Noh Daniel&Nur Nadia: Part 5

452 23 0
                                    


Part 5

"Okay, hari ini kita akan sambung chapter 5. Cuba baca dan faham soalan, saya bagi kamu semua tiga minit dan nanti saya akan panggil seorang daripada kamu untuk tunjukkan jalan kerjanya. Your time start now!" Seminggu selepas majlis perkahwinan Noh Daniel dan Nur Nadia, mereka kembali seperti sebelumnya. Belajar dan mengajar. Tiada mesej yang di terima. Situasi seakan diam seketika. Terkutik juga di hati Nur Nadia mungkin ini semua helah Noh Daniel untuk menjerat dia ke dalam hidupnya. Tapi cepat-cepat dihapuskan pemikiran itu, takkanlah kerana benci dan meluat Noh Daniel kepada dirinya Noh Daniel sanggup melibatkan keluarganya sekali. Lagi pula penerimaan Noh Daniel selepas Nur Nadia menjadi isterinya amat berbeza. Sangat berbeza!

"Okay masa dah tamat. Who is the lucky one?" Soal Noh Daniel dan seperti biasanya jawapan yang paling kuat dijeritkan dalam dewan kuliah adalah NUR NADIA. Nadia mengeluh perlahan mengangkat wajahnya memandang tepat ke arah Noh Daniel yang hanya tersenyum di depan.

"I am very sure yang semua dalam ni suka sangat dengan Nur Nadia. Why?" Persoalan yang hanya mengundang kebisingan. Satu kuliah bising dengan soalan itu.

"Alahhh Encik Noh pun sukaaaa sangat Nur Nadia, Why?"Hadi si becok mengembalikan soalan yang sama.

"Why? Because she is so lovely." Laju sahaja Noh Daniel menjawab dan apa lagi, makin pecah dewan kuliah itu dengan tepukan dan sorakan. Noh Daniel hanya ketawa dan Nur Nadia menekup wajahnya yang merona merah. Kenapalah Noh Daniel melayan? Bentak hati Nur Nadia.

"Okay class, back to our lesson. Nur Nadia please come forward." Masih ada siulan dan sorakan namun tidak segamat tadi. Boleh pula Noh Daniel menjadi baik dan sopan. Rasanya ini kali pertama Noh Daniel begitu sopan dengan diri Nadia di dalam dewan kuliah. Masih segar dalam ingatan Nur Nadia bagaimana Noh Daniel memerli dan memalukan dirinya. Cepat benar lelaki ini berubah watak?

"Encik Noh, tak ada komentar pasal Nur Nadia ke kali ni?" Mashitah menyampuk, laju sahaja Nadia mengerling tajam. Apa hal pulak dengan Mashitah tiba-tiba menyampuk begitu? Nadia bengang!

"Komentar ya?" Noh Daniel tersenyum. Mikrofon di tangannya digoyang-goyangkan seakan mencari idea untuk 'komentar' seperti selalunya.

"I bet all of you thinks that saya ni tak suka Nur Nadia kan?" Semua di dalam kuliah mengangguk laju. Semestinya! Noh Daniel mengkritik semua yang ada pada Nur Nadia. Baju yang dipakai, tudung, kasut dan termasuklah beg yang dibawa serta tulisan Nadia juga tidak terkecuali. Semua seperti tidak kena di mata Noh Daniel.

Nadia yang sedang menulis jawapan di papan putih turut mendengar apa yang hendak dikatakan Noh Daniel. Hatinya sudah biasa, air matanya juga sama. Dengar dan menangis. Setiap kalinya begitu.

"Saya hanya komen. Nur Nadia tipikal gadis melayu tapi sedikit berbeza. Sebab tu saya suka beri komen. I know she hate all those comments." Noh Daniel ketawa kecil, seisi kuliah juga. Mereka semua kini khusyuk kepada Noh Daniel bukan kepada jawapan yang ditulisnya di papan putih ketika itu.

"Gadis melayu dalam kuliah ni ramai. Cuba tengok. Ramai kan? Tapi ada tak yang macam Nur Nadia?" Soalan diberikan, semua memandang sesama sendiri. Nur Nadia yang berada di depan terasa semua mata memandang ke arahnya. Menelek dari kaki hingga kepala.

"Tak ada kan. Pakai baju kurung. Baju kurung pula coraknya old school which is sesuai dengan dia. Tudungnya sama aje, tak ada berbelit-belit. Kasutnya bertutup kemas kena dengan peraturan yang sepatutnya. Sebab itulah saya suka beri komen." Semua di dalam kuliah terangguk-angguk kepala mendengar penjelasan yang entah betul atau tidak dari Noh Daniel.

