Noh Daniel menghubungi Harun. Penyiasat Persendirian yang diupahnya dari awal lagi. Sejak bertemu Megat Hariz dan mendapat gambar orang yang memerangkap dia dan Nadia, Noh Daniel merasakan Nadia menyembunyikan sesuatu. Nadia kelihatan begitu sedih melihat gambar itu. Mustahil Nadia begitu sedih kerana Suraya, sedangkan mereka telah pun menjadikan Suraya suspek sejak dari awal. Noh Daniel tahu, Nadia ada menyembunyikan satu rahsia dengan dia. Malam itu dia mendengar semuanya dan terus sahaja dia menghubungi Harun dan meminta Harun mempercepatkan carian tentang orang yang merangka perangkap itu bersama-sama Suraya.
"Dapat tak?" Soal Noh Daniel.
"Dah dapat tuan. Irma Hanani Binti Salleh. Betul seperti tuan beritahu saya tempoh hari. Irma anak kepada Salleh, orang yang menjaga Puan Nadia. Tentang Megat Hariz, betul seperti yang Encik Megat beritahu tuan. Dia memang tidak terlibat dengan rancangan Irma dan Suraya." Harun menerangkan semua maklumat yang diperoleh. Seperti jangkaan Noh Daniel dari awal, Nadia memang mengenali Irma Hanani! Kenapa Nadia mesti berbohong?
"Suraya dengan Irma. Apa hubungan diorang?" Noh Daniel menyoal lagi.
"Kawan dari kolej Matrikulasi. Suraya dan Irma berkenalan semasa di matrikulasi. Sejak dari haritu mereka berdua memang rapat. Baru-baru ini Suraya ada pulang ke kampung Irma." Harun menjelaskan.
"Macam mana dengan Puan Nadia? Kau dah siasat belum?" Noh Daniel menyoal.
"Sudah tuan. Puan Nadia memang tidak pernah pulang ke kampung selepas mendaftar di Universiti. Setiap cuti semester Puan Nadia akan bekerja sambilan di sebuah kedai buku. Kalau ikut maklumat yang saya dapat, saya pasti Puan Nadia tidak terlibat dalam hal ini. Puan Nadia juga mangsa sama seperti tuan." Noh Daniel mengangguk-angguk kepalanya dengan penerangan Harun. Lega betul hatinya. Talian dimatikan. Noh Daniel punya perancangan lain. Megat Hariz dihubungi dan tempat perjumpaan ditetapkan. Noh Daniel kecewa, kecewa dengan Nadia. Kenapa perlu sembunyikan tentang Irma? Apa yang membuatkan Nadia berahsia? Tidak percaya akan dirinya? Noh Daniel kecewa.
Megat Hariz berjalan dengan pantas. Tidak biasa dengan kawasan Universiti membuatkan dia tersesat dan lewat daripada masa yang dijanjikan.
"Sorry bro. Sesat." Tangan dihulurkan, mereka berjabat.
"Its okay. Aku lupa yang kita dulu bukan study sini." Ujar Noh Daniel.
"Ada apa hal yang penting sangat ni?" Soal Megat Hariz.
"Aku nak ajak kau jumpa Suraya." Gambar Suraya ditunjukkan kepada Megat Hariz. Megat Hariz mengangguk.
"Boleh. Aku pun nak tolong kau selesaikan masalah ni. Tapi bukan haritu kau rahsia sangat dengan aku ke tentang perancangan kau tu?" Megat Hariz menyoal.
"Nadia kenal siapa orang sebelah Suraya ni. Tapi dia rahsiakan. Jadi aku kena buang dia kejap dari perancangan ni dan selesaikan. Aku terpaksa call kau, atleast boleh jadi teman perjuangan dan saksi kalau apa-apa berlaku." Noh Daniel sempat bergurau. Megat Hariz tersengih.
"Suami isteri baru nak kenal hati budi, bergaduh kecil tu biasalah. Jangan marah lama-lama, tak elok." Megat Hariz yang menghidu sesuatu berlaku dalam perhubungan Noh Daniel dan Nadia cuba menasihatkan.
"Aku okay je. Nadia pun okay. Cuma aku terasa sikit dengan dia. Kalau dia kenal kenapa dia rahsiakan? Dia tak percaya aku ke apa?" Noh Daniel meluahkan rasa hatinya.
"Kau kenal siapa orang ni?" Gambar di depan mereka ditunding. Noh Daniel mengangguk lemah.
"Anak kepada penjaga Nadia, Irma Hanani." Megat Hariz mengangguk dengan jawapan Noh Daniel.
"Ada sebab tersendiri kut. Nadia tahu tak kau merajuk ni?"
"Mana ada aku merajuk." Noh Daniel cepat-cepat menepis.
YOU ARE READING
N & N
RomanceNoh Daniel dan Nur Nadia kisah cinta yang hadir setelah pernikahan yang langsung tidak disangka akan terjadi antara mereka berdua. Nadia gadis biasa yang sering menjadi jenaka buat Noh Daniel yang menjadi rebutan gadis. kisah hitam itu mendekatkan m...