H.H 13

156 19 4
                                    

"Noona nak tinggalkan Jihoon? Jeongmalyo? Jihoon nak ikut noona pindah."

Hampir meleleh air mata Siyeon dibuatnya bila dengar Jihoon cakap macam tu. Kalau dulu dia ada peneman untuk makan malam, jalan-jalan kalau hujung minggu. Mungkin sekarang susah sikit nak buat semua tu disebabkan dirinya terlalu marah dengan keluarganya.

"Noona.." bahu Siyeon dicuit beberapa kali.

Dia menoleh menatap adiknya itu apabila selesai mengemas pakaiannya. Dia melihat air mata Jihoon mengalir dan dia hanya senyum sambil mengelus rambutnya.

"Noona pindah rumah je bukan tinggalkan Jihoon terus."

"Tipu!"

"Betullah."

"Noona tipu. Omma cakap noona akan tinggalkan Jihoon. Dah tak nak datang sini lagi."

"Bukan macam tu..noona takkan tinggalkan Jihoon. Jihoon kena faham, sekarang situasi dia dah lain."

"Kalau Jihoon pujuk V hyung boleh tak? Mesti dia bagi tinggal sama dengan noona."

"Kalau Jihoon dengan noona, siapa nak jaga omma?"

Soal Siyeon. Jihoon kelihatan berfikir buat sesaat dan akhirnya bahunya dijongketkan.

"Noona cuma takkan datang ke rumah ni je. Kalau Jihoon nak jumpa noona, Jihoon datang rumah noona..anytime."

Pujuk Siyeon seboleh yang mampu semata-mata untuk bagi Jihoon faham situasi dia sekarang.

"Arraseo. Kalau Jihoon call, terus angkat okey? Janji?"

Pinky finger mereka saling bertautan antara satu sama lain dan mereka bertukar senyuman.

***
.Kantin.

Semasa waktu rehat, Siyeon, Jenny dan soojin duduk dimeja makan sambil menikmati makanan tengah hari mereka dengan tenang.

Tapi semua tu tak berlaku lama apabila seseorang tiba-tiba datang lalu menterbalikkan makanannya dengan sengaja sehinggakan baju sekolahnya terkena kotoran.

Dia mendongak melihat si pelaku yang sudah tersenyum. Nampak sangat dia sengaja nak mencetus pergaduhan di waktu sekarang ni.

"Apa masalah kau ni?" Soalnya..

"Sengaja.." jawabnya santai.

"Aku malas nak layan namja macam kau ni.." kata Siyeon.

Leader TXT tu langsung tak berganjak dari tempatnya. Malah dia membuang semua makanan diatas meja ke atas lantai untuk memudahkan dia duduk dan berhadapan langsung dengan Siyeon.

Dagu Siyeon di sentuh dan memaksa untuk mendongak melihatnya yang sedang tersengeh.

"Kenapalah muka cantik tapi perangai macam setan ni wujud dalam diri kau eh?" Soalnya dengan raut wajah yang datar.

Jenny dan Soojin geram dengan kata-kata yang keluar dari mulut Soobin. Mulut macam longkang. Takde insurans langsung.

"Tengok siapa yang bercakap. Manusia bertopengkan iblis." Umpat Soojin.

"Jangan masuk campur dalam hal aku!" Jeritnya tiba-tiba dan membuatkan seisi kantin terkejut mendengar jeritan nyaringnya.

"Pecah gegendang telinga aku.." kata Jenny.

"Apa yang cuba kau nak sampaikan ni?" Soal Siyeon yang masih tenang.

Kepala dia dah cukup kusut dengan masalah keluarga. Ini nak ditambah lagi kedatangan Soobin yang tiba-tiba bercakap kotor tentang dirinya. Macam mintak kaki je.

"Apa kau dah buat dekat adek aku?" Soalnya.

Kening Siyeon berkerut. Apa dia buat? Dia sendiri pun tak tahu.

"Apa kau buat dekat adik aku?" Soalnya lagi dan kali ni dagu Siyeon dicengkamnya kuat.

"Yah! Kau ke--"

"Sekali lagi korang berdua masuk campur, aku tampar kawan baik korang ni depan semua orang." Ancam Soobin apabila Jenny cuba untuk masuk campur.

"Aku tanya baik-baik ni, apa kau buat dekat Yoora? Kau dah buat dahi dia berjahit lah bodoh!" Kata Soobin penuh amarah.

