06 - Fried Chicken

42 27 9
                                    

author. 

Seperti biasa, Jungwoo merebahkan diri di sofa selepas melayan karenah anaknya. Tak amanlah hari minggu dia, nak kena jaga anaknya pula sebab ibunya dah jaga masa hari bekerja. 

Dia memperlahankan volume televisyen kerana dia tak mahu anaknya terjaga balik. Sudahlah si sungchan datang rumah berbuat bising, habis kena teriak dengan anaknya. 

" bOSS, berpeluh dahi kau tidurkan kembar tu tadi ehe, " usik Sungchan sambil mengeluarkan sesuatu dari beg plastik yang dibawanya. Kelihatan sekotak ayam goreng dibawa olehnya. 

" kAu la ni datang rumah tak beri salam, habis diorang terjaga balik, " Nak je baling remote ni ke kepala Sungchan, nasib baiklah Jungwoo ni baik orangnya. Dia tak mahu keluarkan kemarahannya. 

Sungchan hanya menunjuk kotak ayam itu dan Jungwoo hanya diam, " BOsS, takkanlah tak ingat ayam goreng ni ? " 

Garu kepala sana-sini, Jungwoo teringat sesuatu tentang ayam goreng itu. Makanan favouritenya dan Eunjoo dan satu lagi........ 

" Alang-alang aku dah beli beer ni, why not kita raikan sesuatu ? " Ujar Jaehyun yang baru sahaja pulang dari kedai membeli beer. 

" Kau nak raikan apa ni, bro ? Kita ada hari special ke ? " - Sungchan biasalah single kan. 

" Chan, kau tak tahu ke bOsS dah berjaya seduced Yoon Eunjoo. Alah, sweet aku tengok diorang tau, errghhh bersemut siaaa. " Karina terus merampas plastik bag dari Jaehyun. 

" WEYH, MALULAH ADUH. MACAM MANA DIA PUN BOLEH SUKAKAN AKU BUT BUKAN TU JE TAU, " Muka Jungwoo yang merah padam itu terus menutup mukanya. Yang lain hanya tersenyum melihat kecomelan Jungwoo. 

" Aku ajak dia kahwin......... " 

Semua terciduk air apabila mendengar jawapan keluar dari mulut Jungwoo. Baru je suka sama suka pastu kahwin terus. Mereka masih lagi tak percaya. 

"KAU BIAR BETIK ???! " 

" oOii , LAmUn aPe tUu, " Sungchan mematikan lamunan Jungwoo dan terdengar sepasang kembar itu terjaga dari tidur di bilik.

Jungwoo membaling bantal ke Sungchan dan mengeluh masuk ke dalam bilik. Baru je tidurkan dah terbangun balik.

" Junghaaaa, nasib baik kau tak kacau Jungho tidur eiii, " Jungwoo mendukung Jungha keluar dari bilik dan menjeling tajam ke arah Sungchan.

" Apa tunggu lagi, meh jom makan, " - Sungchan.

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

Puan Yoon menggigit bibirnya sambil memandang anak perempuannya dan Karina yang setia menjaga Eunjoo. Penjaga yang menjaga anak perempuannya itu sentiasa memerhatikan gerak gerinya, takut pulak berhadapan dengan orang yang tunggul kayu yang selalu ikut je arahan. 

" Cik Karina, terima kasih kerana jaga Eunjoo selama ni. Ni upah untuk awak selama ni, " Sampul putih terus dilempar kepada Karina, nasib baiklah gadis tu tahu kedudukannya. 

" Puan, puan nak cari orang lain ke untuk jaga Eunjoo ? " 

" Haah, awak mesti dah penat nak jaga dia yang tak bangun-bangun dari dulu. Saya beri awak berehat, " ujar Puan Yoon dengan tegas sambil berpeluk tubuh. 

" Tapi Puan kata saya akan jaga dia sampai dia sedar, Puan tak ingat ke perjanjian kita buat itu ? " Karina membantah. Kalau dia dah tak jaga Eunjoo, siapa yang akan lihat Eunjoo bagi pihak Jungwoo ? 

" Cik Karina, cukup sampai disini sahaja perkhidmatan awak kepada keluarga saya. Sila keluar, " Puan Yoon menghalau Karina dan Karina keluar secara paksa oleh pengawal peribadi Puan Yoon. 

Topi Jururawat dicampak oleh Karina ke katil apabila sampai sahaja di bilik rehatnya. Dia melihat sekeliling sebelum mengeluarkan telefonnya. Nombor Jaehyun didail dan lelaki itu pantas mengangkat panggilan itu. 

" Jaehyun, keluarga Eunjoo pecat aku. Macam mana ni... " 

" Seriuslah ??!! Aku rasa Puan Yoon dah syak pasal kau, " 

" Tak mungkinlah. Aku dah suruh Chenle berpura-pura jadi sepupu aku. Tu je, takde benda lain aku suruh dia buat. " 

" Chenle takkan pecahkan amanah. Kau nak buat apa sekarang ni ? " 

" Aku patut bagitau hal ni dekat Jungwoo. Ok cau, " Panggilan dimatikan dan tiba masanya Karina memberi surat berhenti kerja kepada ketua jururawat. 

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

Sarung tangan merah jambu dibuka oleh Jungwoo selepas selesai membasuh pinggan. Dia mengelap peluhnya menggunakan kain tangan yang selalu dibawa olehnya dan berjalan ke ruang tamu.

Kelihatan Jungha sedang memerhatikan Jungho sedang tidur disebelahnya lalu memukul kembarnya itu.

Jungwoo terus berlari ke arah Jungha dan menjauhkan bayi itu dari Jungho yang sedang lena tidur. Nasib baik tak terbangun , dia menghembus nafas lega.

" Ey, Jungha bosan sangat sampai kacau Jungho tidur. Kacau appa pulak, "

Bunyi loceng kedengaran. Jungwoo terus mendukung Jungha dan melihat siapa yang datang rumahnya melalui monitor.

Puan Yoon bercekak pinggang di hadapan rumahnya. Gementar dan takut mula hadir, nak tak nak dia kena beranikan diri untuk sapa mak mentuanya.

" Annyeonghaseyo, Puan Yoon. " sapa Jungwoo dengan sopan. Tersedar kedudukannya antara dia dan Eunjoo.

" Jungwoo, tak perlulah berformal. Panggil je eomma, "

Puan Yoon terus masuk ke dalam rumah dan Jungwoo tersenyum apabila eomma Eunjoo melayaninya dengan baik.

Similarity.Where stories live. Discover now