H.H - 03

203 23 13
                                    

Taehyung mengetuk-ngetuk kepalanya menggunakan remote tv apabila Mrs Kim tak habis-habis cerita tentang tentang kahwin. Dari sejak dia datang ke rumah keluarganya untuk makan malam sehinggalah lepas makan..tak habis-habis dengan jodoh.

"Kamu kena kahwin. Umur kamu dah 27 tahun. Nak tunggu umur 30 baru nak kahwin ke?" Soal Mrs Kim.

Paha Taehyung dipukulnya pelan di sebab dia langsung tak ambil kisah dengan apa yang dikatakan kepadanya. Matanya lebih fokus ke screen tv. Tengoklah, umur dah 27 tahu tapi masih layan cartoon.

"Yah! Kamu dengar tak? Sampai bila nak tinggal dengan Yeontan je?" Soal Mrs Kim geram.

"Omma, siapa nak dengan anak omma ni?" Soal Taehyung.

"Ramai yang nak. Kamu je yang memilih." Jawab Mrs Kim.

"Omma, Tae tak perlukan seseorang buat masa sekarang ni. Hidup bujang best apa. Boleh enjoy sana sini"

Pap!

Lagi sekali pahanya dipukul.

"Jangan sampai omma carikan kamu jodoh Kim Taehyung."

"Omma.."

"Habistu? Nak tunggu kamu cari..lama lagi lah jawabnya kan? Omma akan carikan kamu jodoh."

Kata Mrs Kim lalu bangun dan pergi begitu sahaja. Taehyung pulak dah merengek. Panggil banyak kali tapi tak nak menyahut.

"Omma, Tae tak nak main jodoh-jodoh." Jerit Tae sedikit kuat agar Mrs Kim dapat mendengarnya.

"Omma..Tae tak na--"

Ting tong~

Tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Dia yang tadinya ingin menuju ke dapur tergantung dan terpaksa menuju ke pintu utama untuk melihat siapa yang datang.

"Nugusae--"

Belum sempat ucapannya habis, orang itu memutarkan badan menatap kearahnya. Dia cukup terkejut apabila melihat seorang yeoja yang memakai topi lengkung dan mempunyai 3 rings di topi sebagai perhiasan itu. Pakaian dia takyah cakaplah. Serba hitam semua. Cuaca sejuk pun masih boleh pakai baju lengan pendek. Pelik betul.

"Apa awak buat dekat rumah saya?" Soal Taehyung.

"Ini document yang Mr Kim nak. Urgent katanya..macam tak boleh minta esok. Menyusahkan.."

Sekeping fail berwarna coklat melekat di dada Taehyung sebab yeoja itu memberinya dengan cukup kasar.

"Yah Lim Siyeon.." datar suara Taehyung memanggil.

"Hormat awak dekat saya mana?" Soal Taehyung.

"Luar sekolah. Tak perlu kot. I have to go now. Cakap dekat Mr Kim, Mr Lim dah sign semua document yang dia nak. Kalau boleh esok pagi meeting berjalan dengan lancar. Gosh, dua orang tua ni tak pandai nak guna smart phone ke apa?"

Kata Siyeon dan diakhiri dengan umpatan kecil. Taehyung masih terdiam disitu melihat anak muridnya yang membebel.

"Jangan lupa bagitahu Mr Kim Saya pergi dulu."

Kata Siyeon lalu pergi begitu sahaja tanpa menunduk hormat. Taehyung ketawa kecil. Wow, anak murid dia yang satu ni..adab memang kosong. Dan dia dah boleh agak, yeoja itu berkelakuan kurang sopan di depan keluarganya juga.

..skip..

Bunyi benda pecah masuk ke pendengaran Siyeon sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah. Kapalanya mendongak keatas mengikut sumber itu datang. Jam di tangan dilirik beberapa kali.

Jam hampir menuju ke tengah malam dan keluarganya masih boleh terfikir untuk bergaduh waktu sekarang ni? Kali ni bergaduh sebab apa pulak?

Tanpa buka kasut, dia naik keatas dan melihat pentengkaran keluarganya di ruang tamu 2. Dia berdiri seperti patung disana namun anak matanya fokus ke arah barang-barang yang sudah bersepah.

Hello Husband | KthWhere stories live. Discover now