eunjo melangkah masuk ke dalam bilik pesakit dimana soonyoung ditempatkan .
" soon- "
langkah eunjo terhenti . wajah soonyoung yang sedang lena tidur itu , dia tatap dengan lama .
hatinya mula rasa sebak secara tiba tiba apabila teringatkan kejadian yang menimpa soonyoung .dia mula mencebik . kerusi disebelah soonyoung ditarik perlahan kerana tidak ingin menganggu tidur lelaki itu dan kemudian dia pun duduk .
" hi budak comel , aku rindu kau . mian sebab tak datang lawat kau.. hmm aku demam jadi si jurin dengan jeonghan berkeras suruh aku rehat dekat rumah . dorang kata , kau yang suruh . and yup dengan rela aku pun ikutkan ajela . " luah eunjo .
tangan kanan soonyoung digenggam erat dan diusapnya dengan lembut . akhirnya rasa rindu terhadap budak lelaki itu , terubat juga .
sudah penat dia duduk terperuk didalam bilik akibat berperang dengan demam . nasib baik ada appa yang setiasa ada disisi , yang tidak jemu menjaganya sehingga lah dia betul betul sihat .
" haa ! soonyoung , aku ada good news nak bagitahu.. kau nak tahu , lelaki lelaki jahanam yang buli kau tu dah kena buang sekolah . so sekarang kau dah bebas dari diorang , dan boleh hidup macam biasa tanpa ada orang tindas kau lagi . hmm lepas dengar semua ni dari cikgu , aku happy gila tau . finally , kau tak payah tanggung rasa sakit ni sorang sorang.. setiap kali kau kena buli dengan diorang , aku orang pertama yang aku rasa sedih dan kecewa sebab tak dapat protect kau padahal aku sendiri dah janji dengan diri aku . "
eunjo mengemam bibir cuba untuk menahan diri daripada menangis tetapi air matanya terlebih dahulu jatuh mengalir di pipi .
kepalanya ditundukkan sehingga rambut menutupi seluruh bahagian wajahnya yang sedang menangis itu .
" mianhae soonyoung-ah.. aku gagal , gagal untuk protect kau . a-aku dah cuba tapi tetap gagal . aku rasa bersalah sangat dengan kau . hikss ! " kata eunjo dalam tangisan .
tangan soonyoung masih didalam genggamannya . tidak mahu dilepaskan , kalau boleh dia mahu selalu ada bersama dengan soonyoung sampai lah dia betul betul okay dengan keadaan sekeliling .
tanpa eunjo sedari , dia sedang diperhatikan oleh soonyoung . dari awal eunjo masuk , soonyoung cuma berpura pura tidur sambil mendengarkan luahannya dari mula sehingga lah habis .
soonyoung membalas erat genggaman tangan dari eunjo buatkan gadis itu terus mengangkat muka lalu cepat cepat menyeka air matanya . senyuman tipis ditayang penuh kepalsuan .
" soonyoung.. gwenchana ? sakit lagi ke ? nak aku panggil doktor ? " tanya eunjo sambil merenung anak mata soonyoung lama .
" huh tahan eunjo.. jangan nangis lagi " bisiknya dalam hati .
soonyoung hanya diam . pertanyaan dari eunjo itu , dibiarkan sepi . tanpa tunggu jawapan dari soonyoung , eunjo terus bangun untuk keluar tetapi dengan pantas pergelangan tangannya ditahan oleh soonyoung .
" t-tolong jangan pergi , aku perlukan kau "
![](https://img.wattpad.com/cover/263934753-288-k4106.jpg)