1

16.6K 1.4K 150
                                    

                        “JAHANAM!!" suara garau itu menjerkah lantang seraya menyerbu laju ke arah seseorang yang berpakaian serba hitam. Tidak jelas mukanya kerana dibaluti dengan kain. Hanya menampakkan sepasang mata yang merenung tajam ke arahnya dan membuka langkah tanda sedia untuk menyerang. Hari ini, entah kali ke berapa kumpulan H black rose ini menganggu tempat mereka.

Melihat lelaki itu semakin menghampirinya dengan sebelah tangan yang menggenggam parang diangkat tinggi. Sepantas kilat, pihak lawan mengeluarkan nunchaku dan menghadang serangan Andrew. konco masing-masing memulakan langkah.

"Hari ni kau akan mati!" tempik Andrew dengan menghayun pedang itu ke arah lelaki di hadapannya. Degan pantas dia mengelak.

Suasana menjadi semakin kecoh. Konco masing-masing juga tidak kurang dahsyatnya. Tumbukan demi tumbukan, tendangan demi tendangan, hentakan demi hentakan... Semuanya berterabur sana dan sini. Bunyi pelbagai jenis senjata yang bertembung, tidak henti-henti bergema di atas bumbung bangunan lama ini.

Lama mereka bergelut. Andrew berjaya menghentam pihak lawannya hingga tersungkur ke bawah. Dengan tangkas, lelaki itu bangkit semula dan melemparkan tendangan ke perut Andrew itu.

"Ergh!" Andrew terdorong ke belakang sebelum dia melompat tinggi dan menghentak muka lelaki itu dengan menggunakan kepala lututnya. Bersembur darah dari mulut lelaki itu. Sedang lelaki itu terhuyung-hayang, Andrew memusing tubuh pada skala tiga ratus enam puluh darjah dan melibas kepala pihak lawannya. Serta-merta lelaki itu melayang ke belakang dan terhempap ke atas lantai.

Andrew ketawa melihatnya. Dia meludah darah yang terkumpul di dalam mulut ke tepi. Puas hati. "Engkau dengan ketua kau memang suka buat sampah dekat tempat aku. Lepas ni, kalau bos kau hantar budak-budak dia serang tempat aku. Satu demi satu kepala aku pancung, dan kau orang yang pertama!" bentak Andrew. Pedang diangkat setinggi-tingginya bersedia ingin memancung kepala lelaki itu.

Dinda jangan marah-marah
Takut nanti lekas tua
Kanda setia orangnya
Takkan pernah mendua...

Kedengaran nada dering berlagu Dinda daripada Masdo memecahkan suasana haru-biru itu. Serta-merta tindakan Andrew terhenti. Pertaruhan yang sengit tadi juga turut terhenti. Mereka semua berpaling memandang Andrew dengan riak tanda tanya.

Andrew mengatup mata sesaat. Kenapa waktu begini juga sayang nak call abang? Aduh, mana aku nak letak muka nanti selepas ini? Dia mendengus kecil. Pedang yang tadi diangkat tinggi kini dilemparkan ke tepi. Dia mengeluarkan telefon bimbit daripada kocek seluarnya. Skrin telefon ditatap. Jelas terpapar nama 'Kesayangan abang' di situ. Andrew mengeluh kecil.

"Kejap ya." pamit Andrew dengan tersengih menampakkan gigi. Dia mengatur langkah menjauhi mereka, tidak mahu ada gangguan bunyi bertelagah nanti. Setelah jauh beberapa meter, dia menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dihembus dan barulah dia menjawab panggilan itu.

"Hai, sayang... " sapanya meleret manja.

"Awak dekat mana?" suara wanita dicorong speaker itu mula menyoal dengan nada serius.  Andrew sudah terkulat-kulat. Sekilas dia menoleh ke belakang memandang kuncu-kuncunya bersama kumpul H black rose. Semua sedang memerhatikannya.

"Err... ab... abang dekat kedai, sayang. Kenapa?"

"Saya dah siapkan makan malam. Awak dah bertolak balik ke belum? Kalau lambat, saya nak makan dulu." ujarnya.

"Eh, apa ni sayang... tunggulah abang. Tak baik makan sorang-sorang tau. Abang memang tengah on the way nak balik ni. Insyaallah 10 minit nanti abang sampai rumah. Sayang tunggu abang ek?"

"Errmm..." Wanita itu hanya sekadar menggumam. Andrew tersenyum lebar.

