Broken Promise: Hurt

105 2 0
                                    

  Jessica menggigit kukunya. Dia rasa gelisah apatahlagi setelah pulang dari lapangan terbang, dimana dia dan Ryu bertemu dengan Pengerusi Ki tanpa dirancang oleh mereka. Setelah itu, perubahan ketara dilihatnya pada Ryu. Lelaki itu terus masuk ke dalam bilik bacaan. Dan kini waktu telah malam, tapi Ryu masih tidak masuk ke dalam kamar utama iaitu kamar mereka berdua. Nampaknya lelaki itu memang berang.

  Wanita itu kemudian berkira-kira mahu turun untuk mencari keberadaan suaminya. Dia tidak mahu disebabkan bapa mertuanya, hubungannya dengan Ryu menjadi renggang. Jessica perlahan menapak turun ke bawah, dia menuju ke ruang tamu. Hanya cahaya malap sahaja yang menyinari seluruh rumah itu.

"Paul? Awak tak balik lagi?" Jessica terkedu saat melihat Paul berdiri di ruang tamu. Lelaki itu hanya berdiri seperti patung cendana. Sudah hampir tiga jam Paul berdiri disitu.

"Saya tunggu Tuan Ryu keluar dari bilik bacaan," Jelas Paul.

"Ryu masih dalam bilik tu?"

  Paul mengangguk kecil.

"Puan tolong pujuk dia?" Paul nampak rasa bersalah. Dia rasa sangat bertanggungjawab atas kecuaian yang telah berlaku pada siang tadi. Sepatutnya dia yang mengawasi lebih ketat anak buahnya kerana dia adalah ketua pengawal peribadi.

"Ryu buat apa dalam tu?" Wajah Jessica berubah risau.

"Saya tak tahu. Dia tak keluar dari petang tadi. Makan pun tak,"

  Akhirnya, Jessica bersetuju untuk masuk ke dalam bilik bacaan yang berada dihujung ruang tamu. Paul menemaninya sehingga ke pintu bilik tersebut.

"Kalau ada apa-apa berlaku, panggil saya." Pesan Paul. Jessica hanya mengangguk. Wanita tersebut kemudian melangkah masuk ke dalam bilik bacaan itu.

 Wanita tersebut kemudian melangkah masuk ke dalam bilik bacaan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia melihat keadaan bilik bacaan itu gelap. Hanya ada cahaya dari unggun api di hadapan sofa. Diatas sofa panjang, kelihatan Ryu sedang duduk. Tangan kirinya kelihatan berbalut, kelihatan memegang gelas. Lelaki itu kemudian mencapai sebuah botol vodka lalu dituangkan ke dalam gelas tersebut. Dia lantas meneguknya dengan rakus. Wajahnya nampak sangat dingin, pandangan matanya nampak kosong. Hanya merenung api yang sedang menyala dalam unggun tersebut.

  Jessica menarik nafas panjang melihat keadaan Ryu. Dia tidak pernah melihat Ryu begitu. Wajah dingin itu tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Dia kemudian cuba mendekati lelaki itu.

"Ryu," Jessica menyeru nama lelaki yang sudah sah menjadi suaminya. Ryu perlahan menoleh ke arahnya. Tiada senyuman atau sapaan mesra.

"Apa awak buat dekat sini?" Soal lelaki itu kemudian dengan nada dingin. Jessica kemudian melabuhkan punggung disebelah Ryu.

"Saya cuma rindu awak," Jessica berkata. Dia merangkul tubuh lelaki itu, menyembamkan wajahnya pada bahu lelaki tersebut.

"Saya risaukan awak, sayang." Ujar Jessica lagi. Dia mendongak, merenung wajah Ryu yang langsung tidak menunjukkan riak apa-apa.

Broken PromiseWhere stories live. Discover now