Siyeon tersengeh dan menepis kuat tangan Soobin lalu dia bangun menatap Soobin dan seterusnya tangannya naik mencengkam kuat rambut namja itu. Baru dia ingat bila namja tu tuba-tiba mention luka didahi Yoora.

Soobin cuba untuk melawan tetapi dia mematung apabila ada garpu yang siap sedia untuk melukai dahinya ketika ini. Pantas betul buat kerja.

"Kau bergerak atau melawan, kau pun akan dapat benda yang sama macam adik kau." Kini dirinya pula yang diancam oleh Soojin.

"Kau boleh tak siasat dulu sebelum bertanya? Cakap jangan main pakai hembus, berfikir sebelum bertindak. Wah! mentang-mentang perangai aku buruk, senang macam tu je kau menuduh. Lain kali tanya adik kau dulu kenapa dia terluka. Cukup bagus dahi dia terluka daripada maruah dia tergadai bodoh!"

Kali ni wajah bengis Siyeon keluar. Marah betul bila dia kena tuduh macam ni. Dahi Yoora terluka pun sebab dia terhantuk dekat kaca semaca cuba selamatkan diri dari kena kacau dengan orang yang salah.

Nasib baik semalam, Siyeon berada di tempat yang sama dan selamatkan Yoora. Kalau tidak, habis budak tu kena kacau dengan sekumpulan namja jalanan.

"Adik kau pun bodoh jugak sebab tak cerita benda sebenar."

"Like brother like sister. Dua-dua takde akal.." kata Jenny.

"Setuju.." balas Soojin.

"Bagus kau perhatikan adik kau baik-baik sebelum benda buruk berlaku. Tulah, hidup jangan banyak musuh sangat. Tengok, adik kau yang kena tempias. Namja bodoh.." kata Siyeon puas.

"Macam ni lah..apa kata kau pasang alat pengesan dekat adik kau. Jadi kau akan tahu dengan siapa dia bergaul dan dia pergi mana. Niat melindungi kau tu dah betul, tapi cara kau selesaikan tu salah.."

Sambungnya lagi dan kali ni tangannya yang kosong meraih airnya lalu dituangkan di kepala Soobin dalam kuantiti yang sedikit demi sedikit biar namja ni rasa sejuk dari air tersebut. Bagi cuci sikit kepala dia yang bebal ni.

"Kau buat mood aku hilang lah..apa aku nak buat dekat kau ni ah? Ada cadangan?" Soal Siyeon.

"Jush push him from a rooftop." Cadang Soojin.

"Aniya, undress him and take a picture." Cadang Jenny pula.

Mereka bertiga ketawa geli. Kalau ambil gambar pun, belum tentu laku dipasaran.

"Macam mana pula kalau bawak dia ke bilik disiplin dan awak bertiga ikut sekali?"

Tiba-tiba suara Sir. Kim bergemang. Mereka bertiga menoleh serentak. Garpu dari tangan Soojin perlahan-lahan turun namun Siyeon masih belum lepas menjambak rambuk Soobin. Makin kuat dia tarik adalah kot.

"Nice! Tapi sebelum tu.." Siyeon berpaling ke meja belakang lalu mengambil sisa makanan yang tertinggal lalu menumpahkannya di atas kepala Soobin dengan penuh bangga.

Mandi kuah sup namja dikerjakan. Dibelakang, Soojin dan Jenny dah ketawa puas. Manakala geng TXT yang turut menyaksikan dari jauh hanya diam sahaja. Mereka berempat pun terkejut dengan tindakan solo Soobin untuk menghampiri queenka sekolah yang digeruni.

Datang tanpa perancangan dan akhirnya kalah ditangan Siyeon yang sedang mengejeknya kerana puas hati dengan apa yang dia buat. Rambut Soobin dia lepaskan lalu dia pergi begitu sahaja.

"Saya tunggu di bilik disiplin Sir. Kim." Kata Siyeon yang sudah melangkah pergi.

Taehyung memusingkan badannya lalu bercekak pinggang melihat pemergian Siyeon. Langsung tak takut kan? Mentang-mentang lah dah tukar status, berani dia lain macam betul.

"Kami pergi dulu Sir." Izin Jenny lalu dia dan Soojin melangkah mengejar Siyeon yang sudah jauh ke depan.

"Kau? Pergi bilik disiplin sekarang." Arah Sir. Kim.

"Baik Sir." Balas Soobin.

-TBC-

Happy New Year!

Hello Husband | KthWhere stories live. Discover now