"Bye, Papa."
Wen Xue cium pipi Renjun sekilas kemudian keluar dari kereta untuk pergi ke tadika. Renjun tersenyum kecil sambil memerhati Wen Xue yang sedang berjalan masuk ke kawasan tadika.
Selepas itu, dia mula bergerak menuju ke satu lorong dan berhentikan keretanya disitu.
Kepalanya disandarkan di seat keretanya sambil mengeluh perlahan. Air matanya turut jatuh perlahan-lahan ke pipinya.
Kenapa? Kenapa Soumin perlu datang sekarang? Hatinya sedang berusaha nak lupakan dia tapi......dia datang balik.
Mukanya diraup perlahan kemudian dia memandang Kangdae yang sedang tidur didalam baby car sit tu. Rambut nipis Kangdae diusap perlahan.
"Kenapa hidup Appa susah sangat, Kangdae? Wae?" tanya Renjun perlahan.
>>>>>>>
"Seungmin.... aku nak pergi balik rumah aku." kata Renjun.
"Eh? Kenapa pulak? Rumah aku ni teruk sangat ke untuk kau?" tanya Seungmin, kelam kabut.
"Tak. Bukan macam tu. Rumah kau okay. Cuma tadi......Soumin datang sini. Jadi, aku rasa better lah aku balik rumah aku. Takdelah kacau privacy kau lagi."
"Oh......camtu? Bila Soumin jumpa kau?"
"Pagi tadi. Aku pun terkejut juga."
"Baguslah kalau dia datang. Maksudnya dia dah terima kau."
Renjun mengeluh perlahan. "Masalahnya aku sekarang ni. Hati aku macam dah tertutup untuk dia."
"Apa kau cakap ni, Renjun? Takkan teruk sampai macam tu sekali?" kata Seungmin lalu menggeleng kepalanya.
"Aku....aku tak tahu."
"Takpe, Renjun. Kau bagi dulu peluang kat dia. Mana tahu terbuka balik hati kau untuk dia."
Renjun menggosok lehernya. Kepalanya asyik berfikir. Boleh ke dia terima Soumin balik dan boleh ke Soumin terima Wen Xue? Dia tak tahu. Dia buntu.
"Dahlah, Renjun. Kau fikir baik-baik. Tapi jgn silap langkah pulak. Btw, aku nak cakap pasal Han. Dia....." ayat Seungmin berhenti disitu.
"Kenapa ngan Han?"
"Tak....takde pape lah." kata Seungmin lalu berjalan menuju ke biliknya.
>>>>>>
Renjun masuk kedalam rumahnya bersama Hyojen dan Wen Xue. Beg-beg baju mereka pun ditolak masuk kedalam rumah.
"Yeah! Dapat pergi bilik Hyojen balik." sorak Hyojen sambil berlalu pergi ke biliknya.
Renjun tersenyum kecil melihat telatah Hyojen. Wen Xue pulak hanya memandang sekeliling rumah tamu tu lama.
"Rumah papa ke ni?"
"Yelah."
"Besar jugak."
Renjun tergelak kecil. Dia tak tahu ke bapak dia ni kaya sebenarnya?
YOU ARE READING
(C) I Hate This Fate || Huang Renjun ※ NCT Dream
FanfictionWe just hurt each other. That's it. - One Scar,One Kiss ; Season 2