Behind the story (Jaemin)

439 69 7
                                    

Aku Na Jaemin. Kawan rapat ngan Seungmin dan Eric. Tak tahu macam mana boleh rapat tapi tulah yang terjadi.

Aku satu kelas dengan Renjun dan Chaewon selama 4 tahun. Renjun.....memang sepatah perkataan dia tak cakap dengan aku. Tapi Chaewon, sekali pun tak pernah berhenti bercakap ngan aku.

Tanpa sedar, aku suka dia dan aku tak perasaan semua tu sampailah Soumin masuk dalam kelas aku.

Mula-mula, semua normal je. Sampailah Soumin start rapat ngan Renjun and Renjun dah mula bercakap ngan aku, Chaewon jadi senyap.

Aku pelik tapi aku hiraukan. Pastu aku nampak Soumin dan Renjun bercium dalam bilik sakit. Aku hanya pandang diaorang lama. Cara diaorang bercium tu nampak yang diaorang memang dah jatuh cinta satu sama lain.

Dan untuk kali kedua, aku hiraukan. Aku cuma bagitau Seungmin pasal tu tapi Seungmin pun tak kisah sebab dia nak buat kerja math.

Sampailah satu hari tu, aku nampak Chaewon nangis kat balkoni tersorok kat bangunan sekolah.  Dan pada hari yang sama, Renjun dan Soumin tak datang sekolah. Aku tak tahu kenapa.

Jadi nak tenangkan dia, aku beli cupcake coklat untuk dia, saja untuk tenangkan diri dia. Aku bagi waktu kat kelas dan buat alasan aku salah beli. Aku tak tahulah dia makan ke tak. Yang penting aku bagilah dia.

Waktu jangka masa yang lama, takde pape jadi sampai Renjun tiba-tiba pindah. Soumin nangis depan Eric dan berlari keluar kelas, diikuti Yangyang.

Aku pandang Chaewon. Dia tengah letak muka dia kat atas meja. Nampak macam tidur tapi aku nampak ada air bertakung atas meja. Ya...air mata. Aku tahu. 

Aku juga tahu. Air mata yang Chaewon keluarkan selama ni, semua sebabnya ialah Huang Renjun. Lelaki yg senyap lagi lembut.

Lepas tu, aku cuba untuk rapatkan diri aku ngan dia. Tapi dia menolak dan lebih suka menyendiri. Aku menyesal tak dekatkan diri dengan dia awal-awal. Aku rindu dia yang dulu. Yang peramah, yang bising dalam kelas.

Soumin pun dah stop dekat ngan Chaewon sebab Chaewon menjauhkan diri. Dia sorang-sorang, yang tinggal hanya perasaan dia dengan Renjun.

Untuk lima tahun, memang takde perkembangan pasal Renjun dan Soumin tapi banyak yang berlaku dengan aku dan Chaewon.

Aku satu universiti dengan dia. Satu kelas, duduk sebelah2. Aku fikir aku boleh rapatkan diri dengan dia tapi takde perubahan. Sama macam dulu.

Dan satu hari ni, aku tanya dia.

"Kenapa kau taknak kawan dengan aku?"

Dia balas,

"Aku taknak develop perasaan cinta kat lelaki lain. Klu dengan orang yang senyap pun aku boleh jatuh cinta, kau Na Jaemin apatah lagi."

Bermula hari tu, aku jauhkan diri. Aku taknak dia tersakiti lagi. Mungkin dia ada cara sendiri untuk ubatkan hati dia.

Dan aku tahu keputusan aku tu salah. Kelas hari Selasa, waktu Madam aku mengajar, aku lari keluar dari kelas tanpa minta izin untuk keluar sampai markah exam aku kena potong separuh.

Sebab apa? Sebab aku terdengar Chaewon masuk hospital. Sampai hospital, aku ternampak Chaewon dah terbaring atas katil dengan oxygen dan segala mesin ada kat situ.

Doktor cakap ngan aku. Dia cuba bunuh diri. Dia kerat lengan dia guna pisau. Tapi, nyawa dia panjang. Dia cuma tak sedar je.

Lepas dia sedar, aku jaga dia. Dia taknak. Aku tahu tu. Tapi aku keluarkan ego aku untuk jaga dia. Kali ni, aku degil.

Aku tanya dia,

"Perlu ke sampai nak bunuh diri, Chaewon? Kenapa kau kecewa sangat?"

Dia menangis,

"Klu aku jadi macam Renjun, mesti dia faham aku dan datang kat aku kan?"

Hati aku luluh. Kenapa.....sampai macam tu sekali dia fikir. Jauh pemikirannya dan imagiansinya.

Badan dia yang kecik tu aku peluk erat. Dia yang tak bermaya hanya biarkan saja aku peluk dia.

Aku jaga dia sepenuh hati aku. Dari matahari terbit sampai bulan hilang waktu langit cerah semula, aku jaga dia.

