24

5.4K 620 9
                                    

                          PAGI itu Aisyah tersedar apabila terdengar bunyi sesuatu terjatuh. Terkelip-kelip matanya melawan cahaya yang memenuhi ruang bilik. Perlahan-lahan Aisyah bangun daripada pembaringan lalu duduk bersandar pada kepala katil. Muka berkerut saat terasa pedih di kepala. Dan saat dia menyentuhnya, hujung kulit terasa kain kasar membalut luka. Aisyah terkesima sejenak. Dia menoleh memandang ke arah cermin besar di sebelah. Jelas menampakkan luka dikepala yang sudah pun dirawat. Kemas.

Kemudian, Aisyah menunduk ke bawah. Pelik apabila baru tersedar dia kini berada di atas katil milik Andrew. Tiba-tiba fikirannya diselubungi tanda tanya tentang apa yang terjadi semalam.

"You're up." Kedengaran suara Andrew menegur.

Laju pandangan Aisyah teralih ke arah Andrew yang baru melangkah keluar daripada bilik Store.

"Macam mana saya boleh ada dekat sini?" Itu soalan pertama yang keluar dibibir Aisyah apabila melihat Andrew melabuh punggung di ruang kosong sebelahnya.

"Kau memang tak ada soalan lain nak tanya ke daripada soalan yang itu? Keadaan kau macam mana ke? Ada buatkan sarapan ke? Kalau kau ada dekat sini, dalam bilik suami kau. Siapa lagi yang boleh bawa kau masuk sini selain aku? Dah tentulah jawapannya aku yang bawa kau ke sini." Balas Andrew, suaranya kedengaran agak dingin.

Kening Aisyah berkerut pelik. Kenapa pula si Andrew ni nak marah-marah? Aku ada buat silap ke semalam? Rasanya, dia yang buat silap adalah! Sudahlah datang lambat. Kebas kaki aku berdiri! Bebel Aisyah di dalam hati.

"Yang awak nak marah-marah saya ni kenapa? Ingatkan semalam dah tidur sampai terlupa nak jemput isteri sendiri?" balas Aisyah dalam nada menyindir.

"Macam mana aku tak marah? Kata diri tu kuat sangat. Tapi pengsan juga! Kalau aku lambat seminit, aku dah buat kenduri arwah dekat rumah ni."

Aisyah menjuih bibir. Jadi nak kata salah dirinya kerana menyebabkan masalah? Rasanya, kalau Andrew tak lambat jemput dia di tempat kerja. Semua ini takkan terjadi!

"Habis? Awak nak cakap yang saya ni dah menyusahkan awak huh? Kalau saya tahu yang awak sengaja datang lambat sebab kes balas dendam tentang saya ni Hasyai. Saya takkan tunggu awaklah. Silap saya juga sebab beri kepercayaan dekat awak. Saya lupa yang awak dah tak ambil berat fasal saya semenjak tahu saya ni siapa? Tak apa, selepas ni awak jangan risau. Saya akan pergi dan balik sendiri. Awak tak payah jemput!"

"Ha inilah dia perempuan! Buat silap sikit, terus nak syak yang bukan-bukan. Hei, kalau aku tak ambil berat tentang kau. Aku takkan datanglah! Aku biar aje kau tunggu dekat tempat kerja tu sampai minggu depan!" Herdik Andrew. Geram apabila dirinya disalah anggap. Dia lambat bukan sebab nak balas dendam tapi kerana terlepas pandang. Kalau dia tahu perkara seperti semalam bakal terjadi, sebelum Aisyah habis kerja lagi dia dah terpacak di hadapan butik.

Aisyah diam tanpa sebarang bantahan. Tatkala Andrew mendengus kecil. Lantas, dia bangun semula mencapai mangkuk bubur di atas meja bulat yang berada di tengah ruang bilik sebelum kembali ke tempat asalnya semula.

"Buka mulut!" Arah Andrew masih lagi dengan nada tidak puas hati. Bubur disua ke arah Aisyah. Namun wanita itu langsung tidak membuka mulut. Malah berpaling memandang ke lain. Merajuk lah kononnya.

"Tak nak!"

"Buka mulut tu. Karang ada yang mati tercekik kena sumbat bubur kejap lagi!"

"Saya kata tak nak, tak naklah! Dahlah sakit selepas tu kena marah pula atas kesalahan yang bukan berpunca daripada diri sendiri." ujar Aisyah dengan memuncungkan bibirnya.

Sudu bubur kembali dijatuhkan. Andrew meletakkan mangkuk bubur ke atas ribanya. Dia memandang Aisyah dengan bibir terketap menahan geram.

"Ada aku cakap salah kau ke?"