"Tapi komen Encik Noh sinis, Nadia sampai menangis kut." Mashitah menambah lagi. Si pembela ni over pulak! Nadia memberi isyarat mata dari jauh. Mashitah langsung tak ambil peduli.

"Sinis? That bad? Erm, mungkin saya tak sedar. Saya minta maaf ya Nadia." Noh Daniel memandang ke arah Nadia yang sedari tadi selesai menulis jawapannya di papan putih. Noh Daniel tidak memandang kosong, jarinya membuat bentuk hati kecil, bibirnya mengukir senyuman. Killer's smile. Satu kuliah menjadi gamat dengan tepukan dan sorakan. Nur Nadia mengetap bibir geram.

"Untungkan siapa yang jadi suami Nur Nadia ni, satu dalam seribu." Noh Daniel menambah lagi membuatkan kuliah itu hari ini gamat dengan tepukan dan sorakan. Mesti whatsapp kuliah hari ini penuh dengan cerita mereka berdua. Nadia menggeleng kepala.

"Saya rasa cukup dah kut Encik Noh komen. Saya dah siapkan jawapan." Nur Nadia memotong ketika Noh Daniel mahu menambah lagi. Sudah kenapalah dengan Noh Daniel? Hati Nadia berbisik sendiri.

"Oh okay. Terima kasih sayang. Ops..." Sengaja. Noh Daniel sengaja membuatkan kuliah itu menjadi gamat lagi dan lagi. Nadia bengang.

"Kenapa Encik Noh ni...?" Soal Nur Nadia tetapi hanya cukup untuk didengari mereka berdua.

"Adalah sebabnya. Nanti saya cerita." Noh Daniel masih tersengih-sengih. Seronok sangat menyakat Nadia tapi kali ini cara lain. Kalau dulu cara kejam dan sinis, kali ini membuat Nadia tak tentu arah.

"Sudahlah... serabut saya!" Bentak Nadia, manja.

"Ya sayang ya. Saya stop." Noh Daniel membuat gaya mulutnya dizipkan. Nadia mengerut keningnya tanda tidak suka. Mujur sahaja kuliah itu masih bersisa ketawa dan tepukan membuatkan sayang kali kedua diucapkan Noh Daniel itu tidak didengari oleh yang lain.

Sejam terasa bagai satu tahun! Nur Nadia laju sahaja menapak keluar daripada dewan kuliah itu. Penat pula rasanya kelas dengan Noh Daniel. Jika sebelum ini Nadia rasa Noh Daniel banyak memberikan tekanan dan sekarang Nadia rasa rimas. Rimas dengan sorakan dan tepukan yang begitu bingit ditelinga. Jika dulu ada sahaja yang buruk di mata Noh Daniel dan kini semua yang Noh Daniel katakan di dalam kelas semuanya mesti dikaitkan dengan dirinya.

"Kemain Encik Noh tadi, apasal eh?" Mashitah menyoal sewaktu mereka beratur memilih makanan di kafe.

"Entahlah dia. Kau tu apasal tanya macam-macam? Bingit aku dengar satu kuliah bersorak." Mashitah ketawa. Nadia menjeling tajam.

"Aku cuma nak tahu. Pelik sangat aku tengok kau dengan Encik Noh sekarang ni. Ada yang aku tak tahu ke?" Mashitah cuba mengorek rahsia.

"Tak ada apa-apa. Apa yang pelik? Sama je." Nadia menepis laju.

"Peliklah. Encik Noh dengan kau boleh berborak berdua, macam ada 'something' je." Mashitah menjungkit kening memandang Nur Nadia.

"Tak ada apa-apalah."

"Tadi pun aku nampak, kau dengan Encik Noh cakap sesuatu kat depan. Haa apa dia tu?" Nadia mengeluh, rimas dengan Mashitah yang banyak betul soalannya.

"Kau ni... tadi aku suruh dia berhenti dari terus buat satu kuliah tu gamat. Itu je." Mashitah mengangguk kepala tanda faham.

"Dahlah kau ni macam-macam. Jangan nak tambah minyak dalam whatsapp group yang marak sangat cerita pasal aku dengan Encik Noh ye. Aku baca tau." Mashitah menekup mulutnya sebelum ketawa besar. Tahu Nadia membaca semua mesej di dalam whatsapp tetapi tak pernah nak balas atau menokok tambah. Seminggu ini hanya isu Nadia dan Encik Noh yang hangat digosipkan. Ada sahaja gambar Nadia dan Encik Noh dimuat naik. Kini semua orang boleh jadi wartawan tak bertauliah!

N & NWhere stories live. Discover now