026

41 5 2
                                    

12 hari berlalu, aku melihat ke arah Alissa yang asyik termenung je. Dia kata dia rindukan Rayyan. Aku pun dah tak tahu nak buat apa. Rayyan tu bukannya tak sibuk. Dia CEO kot. Haihh.

Aku bersiap untuk ke office memandangkan hari ini aku akan pergi ke IR Empire. Walaupun aku tak ready nak berhadapan dengan Rayyan ayam beku tu. Tapi Azryl suruh aku professional sikit dalam bekerja.

"Alissa, siap cepat. Mama nak hantar Lissa pergi rumah kak Tirah dah ni" ujarku sambil mengambil fail yang perlu di bawa ke IR Empire sebentar lagi.

"Mama, Lissa rindu papa. Lissa nak ikut mama pergi office boleh?" Tanya Alissa kepadaku. Aku menggeleng perlahan lalu Alissa menangis sekuat hati.

"Aishh ye lah ye lah. Japgi stay ngan kak Mia okay?" Ujarku sambil menyiapkan Alissa.

"Mama nak pergi mana?"

"Mama kena pergi syarikat kawan mama. Mama nak buat kerja kat sana" balas ku sambil mengikat rambut Alissa.

"Nak ikut mama. Lissa janji Lissa tak buat perangai. Boleh lah mama. Please please" pujuk Alissa sambil memandangku. Aku berfikir sejenak lalu membiarkan sahaja.

Aku mendukung Alissa masuk ke dalam kereta lalu terus ke pejabat untuk mengambil fail lain yang perlu dibawa ke sana. Alissa tak habis- habis berkepit denganku. Risau jika aku meninggalkannya.

"Ermm ni je kot. Alissa, jom cepat" ujarku lalu Alissa mengikutku masuk ke dalam kereta. Jam menunjukkan pukul 9.15 pagi. Aku memandu kereta ku pergi ke IR Empire.

"Dah sampai. Cepat turun" aku turun dari kereta lalu mengambil laptop dan fail milikku. Alissa menolong membawa beg tangan ku lalu kami masuk ke dalam bangunan itu.

"Maaf Cik, cik dari RL Holding?" Tanya pekerja di situ. Aku mengangguk perlahan.

"Boss tengah meeting kejap sekarang, mungkin dalam 9.30 habis. Cik tunggu dulu ya?" ujar dia lagi lalu aku masuk ke dalam ruangan pejabat.

"Tya?" Sapa Saira sambil melihat ke arah ku. Aku tersenyum sendiri. Alissa bersembunyi di belakangku kerana dia takut dengan kawasan di situ.

"Miss Tya Rayna. Fuhh makin cantik bestie gue" tegur Hariz pula. Matanya melihat ke arah Alissa yang berada di belakangku lalu dia tersenyum.

"Comel" ujar nya lalu menyuruh aku tunggu di ruang menunggu sementara Rayyan belum selesai meeting dengan pekerjanya.

"Ermm Alissa tunggu sini kejap tau. Jaga barang mama jap. Mama nak pergi tandas" ujarku lalu segera pergi ke tandas. Alissa duduk di atas kerusi sambil menggoyangkan kakinya.

Matanya melihat ke arah bilik mesyuarat yang penuh dengan orang lalu menghampirinya. Dia mengintai dari kaca pintu yang berada di bahagian bawah. Alissa melihat ke arah Rayyan yang sedang duduk di hadapan sekali lalu tersenyum.

Salah seorang pekerja di situ menghampirinya lalu menegur Alissa. "Awak tengok apa?" Tanya perempuan itu. Alissa tersenyum lalu meminta untuk masuk ke dalam bilik itu.

Namun pekerja itu tidak membenarkannya. Alissa tetap berdegil lalu membuka pintu bilik mesyuarat itu. Semua pekerja yang berada di dalam melihat ke arah Alissa yang berlari untuk memeluk Rayyan.

"Lissa rindu papa" ujar Alissa lalu memeluk Rayyan. Rayyan terdiam lalu mendukung Alissa duduk di atas pahanya. Semua pekerja di situ memandang ke arah Rayyan dan Alissa.

Aku yang baru pulang dari tandas gelabah beruk bila cari Alissa takde. Aku melihat ke arah bilik mesyuarat yang penuh orang sedang berkumpul di hadapannya. Aku menghampiri mereka lalu mereka memberikan ruang kepadaku. Aku melihat ke arah Alissa yang memeluk Rayyan.

𝐓𝐘𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐍𝐀 ; 𝑠𝑒𝑟𝑒𝑛𝑑𝑖𝑝𝑖𝑡𝑦Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu