnya. "You really love me that much. Why did I don't realise it? 

"Rayyan, Mak Ila panggil turun makan. Cepat lah" panggil Rayzan sambil mengetuk pintu bilik Rayyan. Rayyan menyimpan semula barangan ku lalu menyimpannya di atas almari.

Dia terus turun ke bawah lalu duduk bersebelahan dengan Alissa. Puan
Airis memandang ke arah Alissa lalu bertanya kepada Raysha.

"Ni anak kawan Sha. Kawan Sha pergi outstation kat Terengganu and Sha nak jagakan Alissa" terang Raysha lalu Puan Airis mengangguk.

"Muka dia macam Rayyan enn" selit Tuan Rayden pula. Raysha dan Rayzan saling memandang sambil tersenyum kekok.

"Papa nanak air tu bole?" Tanya Alissa kepada Rayyan. Rayyan mengambil air itu lalu menghulurkan kepada Alissa. Alissa mengucapkan terima kasih lalu Rayyan tersenyum.

"Jarang kamu senyum. Mesra pulak kamu dengan Alissa ni" ujar Puan Airis. Rayyan tersenyum malu.

"I don't know why. But it's feel like I have a daughter" balas Rayyan. Raysha dan Rayzan ketawa kecil melihat ke arah kebodohan abang mereka.

Selepas makan, Rayyan mendapat panggilan dari pihak hospital tentang keadaan Qisya. Dia terus bergegas ke hospital dan menuju ke wad Qisya. Dia melihat ke arah Qisya yang terbaring lesu lalu menghampirinya.

"Hey hey are you okay?" Tanya Rayyan sambil membelai rambut Qisya. Qisya menggeleng perlahan.

"I am not okay. I sakit sangat. I want to end this can I?" Tanya Qisya dengan mata yang berkaca.

"I only have you as my wife. Don't give up alright?" Ujar Rayyan sambil menggenggam tangan Qisya. Qisya menggeleng lagi.

"You have Tya. Please. Go and find her. Make her happy. That's my wish. Find your daughter too" ujar Qisya perlahan.

"I have a daughter?" Tanya Rayyan lalu Qisya tersenyum sebelum pandangannya gelap.

"Hey hey. Wake-up dear. Qisya sayang. Bangun please" ujar Rayyan sambil menggoncang badan Qisya yang sudah tidak bernyawa. Dia hampir sahaja hendak menangis namun ditahannya.

"I'll let you go" gumam Rayyan lalu mencium dahi Qisya sebelum doktor masuk ke dalam wad untuk membuat pemeriksaan ke atas mayat.

Rayyan keluar lalu duduk di hadapan pintu wad. Dia termenung teringatkan kata- kata terakhir arwah Qisya sebentar tadi.

"Encik Rayyan, Puan Qisya suruh bagi ni dekat awak dan Puan Tya" ujar salah seorang jururawat sambil menghulurkan dua sampul surat kepada Rayyan. Rayyan mengambil kedua- dua sampul itu lalu membukanya.

Di dalam surat itu, Qisya menceritakan segalanya tentang apa yang dia lakukan kepadaku dan siapa lelaki yang telah memelukku 4 tahun lepas dan membuatkan Rayyan meninggalkanku. Cuma Qisya tidak menceritakan satu pun tentang anak kami berdua. Rayyan mengeluh lalu dia membaca pula surat yang ditulis untuk ku .

Qisya berpesan agar aku sentiasa menjaga hatiku untuk Rayyan dan jangan pernah abaikan segalanya. Hati Rayyan yang membacanya juga turut tersentuh. Entah mengapa, rasa mahu mencariku semakin tinggi dalam dirinya.

Mereka semua telah selesai memandikan mayat dan telah menanamnya juga. Rayyan pulang ke rumah dari kubur tanpa sebarang senyuman langsung.

"Rayyan, stay strong alright?" Ujar keluarganya. Rayyan mengangguk perlahan lalu masuk ke dalam biliknya. Dia melihat ke arah gambar kahwinnya bersama Qisya lalu disimpannya.

Aku yang baru sahaja pulang dari kubur duduk di birai katilnya. Puas aku menangis tadi. Aku tengok dari jauh je. dekat- dekat nanti kantoi pulak kan kan.

"Baru semalam aku tengok dia, harini dah tak ada" gumamku sendiri sambil meraup rambutku. Aku mengambil nafas yang dalam lalu bangun untuk menyimpan bagasi milikku di dalam kereta. Aku masuk ke dalam rumah semula dan bersedia untuk tidur awal.

𝐓𝐘𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐍𝐀 ; 𝑠𝑒𝑟𝑒𝑛𝑑𝑖𝑝𝑖𝑡𝑦Where stories live. Discover now