15 - After

25 8 10
                                    

trigger warning // 15+
read at your own risk ❗

jungwoo.

Tanganku ligat bermain telefon sambil menunggu pesanan airku siap. Tidak ramai orang sekarang ni memandang baru je habis waktu makan tengahari. Aku lebih suka berehat semasa waktu kerja kerana malas nak bercampur dengan orang. 

Sudah empat tahun aku tinggalkan Eunjoo bersama dengan anak kembar kami, aku tak mahu mengingatinya. Dia dah hidup bahagia bersama eommanya, itukan dia mahukan sejak dahulu lagi. 

" Jungwoo-ssi, air anda sudah siap ! " jerit pekerja cafe sambil meletakkan air di atas kaunter mengambil air. Aku bergegas ke kaunter untuk mengambil air sebelum masuk kembali ke pejabat.

Tangan baru sahaja ingin mencapai air americano aisku yang sudah disiap tetapi ada pula tangan lain muncul mengambil air tersebut. Aku mula terkaku.

" Ouh, Eunjoo. Ni air orang lainlah, air awak tak siap lagi. " ujar pelayan itu kepada orang yang mengambil air aku tadi. Pelayan itu juga memahami bahasa isyarat yang dikatakan oleh perempuan berada disebelahku.

" Ahhh, saya ingat air saya dah siap. Josonghabnida, "  Perempuan itu tadi menunduk maaf kepadaku. Dia mengangkat mukanya dan mata kami bertentang antara satu sama lain. 

Eunjoo ? Yoon Eunjoo ? Betulkah Eunjoo yang tinggalkan aku dulu berada di hadapan aku sekarang ? Tak mungkin.. Dunia ini kecil, kami bertemu kembali akhirnya. Mata Eunjoo tak berkelip melihatku. Pada masa yang sama, kebencian aku terhadap dia kembali muncul. 

Tangan aku pantas merampas air americano dari tangannya dan kaki berlangkah pantas keluar dari cafe tanpa memandang belakang. Muka diingin dikekalkan sehingga tiba di tempat kerjaku. 

Memang sepanjang aku bekerja, aku tak dapat lupakan apa yang telah berlaku pada tengah hari. Kenapa aku tak dapat lupakan Eunjoo ? Kenapa Eunjoo selalu bermain di fikiranku sekarang ? Apa soalan yang logik untuk jawapannya aku rasa takde tujuan untuk hidup tanpa Yoon Eunjoo ? 

" Mungkin aku rindu dia.. selama empat tahun ni, aku memang takde arah tuju..... " 

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

Pulang dari pejabat, aku memasuki rumah yang memang dah boleh jadi gudang tayar. Baju berterabur sana-sini, pinggan yang bertimbun tak basuh, memang takde masa nak kemas sebab luangkan masa dengan kerja.

Dengan tak sengaja, aku memijak baju yang tak dibasuh lagi. Rimas betul ada benda menghalang laluan nak berjalan, plastik berisi tin bir diletakkan atas meja.

Aku rebahkan diri di sofa dan asyik memikirkan pasal Eunjoo. Kenapalah dia asyik terbang di fikiranku ? Tak pernah pula jadi begini selama ni. Tangan pantas mengambil setin bir itu dan meneguknya.

Rasanya agak memualkan sebab tak pernah rasa selama ni. Pada masa yang sama, ia juga boleh menenangkan fikiran. Rasa air ni membuatkan aku ketagih nak meminumnya lagi.

Hampir enam tin diteguk, kepalaku mula berpusing dan aku mengambil telefon dari poket seluar. Nombor seseorang didail.

,,,,

Loceng rumah berbunyi pada tengah malam. Aku dengan terhuyung-hayang berjalan ke pintu rumah dan membukanya.

Eunjoo yang kesejukan berada di luar tidak berani memandang mataku. Mungkin, dia dah tiada hati dengan aku. Aku terus membawanya masuk ke dalam dan memerangkapnya di dinding dapur.

" Wah, nampaknya nombor yang saya call tadi tu masih berguna lagi. "

" Empat tahun awak tinggalkan saya, empat tahun tu juga saya tiada arah tuju. Awak tak rindukan saya ke ? Saya macam orang gila tak dapat bersama dengan awak dan anak-anak. "

Eunjoo mula perlahan-lahan memandang mata aku yang sudah deras air mata.

" Saya akan buat awak rindukan saya balik, " Aku terus mengendong Eunjoo bawa masuk ke dalam bilik tidur dan bilik itu dikunci.

Bibirku mula bercantum dengan bibirnya setelah sekian lama tak bertemu. Cuaca sejuk tapi kami terasa hangat bila bersama.
Yoon Eunjoo terpaksa menyerahkan dirinya kembali kepada Kim Jungwoo.

+ bahaya betul...

Similarity.Where stories live. Discover now