5

8.4K 1K 86
                                    

                    PINTU bilik ditolak perlahan. Dia lihat lelaki itu sudah duduk di atas katil dengan posisi kaki melunjur ke hadapan. Tubuh disandar pada kepala katil. Andrew pura-pura membelek buku ditangan. Berlakon ralit membaca sedangkan tak ada satu perkataan pun masuk ke kepala. Helaian pun diselak-selak tak sampai lima saat pada setiap helaian.

Aisyah menarik nafas panjang lalu dihembus. Lihat daripada riak muka suaminya, jelas menandakan hati lelaki itu masih lagi marah dengannya. Tapi apakan daya, kalau dia cerita juga bukannya Andrew akan percaya. Diam itu lebih bermakna.

"Saya nak tidur."

"Tidur je lah." balas Andrew acuh tak acuh, tanpa memandang wanita itu. Mata pula masih tertumpu ke dada buku.  Reaksi bersahaja seolah-olah sengaja hendak menyakitkan hati Aisyah. Kononlah!

Aisyah mengangguk perlahan. Selalunya, sebelum tidur dia akan menyalami tangan Andrew. Tapi sekarang bukan waktu yang sesuai. Tanpa banyak bicara, Aisyah terus melangkah ke arah katil. Keningnya berkerut ketika ruang tempat tidurnya tiada bantal. Dia kembali memandang Andrew.

"Mana bantal saya?"

"Dekat sofa."

Aisyah menoleh ke tepi memandang sofa panjang di sisinya. Kening berkerut tidak faham. "Kenapa bantal saya ada dekat sini?"

"Sebab aku tak nak tidur sekatil dengan kau."

"What?" Aisyah ketawa. Okay, dia dah faham sekarang. Kepala teranguk-angguk sendiri.

"Tak sangka ya? Dulu awak juga yang beria-ria suruh saya tidur sebelah awak. Tapi lepas tahu saya ni Hasyai, terus awak berubahkan? Kenapa? Awak takut saya akan bunuh awak huh?"

"Yeah, sekadar berhati-hati..."

Aisyah menjuih bibir dengan mimik muka meluat. "oh pleaselah...kalau saya nak bunuh awak, dah lama saya buatlah."

"Then kenapa kau tak buat?"

"Sebab saya dah cakap yang itu bukan niat saya."

"Habis tu apa niat kau? Tell me!" Buku ditutup lalu dilemparkan ke atas meja sisi. Lantas, Andrew melompat turun daripada katilnya. Berdiri betul-betul di hadapan wanita itu. Kepala Aisyah sedikit terdongak ke atas. Anak mata mereka saling bersatu garang. Cepat-cepat Aisyah meneguk air liur saat dada berkocak resah. No! Dia tidak boleh termakan umpan dengan wajah terlebih tampan begini. Kalau dia ceritakan semuanya, habislah punah segala rancangannya dahulu.

"Sorry. Sekarang bukan waktu yang sesuai saya bagitahu awak." balas Aisyah dengan berpaling wajah ke lain. Andrew buat-buat ketawa.

"See? Kau sengaja putar belitkan keadaan. Kalau kau nak bunuh aku, cakap je. Tapi kau jangan haraplah aku akan biarkan sahaja benda ni berlaku. By the way, lakonan kau memang tip top! Pakai tudung, solat tak tinggal... like perempuan melayu terakhir. Malangnya... aku dah salah anggap."

"Hei, itu bukan lakonan ya? Saya memang dah lama nak tinggalkan dunia ni cuma..."

"Cuma apa?" soal Andrew laju. Dia menjongket kedua belah kening ke atas. Aisyah terdiam. Matanya berkelip-kelip memandang lelaki itu. Ah, kenapalah setiap kali aku nak berterus-terang pasti terasa susah sangat? Seolah-olah ada yang tersekat di kerongkong.

"Cuma... saya masih lagi tak boleh untuk berhenti." Aisyah bersuara setelah lama dia mendiamkan diri. Andrew menjuih bibir, mengejek.

"Aku dah bosanlah dengan lakonan kau."

"Ini bukan lakonan. You should trust me! Saya janji saya akan bagitahu awak tentang hal yang sebenar, tapi bukan sekarang. Cuma apa yang saya nak ialah awak terus jadi househusband. No need to be Mafia like before!"

HOUSEHUSBAND MAFIAΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα