25

5.6K 642 20
                                    

                       USAI menyucikan diri dan memakai pakaian baru. Aisyah terus turun ke tingkat bawah. Kepalanya masih lagi tersisa rasa pedih tetapi ia sudah menjadi kebiasaan. Sekilas Aisyah menoleh ke arah ruang tamu yang kelihatan kemas dan tersusun. Tercari-cari kelibat Andrew yang selalunya sedang menyapu habuk dilangsir tetapi tiada. Kemudian, Aisyah melencong kaki ke dapur.

Bibir mengukir senyuman apabila melihat Andrew lincah memasak. Lelaki itu langsung tidak kekok jika berada di dapur. Memang untung dia sebagai seorang isteri kepada Andrew.

"Awak masak apa tu?" Aisyah menegur sambil kaki diatur menuju rapat ke arah Andrew yang sedang mengacau sambal sotong di dalam kuali. Pekat bau menusuk ke hidung. Membuatkan tekaknya terliur berselera.

"Aku masak sambal sotong. Nak makan dengan nasi lemak." terang Andrew sambil tangannya lincah menggaul.

Aisyah mengangguk kepala tanda faham. Sekilas dia menoleh memandang ke arah meja, melihat ada beberapa sayur yang masih belum dipotong. Dia kembali memandang Andrew.

"Awak tak nak saya tolong ke?"tanya Aisyah. Bosan juga tak buat apa-apa di dalam rumah. Walaupun dia tak pandai masak, tetapi potong sayur tak adalah susah macam. Dah biasa potong jari orang, rasanya sama aje kut dengan cara potong sayur?

"Tak apalah. Kau duduk aje. Aku boleh buat semua." balas Andrew, kemudian dia bergerak menuju ke arah sinki. Membersihkan kedua-dua belah tangannya. Gaya bercakap seolah-olah tak beri kepercayaan kepada Aisyah untuk melakukan kerja di dapur.

Apa? Ingat dia tak reti buat kerja ke?

Aisyah menjuling anak mata ke atas dengan menjuih bibir.

"Awak ingat saya tak reti buat kerja dapur ke?" soal Aisyah sambil memeluk tubuh. Nada suaranya kedengaran sedikit tidak puas hati apabila Andrew tidak membenarkan dia membantu.

"Aku tak kata pun kau tak reti buat kerja."

"Habis tu? Apa salahnya kalau saya nak bantu?"

Andrew mengeluh. Kain tuala kecil di atas kabinet dicapai lalu mengelap tangannya yang basah sebelum memusing memandang Aisyah di belakang. Dia membalas renungan Aisyah yang menunjukkan rasa tidak puas hati.

"Betul kau nak tolong?"

Aisyah angguk kepala laju. Tak salah kalau dia ingin bantu sekali-sekala lelaki ini membuat kerja. Pahala pun dapat!

"Kalau macam itu, pergi ambil halia dekat atas meja. Aku nak potong." Andrew mengarah.

Terus bibir Aisyah mengukir senyuman panjang. Tanpa menunggu lama, dia terus ke meja ingin mengambil halia yang dikatakan Andrew berada di situ. Dia lihat ada tiga mangkuk berisi sayur yang telah diasingkan mengikut jenisnya.   Aisyah kaku buat seketika. Kepala yang tidak gatal digaru. Mana satu halia ya?

Dia bingung.

Aisyah menoleh sesaat memandang Andrew yang membelakanginya. Nak tanya seganlah pulak. Tadi aku yang beriya-iya kata boleh buat kerja dapur!

"Mana halianya? Cepatlah. Aku nak potong." Soal Andrew tanpa menoleh memandang Aisyah yang sedang terpinga-pinga. Dia menunduk memperlahankan sedikit api apabila melihat sambal sotongnya sudah mendidih.

"Ke... kejaplah. Nak ambilah ni!" Aisyah kembali memandang mangkuk berisi  sayur-sayuran di atas meja. Mangkuk disebelah kiri sayurnya warna hijau dan panjang, mangkuk di tengah pula warna krim kemerahan, licin dan  mempunyai rerambut pada bahagian ruas, manakala mangkuk disebelah kiri pula coklat kekuningan. Nak search Google pun dah tak sempat ni! Tanpa berfikir panjang, tangannya laju mencapai mangkuk yang berada ditengah.

Harap-harap betullah!

"Nah." Mangkuk sayur itu dihulur kepada Andrew. Muka dipaling ke lain. Kalau salah, malu teruk ni!

Andrew mengalihkan pandangannya ke arah mangkuk yang dihulur. Dia tergamam sejenak. Lambat-lambat mangkuk itu dicapai bersama keluhan yang panjang. Alahai isteri aku ni, karang ada yang kena sumbat dengan sayur kejap lagi. Halia pun tak kenal, dah dikira tahap kritikal sangat!

"Sayang..." panggil Andrew lembut.

Aisyah menoleh memandang Andrew yang mengukir senyuman penuh sabar. Keningnya terjongket sedikit.

"Kenapa? Betulkan itu halia? Ceh, awak mesti fikir saya ni tak pandai bab-bab dapur ni kan? Jangan nak terkejut sangatlah. Saya ni walaupun mafia, saya saya boleh jadi isteri macam orang lain jugak." Ucap Aisyah, berlagak sambil ibu jari mencuit hidung mancungnya.

Sedangkan Andrew hanya mengangguk kepala, mengiyakan sahaja apa yang wanita itu katakan.

"Aku tak terkejut pun. Sebab aku memang kenal kau. Yalah, siapa tak kenal Hasyai kan? Mafia paling digeruni. Cantik, kuat, pandai..." Bertubi-tubi pujian keluar dibibir Andrew, tatkala Aisyah masih lagi tersenyum dengan bangga. Kembang kempis hidung menahan setiap pujian lelaki itu.

"Tapikan..." Andrew mengeluh sekali lagi. Tak sanggup untuk sebut.

"Ini lengkuas."

Aisyah terdiam sejenak. Mata tak berkelip memandang mangkuk sayur di tangan Andrew. Keningnya berkerut.

"Apa kuas?"

"Lengkuas! Itulah, aku dah cakap tak payah tolong aku. Tengok! Lengkuas dengan halia pun tak tahu nak beza, selepas itu ada hati nak tolong? Elok nak masak nasi lemak, jadi nasi mamak siapa yang nak makan nanti?" Herdik Andrew.

"Lengkuas? Haha!" Aisyah buat-buat ketawa. Tangan ditepuk berkali-kali dengan kepala tergeleng-geleng melihat Andrew yang jelas kebingungan.

"Pandai! Saya memang tahulah itu lengkuas cuma saya sengaja aje nak test awak. Manalah tahu awak buat-buat pandai aje kan?  Yalah, perempuankan selalu buat kerja dapur takkan halia pun tak tahu betul tak? Buat malu aje! Jadi, tak apalah... saya rasa badan saya sakit. Mungkin sebab kena pukul semalam. Dan mak saya pernah cakap, orang sakit tak elok buat kerja-kerja macam ni. Nanti bertambah sakit. Jadi lebih baik saya rehat. Nanti dah siap, awak panggil saya turun ya?" Ujar Aisyah dengan tersengih-sengih menampakkan gigi.

Jelas tona wajahnya sudah berubah kemerah-merahan menahan malu. Perlahan-lahan dia berundur ke belakang, sampai saja di tangga terus dia berdesup berlari ke tingkat atas. Ingin menyorokkan muka yang tak reti beza mana halia dan lengkuas! Ini kalau arwah mak tahu, tentu dia tak mengaku anak!

Sedangkan Andrew hanya menggeleng kepala. Entah apalah nak jadi dengan isterinya.

"Nasib baiklah aku ni pandai masak. Kalau tidak, boleh kena keracunan makanan tiap-tiap hari makan masakan isteri sendiri." bebel Andrew lalu dia meletakkan semula mangkuk lengkuas itu ke atas meja kemudian mencapai mangkuk berisi halia yang dimahukan tadi.

HOUSEHUSBAND MAFIAWhere stories live. Discover now