H.H - 07

163 18 28
                                    

Taehyung menatap serious yeoja di depannya itu. Kenapa budak depan ni kepala dia lagi kerasa dari batu dan besi? Semua orang cakap dia tak nak buat. Benda simple je, duduk diam-diam dan biarkan dia menyelesaikan tugasnya.

"Sir, jangan pura-pura simpati.." kata Siyeon sambil menggeleng kecil.

Lengannya yang berdarah dia tarik kasar. Sejak bila dia bagi kebenaran kat namja ni untuk sentuh dia sesuka hati?

"Siapa yang simpati? Perawat sekolah ambil surat cuti dan dalam ni takde orang. Saya yakin kawan-kawan awak pun tak tahu apa yang berlaku kat awak sekarang ni."

Kata Taehyung. Tangan Siyeon kembali diraih. Siyeon membuang muka lalu membiarkan lukanya dirawat. Kenapalah namja ni boleh munculkan diri pada waktu yang salah? Niat nak lukakan diri akibat terlalu stress di rumah tergantung apabila Taehyung tak sengaja lalu di kawasan belakang sekolah.

"Kenapa awak buat semua ni?" Soal Taehyung.

"Tak payah sibuk hal orang.."

"Kkk~ lupa ke yang saya ni bakal suami awak?" Soal Taehyung.

Kepalanya terangkat menatap Siyeon yang turut menatapnya tapi lebih kepada dingin.

"Sir, perkahwinan ni takkan berlangsung. Sir tak memberontak ke supaya benda bodoh ni tak berlaku?"

"Saya memberontak dan mereka faham." Kata Taehyung..

"Dah tu? Jangan cerita tentang perkahwinan lagi.."

"Tapi selepas tengok semua ni, saya rasa saya dah tukar fikiran.."

"Sir.."

"Jom kahwin."

"Sir...ini kerja gila! Sangat gila tahu tak??"

"Aniya.."

Taehyung menggeleng. Lengan baju Siyeon diturunkan apabila dia selesai mengubat dan membalut luka tersebut. Boleh tahan banyak jugak bekas hirisan pisau di kawasan lengan yeoja tu.

"Awak nak tahu satu fakta?"

Soal Taehyung.

"Mwo?"

"Hanya saya yang boleh bebaskan awak."

Kata Taehyung. Kening Siyeon berkerut. Bebas? Apakah?

"Jangan merepek sir.."

"Saya je yang boleh bebaskan awak Siyeon. Bebaskan awak dari semua masalah yang awak hadapi sekarang ni.."

"Sir tak kenal saya dengan baik jadi jangan masuk campur.."

"Kita kahwin. Saya akan bagitahu keluarga saya nanti.."

"Sir, saya tak su--"

Kata-kata Siyeon terpotong apabila wajah Taehyung mendekat kearahnya. Pernafasannya cuba dikawal sebab kedudukan Taehyung betul-betul dekat dengannya sekarang ni.

"Saya akan bebaskan awak dari keluarga awak Siyeon. Trust me"

Bisik Taehyung tepat di telinga Siyeon lalu dia menjauh. Segaris senyuman muncul di bibirnya dan tanpa segan silu tangannya naik mengacak rambut Siyeon beberapa kali.

"Kita kahwin okey?"

"Sir!"

"Sir!"

"YAH.."

"KIM TAEHYUNG!"

Panggil Siyeon kuat namun namja itu tidak berniat untuk menoleh sedikit pun. Ada pun dia ketawa kecil sebab terkejut bila nama lengkapnya dipanggil oleh anak muridnya sendiri.

Hello Husband | KthWhere stories live. Discover now