09 - Time To Seduced Her #2

28 20 4
                                    

author.

Mata Eunjoo mula bergetar apabila lelaki dihadapannya itu menatapnya dengan lama. Dia tak boleh biarkan hatinya dalam keadaan berdebar. Ingin meneruskan langkahnya tetapi Jungwoo masih tidak mahu melepaskan gadis itu. 

" Eunjoo, saya sukakan awak, "

" Saya tahu ni memang secara tiba-tiba tapi saya ikhlas cintakan awak, " ucap Jungwoo. Inilah rancangannya yang dia ingin laksanakan tanpa pengetahuan rakannya.

Eunjoo hanya terdiam di hadapan Jungwoo. Masih setia mendengar apa yang Jungwoo ingin katakan. Alangkah indahnya kalau dia boleh katakan balik kepada Jungwoo yang dia sukakan Jungwoo juga. 

" Segala kekurangan awak, saya terima juga. Biarlah apa kata orang pun, yang penting saya dah buat keputusan saya berkaitan kehidupan saya. Eunjoo, jangan rasa rendah diri bila berada disamping saya disebabkan hanya awak bisu. Semua manusia sama sahaja, " 

Air mata Eunjoo deras jatuh dan Jungwoo mengesat air mata itu. Tak sangka, hanya empat ayat dikatakan oleh lelaki itu membuatkan Eunjoo mula menghargai diri. Selama ni, tiada siapa yang peduli tentang kewujudannya di dunia termasuklah eommanya. 

" Kalaulah eomma dengar ada orang hargai saya, mesti dia bersyukur lahirkan saya, "

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

Sehelai demi sehelai baju Eunjoo dipegang oleh suaminya dan Jungwoo masih merindui isterinya yang masih lagi terlantar di hospital. Hatinya masih menyalahkan dirinya, keluarga gadis itu masih lagi melarangnya dari bertemu dengan Eunjoo. 

Matanya sayu apabila menatap baju bayinya yang masih lagi terlipat dan tidak digunakan kerana ia dilipat khas oleh Eunjoo. Sayanglah nak pakai tapi isterinya tak melihat lagi. 

Sudah dua bulan Jungwoo menunggu Eunjoo sedar dan hampir semua ingatan telah kembali tetapi kejadian sebelum dia ditimpa kemalangan masih belum datang. Beberapa kali jugalah dia cuba mengingatkan perkara itu tapi doktor menasihatinya supaya jangan cuba bebuat sebegitu dan banyakkan berehat. 

" Nanti dulu ! Jangan ambil Eunjoo, dia tak tahu apa-apa pasal ni ! Ni perjanjian kita kan, tiada siapa yang boleh jadi tebusan, " 

" Perjanjian atau tak, Eunjoo anak aku ! Dia perlu jelaskan kenapa dia berkahwin senyap-senyap dan bersembunyi selama ni, " Yoon Seonju memukul kaki Jungwoo menggunakan tongkatnya. Jungwoo terjatuh dan orang suruhan Tuan Yoon memukulnya. 

" Tuan, lepaskan Eunjoo dulu ! " Jaehyun yang baru sampai di hadapan pintu terus menghalang laluan keluar Tuan Yoon tapi dia dipukul dari belakang. 

" Eunjoo, balik rumah dan jelaskan semua ni kat eomma. Nak sangat jumpa eomma kan ! " Eunjoo hanya memegang kandungan yang berusia enam bulan apabila diseret keluar oleh ayahnya tadi. 

" Jangan sakitkan Jungwoo.... " itulah isyarat terakhir yang dikatakan oleh Eunjoo sebelum diseret masuk ke dalam kereta. Jungwoo hanya melihat kereta itu berlalu pergi dan Jaehyun datang membantunya. 

Ingatan yang pahit itu datang secara tiba-tiba dan Jungwoo cuba menahan sakit kepalanya itu. Kain cadar dipegang kuat, matanya melilau mencari ubatnya. Makin lama, makin hitam pandangannya dan dia rebah di lantai.

Jaehyun yang baru masuk ke dalam rumah terlihat Jungwoo terbaring di dalam bilik dan dia terus berlari ke arah rakannya. 

" WEh, jUNGWOO ! JungWOO , kau okay tak ? " 

" Eunjoo.... Ayah dia.... "

Similarity.जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें