H. H 36

95 14 5
                                    

TXT kini berdiri dibawah teriknya mentari panas selepas mencetus pergaduhan di padang sekolah. Entah apa yang ketua mereka fikiran sampai sanggup menyerang kelas sebelah apabila waktu sukan.

Jungkook berdiri dihadapan mereka sambil menyilangkan tangan. Wajahnya kelihatan sangat marah sekarang ni. Mana taknya, orang suruh bersukan dengan kelas sebelah bukan bergaduh sampai terluka anak orang dibuat.

"Dah rasa hebat ke lepas bertumbuk? Dah rasa hebat bila kelas korang menang dalam pergaduhan?" Soal Jungkook bertubi.

Sedikit senyuman pun langsung tidak timbul. Ye lah, budak kelas sebelah ramai yang cedera sedangkan mereka berempat masih suci dari luka. Kawan-kawan kelas mereka yang lain pun ada yang terluka.

"Awak berempat nak dibuang dari club ragbi ke? Atau nak kena buang sekolah? Kalau nak pindah sekolah, bukan macam ni caranya."

Marah Jungkook. Dia betul-betul tak sangka pelajar kegemarannya buat macam ni sekali. Nakal tu perkara biasa tapi kalau dah selalu sangat bergaduh, siapa yang boleh tahan kan?

"Choi Soobin."

"Saya saem."

Jungkook melangkah kedepan berhadapan dengan pelajar kemegarannya itu. "Kau ingat kau ni siapa? Siapa yang ajar kau buat semua ni?"

"Mianhae saem."

"Apa punca pergaduhan ni?"

Soobin terdiam.

"Pandang mata aku."

Arah Jungkook tegas. Soobin menatap Jungkook dengan sedikit rasa takut. Dia tahu Jungkook seorang yang tegas bila waktu berlatih. Tapi sekarang bila ditatap dengan tatapan yang tajam macam ni, dia tak mampu untuk buka mulut.

"Lepas bunyi loceng, masuk ke pejabat sekolah. Bawak kawan-kawan kau sekali. Bagus, tournament dah semakin hampir..kau dengan kawan-kawan kau buat hal. Terima kasih."

"Maaf saem."

Kali ni Taehyun pulak yang bersuara. Jungkook menjeling pelajarnya itu. Dia melangkah kebelakang sekali.

"Jangan ada yang berani nak duduk atau melangkah. Berdiri sampai bunyi loceng."

Katanya lalu pergi begitu sahaja. Tidak lama kemudian, Siyeon and the geng datang menghampiri mereka berempat.

"Look at this stupid boys." Ucap Soojin dengan penuh senyuman sinis.

"Panas ni, tak haus ke?" Soal Jennie pulak.

Sebotol air di letakkan beberapa langkah di hadapan mereka.

"Kalau haus, minumlah. Tapi ni air paip."

Ucap Jennie pulak. Dia ketawa kecil melihat setiap raut muka TXT sekarang. Masing-masing sedang menghambur kebencian.

"Buat sesuatu pakai otak."

Kata Siyeon pula sambil fokus kearah Soobin. Cuba cakap, siapa je nak suka dekat budak yang ada aura negatif dari positif ni?

So red flag tau this boy.

"Beomgyu ah, come and take this water." Kata Jennie sengaja nak permainkan namja tersebut.

"Diam kau."

"Aigoo.." air itu dicapainya lalu diletakkan tepat di depan mereka.

"Ni air meneral lah. Penutup belum buka lagi. Minum bila haus. Panas ni..korang kena berdiri dekat sini lagi satu jam tau. Semua dah sarapan kan?"

Mereka berempat hanya diam.

"Bukan apa, mengikut mengalaman yang aku pernah nampak...korang boleh pingsan kalau terlalu lama berdiri di bawah matahari terik ni. Tambah lagi belum sarapan. Sekejap!"

Hello Husband | KthWhere stories live. Discover now