Selepas itu, aku dengar Renjun balik dari China. Dari Seungmin dan Sanha. Mereka belajar jauh dari aku. Aku tak tahu macam mana diaorang tahu tapi diaorang bagitau aku lah.

Chaewon kata nak jumpa Renjun. Aku bawak dia jumpa Renjun. Dia jumpa Renjun depan tadika adik dia. Tak lama, Renjun terus pergi dari situ dan Chaewon menangis. Seperti yang aku agak.

Aku bawak dia balik. Dan aku lamar dia untuk kahwin ngan aku. Aku berjanji, aku akan cuba untuk tolong dia move on dari Renjun. Aku juga janji aku akan lepaskan dia lepas dia betul-betul move on dari Renjun.

Aku kahwin ngan dia. Duduk satu rumah. Tidur sekatil. Mandi satu bilik air. Tapi takde pape yang berubah. Chaewon masih yang dulu dan tiada yang baru.

Dia pun masih lagi kerat tangan dia. Aku cuba bersabar dan tegur dia elok-elok tanpa marah-marah kalau dia buat macam tu. Tangan dia pun aku sendiri yang rawatkan.

Lama dia macam tu. Kadang-kadang aku sendiri nak putus asa tapi aku kuatkan juga hati aku.

Sampailah satu hari, aku balik rumah dan aku nampak Chaewon kat dapur, cuba untuk masak. Aku terkejut dan aku pun pergi tegur dia.

Tangannya nak potong sayur pun tak betul, menggigil-gigil. Aku dengan rela hatinya tolong dia. Aku taknak tanya kenapa dia berubah tiba-tiba. Aku just nak nikmati waktu ni dengan dia sebaik mungkin.

Untuk beberapa hari, Chaewon mintak aku ajar macam-macam. Macam mana nak tanam pokok, nak masak macam-macam makanan. Aku ajar jelah dia. Aku gembira. Sumpah aku gembira.

Dah sampai waktu yang sesuai, aku tanya dia kenapa dia berubah tiba-tiba. Dia balas,

"Saya rasa saya dah move on dari Renjun. Walaupun tak sepenuhnya."

Kegembiraan aku mula padam. Aku sedar yang aku kena lepaskan dia lepas dia berjaya move on dari Renjun. Macam yang aku janji ngan dia.

Tapi, dia tiba-tiba cakap macam ni dengan aku.

"Tapi, saya dah jatuh cinta dengan awak, Na Jaemin."

Air mata aku mengalir turun ke pipi. Aku gembira. Chaewon juga begitu. Mata aku bertemu mata dia, dengan pandangan cinta dan kasih sayang.

Malam tu, aku rasa first kiss aku ngan Chaewon. Aku cium dia dengan kasih sayang. Aku nak dia rasa cinta aku yang berlimpah untuk dia. Macam mana Renjun cium Soumin kat bilik sakit, begitulah aku cium Chaewon malam tu.

Malam tu juga, aku bagi badan aku kat Chaewon dan dia bagi badan dia kat aku. Nikmat cinta aku yang simpan selama ni, aku bagi kat dia sepenuhnya. Dia pun dengan hati yang terbuka terima cinta aku.

Aku bahagia. Bahagia dengan takdir aku yang cantik ni. Aku bersyukur dengan semua ni. Aku memang tahu jodoh aku tu Chaewon. Aku yakin.

Lama lepas tu, aku dengar apa yang jadi kat Soumin dan Renjun. Dari situ aku tertanya, betul ke Chaewon tu ditakdirkan untuk aku? Ataupun untuk Renjun?

Aku.....cuba prepare hati aku. Andai kata apa-apa yang jadi, sekurang-kurangnya aku dah bersedia. Andai kata Chaewon tinggalkan aku, aku dah ready.

Tapi, aku tahu. Aku tahu aku tak boleh terima semua tu. Dan aku juga tak boleh terima yang Soumin nak lupakan Renjun macam tu je.

Aku marah dia. Sebab aku memang kecewa dengan apa yang jadi dengan mereka berdua. Aku tak tipu. Aku tak salahkan mereka berdua sebab sayang satu sama lain.

Aku salahkan takdir. Kenapa takdir mereka dan Chaewon perlu sakit macam ni? Kenapa cinta segi tiga tu perlu jadi kat mereka? Kenapa?

Chaewon tahu aku ni menyalahkan takdir. Dia cakap ngan aku pasal takdir. Dia cakap ngan aku yang tugas manusia atas bumi untuk menerima takdir.

Dan aku, Na Jaemin, seorang insan yang lupa pasal tugas tu cuba untuk terima takdir yang menyakitkan ini.

Walaupun aku benci dengan takdir ni.

(C) I Hate This Fate || Huang Renjun ※ NCT DreamWhere stories live. Discover now