Aisyah menjeling. Kalau dah kena marah tu, maknanya Andrew salahkan siapa lagi?

"Aku tak marah kau punlah. Aku marah diri aku sendiri sebab lambat jemput kau. Kalau aku tak lambat, kau takkan kena macam ini. Salah aku sebab aku cuai! Aku minta maaf."

"Ceh, minta maaf tak ikhlas..." gumam Aisyah perlahan. Masih lagi tidak mahu memandang muka Andrew. Tubuh dipeluk.

Kedengaran suara Andrew mengeluh panjang sambil sebelah tangan meraut wajah. Emosinya pagi ini agak kusut sejak malam semalam. Fikirannya masih terfikir tentang Tuan Megat dan kuncun-kuncunya yang lain. Mereka masih belum tahu bahawa Aisyah ialah Hasyai, yang cuma tahu Badri dan Criss. Itupun dia suruh mereka rahsiakan daripada kuncu-kuncu yang lain. Dah boleh bayangkan apa akan terjadi jika identiti Aisyah terbongkar. Oleh kerana itu dia tidak dapat tidur dan terganggu sampaikan antonasi suara pun tak dapat di kawal.

Lambat-lambat Andrew menggapai tangan Aisyah.

Aisyah sedikit tersentak. Terus dia menoleh memandang Andrew dengan riak tanda tanya. Kini, pandangan lelaki itu bertukar redup dan kecewa. Sekilas anak mata teralih melihat tangannya yang digenggam erat dan kembali memandang wajah suaminya.

"Tolong maafkan aku tentang semalam." rayu Andrew dengan suara lembut. Namun wanita itu langsung tak keluarkan suara. Masih lagi kaku.

"Aku tak pernah terfikir untuk balas dendam pun dekat kau. Walaupun aku suami kau tapi aku tak berhak untuk sakitkan kau. Naikkan tangan pun tak pernah, apatah lagi nak biarkan kau tunggu aku lama-lama dekat tempat kerja semalam." Ujar Andrew.

Kemudian tangannya beralih pula menyentuh wajah Aisyah. Pipi diusap dengan penuh lembut. Tatkala Aisyah sudah mengeras seperti patung tak bernyawa. Nafas ditahan. Tak mampu untuk lepaskan. Terasa seperti jantung diserang bertalu-talu dengan satu perasaan yang aneh.

"Maafkan aku ya?" rayu Andrew sekali lagi. Tepat merenung ke mata Aisyah. Menunjukkan rayuannya yang penuh keikhlasan tanpa kepalsuan.

Lama anak mata mereka beradu. Hampir lima minit juga Aisyah diam tak melakukan sebarang tindakan. Apabila tersedar yang dirinya dilamun sesuatu, terus Aisyah geleng kepala. Tangan Andrew ditepis lembut. Wajah dipaling ke lain.

Dia berdehem beberapa kali. Membetulkan suara yang hilang.

"Ehem! Ehem! Okay..." perlahan suara Aisyah.

"Okay?" Kening Andrew terjongket sedikit. Apa maksud okay tu?

"Ya, okay."

"Okay, what?"

"O... Okaylah. Ermmm... tak selesalah. Panas. Nak mandi. Err... apa ek? Err..." Aisyah garu kening. Tiba-tiba jadi kekok pula.

"Kau nak mandi? Kalau macam itu aku teman sebab yalah kau kan..."

"Tak payah!" Laju Aisyah membantah.

Andrew terdiam. Berkedip-kedip matanya memandang Aisyah yang baru sahaja meninggikan suara.

Aisyah turut terkesima. Tak tahu macam mana dia boleh menjerit di hadapan Andrew? Aduh, kenapa dengan aku ni? Aisyah tunduk kepala sambil gigit bibir. Kepala diketuk beberapa kali, menghukum diri sendiri yang jadi bendul secara tiba-tiba.

"Kau okay tak ni?"

"Okay! Saya okay! Okay sangat-sangat. Tak apalah, saya nak pergi mandi dulu. Saya... saya mandi. Bye!" Kelam-kabut Aisyah ingin turun daripada katil.

Lekas Andrew meletakkan mangkuk bubur di atas meja sisi katil lalu bangun. Lantas, lengan kanan Aisyah dipaut ingin membantu wanita itu untuk bangun. Namun, Aisyah cepat-cepat menarik tangannya semula.

"Tak apa. Saya boleh jalan sendiri. Yang luka kepala. Bukan kaki. Terima kasih atas khidmat baik awak tadi." ujar Aisyah dengan mengukir senyuman tipis sebelum berdiri dengan tegak. Kain tuala yang tidak jauh daripada situ dicapai lalu Aisyah mengatur langkah menuju ke bilik air.




HOUSEHUSBAND MAFIAWhere stories live. Discover now