Broken Promise: Make up, Sex & Date

134 5 0
                                    

"Itu salah kau. Dahlah gunakan nama aku,"

Tiffany membebel di dalam pejabat milik Jessica. Dia kemudian menyambung membelek majalah ditangannya. Membiarkan wanita dihadapannya itu terus mengelamun panjang.

Jessica nampak muram setelah hampir dua bulan tidak bertemu dengan Ryu. Silapnya pada malam itu membuatkan lelaki itu membuat keputusan untuk keluar dari penthouse nya. Jessica cuba berbicara dengan Paul tetapi lelaki itu lebih menyebelahi Ryu dan tidak mahu berbincang dengannya. Dia juga cuba mencari Ryu di apartment studio lelaki itu atas bantuan Tiffany tetapi tiada jejak langsung.

Dia mula takut jika Ryu membuat keputusan untuk berpisah kembali. Langsung tiada khabar daripadanya. Dia cuba menjelaskan situasi pada malam itu tetapi Paul hanya mendiamkan diri. Hanya Tiffany sahaja tempatnya meluahkan nasib.

Jessica memarkirkan keretanya agak jauh dari kafe. Dia telah mendapat mesej daripada Ryu bahawa lelaki itu sedang berada di kafe. Maka, dia mahu membuat kejutan dengan melawat lelaki tersebut. Sebaik sahaja ingin melintas, dia melihat Ryu didalam kafe bersama seorang wanita.

Namun, yang mengejutkannya adalah Ryu menarik wanita itu secara tiba-tiba keluar dari kafe tersebut. Wajahnya nampak dingin. Dia membawa wanita itu pergi ke sebuah lorong disebelah kafe tersebut. Jessica lantas melintas jalan lalu cuba membuntuti mereka dari jauh. Dia ingin mengetahui apa yang telah berlaku. Dia cuba menyorok disebalik tembok lalu mengintai Ryu dan wanita tersebut yang hanya jarak 10 meter darinya. Dia langsung tidak mengenali wanita itu.

"Ryu, jangan lupa tentang kita. Senang-senang awak buang saya," Wanita itu cuba meraih lengan Ryu tetapi lelaki itu menepisnya kuat.

"Victoria, aku tak buang kau. Aku bayar kau, dah lupa?" Rupanya, wanita itulah yang disebut-sebut oleh Hans ketika melawat ke rumahnya. Victoria selalu melawat kafe itu, mencari Ryu.

"Ryu, tolonglah, saya tak boleh lupakan awak. Dah lama saya cuba cari awak," Victoria merayu kepada lelaki itu.

"Victoria, ingat ya, apa yang kita ada cuma one night stand. Aku bayar kau! No feeling attach, remember?"

Broken PromiseWhere stories live. Discover now