"Kalau macam tu, abang tutup call dulu ya sayang. Abang nak drive ni. Nanti tak pasal-pasal kena saman dengan polis. Bye, sayang. I love you!" tanpa sebarang balasan, panggilan itu terus dimatikan oleh isterinya. Andrew menceber bibir. Nak dengar wanita itu balas semula I love you? Lambert lagi!

Dia mengeluh perlahan. Telefon bimbit disimpan semula ke dalam kocek seluar. Andrew kembali memusing ke belakang. Air mukanya berubah serius semula. Garang dan menakutkan!

"Kali ni, Kauorang semua terlepas! Lagi sekali kauorang berani masuk tempat aku, aku takkan bagi peluang lagi, faham?!" bentak Andrew memberi amaran keras buat kumpulan H black rose itu.













                              MAKANAN yang terhidang di atas meja hanya diperhati sahaja. Sekilas Aisyah mendongak memandang jam di dinding yang sudah menandakan pukul 9:30 malam. Dia menjuih bibir dengan muka mengejek.

"Sepuluh minit konon..." gumam Aisyah. Kepala digeleng sendiri. Dia menutup makanan itu dengan tudung saji. Lantas, dia bangun meluru ke arah anak tangga untuk ke tingkat atas. Baik aku solat Isyak dulu lebih bagus.

"Sayang!" tangan kanan Aisyah terus di genggam. Menahan wanita itu daripada meniti anak tangga. Aisyah sedikit tersentak. Dia menoleh ke belakang memandang Andrew yang tercungap-cungap kepenatan seperti baru lepas memasuki acara larian seratus meter.

"Sayang nak ke mana?"

"Macam mana awak boleh masuk rumah?" soalan berbalas soalan. Kening Aisyah bertaut pelik. Dia menjenguk sekilas ke arah pintu utama yang tertutup rapat dan kembali memandang suaminya. Tidak silap, dia sudah kunci pintu tadi.

"Abang ada bawa kunci sekali tadi. Takut sayang dah tertidur." ujar Andrew, lembut. Dia menunjukkan kunci spare ditangannya. Aisyah mengangguk kepala tanda faham.

"Lambat sangat balik. Kata sepuluh minit je? Awak beli apa masa dekat kedai tadi?"

"Err..." kepala yang tidak gatal digaru. Anak mata Aisyah beralih ke tangan lelaki itu. Tiada pula plastik berisi barangan.

"Barang pun tak ada."

"Err... ab... abang beli barang bayi, sayang." entah mengapa dalam banyak-banyak jawapan, itu juga yang terkeluar daripada bibirnya. Maklumlah, fikiran tengah serabut. Tak ada masa nak fikir idea yang bernas.

Kening Aisyah berkerut pelik. "Sejak bila kita ada anak? Kita baru kahwin tak sampai seminggu."

Andrew buat-buat ketawa. Kekok!

"Memanglah kita tak ada anak..."

"Then?"

"Then? Err... Then... abang belilah untuk jiran sebelah. Dia kan baru bersalin? Sayang tak ingat ke?"

Aisyah menggeleng kepala. Sejak bila pula jiran aku bersalin? Bukan ke jiran sebelah rumah aku ni lelaki? Haih, lain macam suami aku ni...

Aisyah mengecilkan sedikit mata merenung lelaki itu. Seolah-olah sedang mencari kebenaran di muka Andrew. Andrew tersengih menampakkan gigi. Memerah pipinya, malu apabila Aisyah merenungnya begitu. Tiba-tiba pula gelora hatinya berdebar. Ish, hati... kau jangan buat hal waktu sekarang! Ada juga yang buat derma organ nanti!

"Kenapa sayang pandang abang macam tu?"

"Saja." ringkas Aisyah membalas. Dia mengalihkan anak matanya ke lain. Andrew ketawa kecil.

"Oh, saja rupanya. Ingatkan sayang nak belanja abang malam ni..." gumam Andrew, dia menunduk kepala ke bawah dengan senyuman nakal. Aisyah menjeling menyampah. Tak kuasa aku nak belanja Mamat ni!

"Jangan nak perasan boleh tak? Tu! Saya dah masak. Pergilah makan. Saya nak naik ke atas sekejap. Nak solat!"

"Eh? Tadi kata nak makan sama-sama?"

"Saya dah kenyang." balas Aisyah acuh tak acuh. Dia menolak tangan Andrew yang masih menggenggam tangan kanannya dengan perlahan. Lantas, wanita itu terus meniti anak tangga menuju ke tingkat atas.

"Tapi sayang..." kata-kata Andrew terhenti saat kelibat wanita itu menghilang. Ada keluhan kecil dibibirnya.

"Tak apalah, abang makan seorang."



HOUSEHUSBAND MAFIAWhere stories live. Discover now